R: Rumus tatabahasa

Tinggalkan komen

Oktober 28, 2011 oleh ustazkenali

Rumus ini sangat mudah diinginati dan kena dihafal. Guna rumus ini untuk Bahagian D: Analisis Kesalahan Bahasa.
KKTTr ® KS
Melangkah ke (betul)
KKTTr ber-…-kan ® KN
Berbekalkan doa (betul)

Dalam bahasa Melayu, kebanyakan kata kerja tak transitif (KKTTr) diikuti oleh kata sendi (KS).
Contoh: bertanya kepada, bergerak ke, membelok ke, bertemu dengan.
Selain itu, kata kerja tak transitif yang
berapitan ber-…-kan (KKTTr ber-…-kan) mesti diikuti oleh kata nama (KN).
Contoh: Berdasarkan maklumat,
berlandaskan agama.

RUMUS HUKUM D – M

HURAIAN

Diterangkan – Menerangkan
Telur – putih
Putih – telur

Dalam bahasa Melayu, Hukum D – M
menetapkan bahawa perkara yang hendak
diterangkan mestilah mendahului bahagian
yang menerangkan.
Sebagai contoh, telur putih ialah telur
yang berwarna putih, manakala putih telur
ialah bahagian telur yang berwarna putih.

RUMUS FRASA KERJA PASIF DIRI PERTAMA (RFKP1)

HURAIAN

… saya jumpai (betul)
… dijumpai oleh saya (salah)

Berdasarkan RFKP1, kata ganti nama diri
pertama hendaklah diikuti oleh kata kerja
pasif tanpa awalan di-.
Selain itu, kata sendi nama oleh yang
diikuti oleh Frasa Nama (FN) tidak
diperlukan.

RUMUS PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA DARI

HURAIAN

ATM: A-Arah, T-Tempat, M-Masa.
Contoh: … dari Johor, … dari utara,
… dari pagi.

Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata
sendi nama dari dan daripada dapat
dibezakan dengan menggunakan rumus
ATM atau KABOS.
Jika selepas perkataan tersebut ialah ATM,
maka kita menggunakan kata sendi nama
dari.
Sebaliknya, jika selepas perkataan tersebut
ialah KABOS, maka kita menggunakan
kata sendi nama daripada.

RUMUS PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA DARIPADA
HURAIAN

KABOS: K-Keanggotaan,
A-Abstrak, B-Benda,
O-Organisasi / Orang, S-Sumber.
Contoh:
… daripada lima orang,
… daripada kekuatan,
… daripada kapas,
… daripada ibu,
… daripada getah.

Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata
sendi nama daripada dan dari dapat
dibezakan dengan menggunakan rumus ATM atau KABOS.
Jika selepas perkataan tersebut ialah ATM, maka kita menggunakan kata sendi nama dari.
Sebaliknya, jika selepas perkataan tersebut ialah KABOS, maka kita menggunakan kata sendi nama daripada.

RUMUS PENGGUNAAN FRASA KERJA TRANSITIF

HURAIAN

KKT ® KN
Contoh: meningkatkan taraf …

Rumus Frasa Kerja Transitif menetapkan
bahawa Kata Kerja Transitif (KKT)
mestilah diikuti oleh Kata Nama (KN).
Sebagai contoh, meningkatkan ialah KKT
yang mesti diikuti oleh KN taraf.

RUMUS FRASA SENDI
HURAIAN

KS ® KN
Contoh:
… oleh sebab (salah)
… oleh kerana (betul)

Dalam bahasa Melayu, kata sendi mestilah diikuti oleh kata nama.
Oleh itu, frasa oleh kerana salah
disebabkan perkataan kerana ialah kata hubung.
Yang betulnya ialah oleh sebab kerana sebab ialah kata nama.

RUMUS FRASA NAMA JAMAK
HURAIAN

KBJ ® KNT
Contoh:
… pelbagai cerita (betul)
… pelbagai cerita-cerita (salah)

Dalam Frasa Nama Jamak (FNJ), kata
bilangan jamak (KBJ) mestilah diikuti oleh kata nama tunggal (KNT).

RUMUS FRASA ADJEKTIF
HURAIAN

Amat ______ sekali (betul)
Sungguh _____ sekali (betul)
Sangat _____ sekali (betul)
Ter _____ sekali (salah)
Paling _____ sekali (salah)

Dalam Frasa Adjektif, kata penguat amat, sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat sekali.
Sebaliknya, perkataan berawalan ter- yang bermaksud paling tidak boleh diikuti oleh kata penguat sekali.
Begitu juga halnya dengan kata penguat paling, perkataan ini tidak boleh diikuti
oleh kata penguat sekali.

RUMUS FRASA SENDI GABUNGAN
HURAIAN

… ke … dan ke …
Contoh:
… ke kiri dan ke kanan …

… di ____ dan di ____
Contoh:
… di depan dan di belakang …

Dalam frasa sendi nama gabungan, kata sendi nama mesti hadir dalam kedua-duabahagian yang digabungkan seperti… ke kiri dan ke kanan.
Jika frasa tersebut ditulis seperti
… ke kiri dan kanan …, maka frasa
tersebut tidak gramatis.

RUMUS FRASA SENDI BERPASANGAN
HURAIAN

Dari _____ ke _____
Contoh:
… dari Muar ke Melaka …
… dari masa ke masa …
… dari semasa ke semasa …

Daripada _____ kepada _____
Contoh:
… daripada ibu kepada anaknya …

Sejak _____ hingga _____
Contoh:
… sejak dahulu hingga sekarang …

… antara _____ dengan
Contoh:
… antara saya dengan Ali …

… dari _____ hingga _____
Contoh:
… dari mula hingga akhir …

Dalam frasa sendi nama yang berpasangan, kata sendi nama dari berpasangan dengankata sendi ke atau hingga.Selain itu, kata sendi daripada berpasangan dengan kepada, sejak dengan hingga, dan
sebagainya.
Selain itu, dalam frasa tersebut terdapat perkataan yang sama yang mesti dikekalkan seperti … masa … masa …, semasa … semasa, dan
sebagainya.
Frasa tersebut salah jika ditulis seperti yang berikut:

… dari masa ke semasa …
… dari semasa ke masa …
… daripada masa ke masa …
… dari masa kepada masa …

RUMUS HUKUM ANEKSI PESONA
HURAIAN

KGND1&2 ® KKJ Pasif tanpa
awalan.
Contoh:
Cuba saya selindungkan (betul)
Saya cuba selindungkan (salah)

Dalam Rumus Frasa Kerja Pasif Diri
Pertama, kata kerja pasif diri pertama dan kedua mesti diikuti oleh kata kerja pasif tanpa awalan.
Hukum Aneksi Pesona menetapkan bahawa ruang di antara kata ganti diri pertama atau kedua dengan kata kerja pasif diri pertama tidak boleh dihadiri oleh sebarang perkataan seperti kata bantu atau kata nafi.

RUMUS KATA PEMERI
HURAIAN

FN + FN = ialah
Contoh:
Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Pendidikan Negeri.

FN + FA atau FS = adalah
Contoh:
Kenyataannya adalah benar.
Hadiah ini adalah untuk ibu.

Dalam bahasa Melayu, kata pemeri ialah hendaklah digunakan dalam ayat yang berpola FN + FN.
Sebaliknya, kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola FN + FA dan FN + FS.

Kata pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan kata kerja seperti
… adalah dimaklumkan …,
… adalah merupakan …,
… adalah bergantung …, dan
sebagainya.

RUMUS FRASA SENDI 2
HURAIAN

KS ® Kata Nama
Contoh:
Sejak dari seminggu (salah)
Sejak seminggu (betul)
Selain daripada itu (salah)
Selain itu (betul)

Rumus frasa sendi menetapkan bahawa kata sendi nama dalam bahasa Melayu tidak boleh hadir secara berturutan.

RUMUS APITAN Men-…-Kan DAN Men-…-i
HURAIAN

Memasuki – subjek bergerak dan objek tidak bergerak.
Contoh: Ali memasuki bilik
– Ali yang bergerak.

Memasukkan – subjek tidak
bergerak dan objek bergerak.
Contoh: Ali memasukkan surat
– Surat yang bergerak.

Dalam bahasa Melayu, apitan men-…-kan menunjukkan objek yang
bergerak.
Sebaliknya, dalam apitan men-…-i subjek yang bergerak.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 339,794 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 48 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers

%d bloggers like this: