Budi Bahasa Budaya Kita

2

Februari 19, 2012 oleh ustazkenali

Ajar anak berbudi bahasa sejak kecil

Oleh MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR

DIDIKAN yang betul mengenai kasih sayang akan membuatkan seseorang anak sentiasa menyayangi bapanya dalam apa jua keadaan. – Gambar hiasan

BUDI bahasa merupakan satu nilai murni yang bukan hanya dilaksanakan dalam pertuturan, bahkan juga kelakuan dan saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Tambahan di Malaysia, yang mana rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum dan adat resam, sudah pasti budi bahasa memainkan peranan penting dalam menikmati hidup yang aman dan damai.

Tokoh sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, “ amalan budi bahasa perlu ditanam dalam diri sejak peringkat awal lagi bagi membolehkan ia terus mengalir dalam diri mereka sehingga dewasa.”

“Pendidikan mengenai perkara ini hendaklah diajar kepada anak-anak di peringkat sekolah rendah kerana di sana mereka sudah mula bercampur dan berkenalan dengan komuniti lain, selain keluarga.

“Justeru, peranan ibu bapa dan guru perlu sama penting dalam memastikan generasi hadapan negara kita terus mempunyai sikap budi bahasa yang tinggi,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni telah dilancarkan pada 11 Januari 2005 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kempen yang dilaksanakan secara berterusan dalam tempoh lima tahun itu disasarkan kepada setiap golongan rakyat dan masyarakat negara ini.

Ia merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Kay Kim berkata, sebagai masyarakat Timur, amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni bukan suatu perkara baru. Malah kita telah diasuh sejak dari kecil lagi supaya sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian.

Namun demikian, tanpa disedari, kehidupan hari ini tidak lagi sama seperti dahulu. Nilai-nilai murni yang dahulunya kaya dalam diri masyarakat kian terhakis lantaran daripada tuntutan mengejar kekayaan dan kebendaan.

Menurutnya, cabaran globalisasi dan dunia tanpa sempadan dilihat antara faktor masyarakat hari ini tidak lagi mengamalkan budaya yang dahulunya kuat seperti semangat bantu membantu dan saling hormat menghormati.

“Hinggakan satu kaji selidik yang dijalankan di universiti mendapati ada yang sanggup menerima rasuah untuk melakukan sesuatu perkara dan ia membuktikan bahawa masyarakat hari ini kian hilang nilai-nilai murni dalam diri mereka, ” katanya.

Beliau berkata, tidak salah mencari kekayaan dan mengejar kemodenan, namun nilai-nilai ketimuran mesti terus diterapkan dalam diri setiap rakyat Malaysia yang telah menjadi identiti kita sejak dahulu lagi.

Menurutnya, peranan ibu bapa, pihak sekolah dan kerajaan amat berat dalam mewujudkan generasi hadapan agar terus mempunyai nilai-nilai murni sebagai orang Timur.

“Melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi, generasi muda perlu diajar dan diterapkan dengan nilai-nilai tersebut secukupnya agar ia tidak hilang ditelan kemodenan dan kemajuan negara,” katanya.

2 thoughts on “Budi Bahasa Budaya Kita

  1. I’m truly enjoying the design and layout of your blog. It’s a very easy
    on the eyes which makes it much more enjoyable for me to come here and visit more often. Did you hire out a
    designer to create your theme? Outstanding work!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Februari 2012
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Blog Stats

  • 364,098 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 51 other followers

Kategori

Top Rated

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: