Karangan STPM ( Sukatan Baru 2012 )
Tinggalkan komenJun 24, 2012 oleh ustazkenali
Contoh Soalan Latihan
Perdana Menteri sebagai ketua pentadbir negara memainkan penting dalam tabir urus penjawat awam. Hal ini dapat dilihat apabila Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) dimansuhkan dan digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia ( SSM). Huraikan kebaikan tindakan Perdana Menteri sebagai ketua pentadbir.
Cadangan skema Jawapan ( 3 77777 3 = 350 hingga 400 patah perkataan = ) 7 Perenggan )
Pendahuluan ( 3 baris atau kurang sudah memadai )
- PM memainkan peranan penting dalam mengurus dan negara dengan dibantu oleh penjawat awam.
- PM sebagai ketua Eksekutif menentukan maju atau mudur negara Malaysia.
- PM baru membawa slogan ” Rakyat didahulukan dan pencapaian diutama”
Idea/Isi I PM membatalkan SBPA ( Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ) dan menggantikan SSM ( Sistem Saraan Malaysia ) untuk penuhi tuntutan para pekerja sektor awam.
h1 Sikap PM yang positif dan mengutamakan kesejahteraan penjawat awam.
h2 PM sebagai ketua pentadbir melihat kenaikan kos sara hidup memerlukan semakan gaji penjawat awam agar pada dengan perubahan ekonomi semasa.
h3 PM beranggapan skim baru yang lebih adil dapat meningkatkan produktiviti penjawat awam dengan kenaikan gaji 13 – 17 peratus walaupun beban kewangan kerajaan bertambah.
Idea/Isi 2 PM mengekalkan SSM dengan membuat penambahbaikan
h1 Pelarasan gaji Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 1 hingga 54 dengan pelarasan 13 peratus
h2 Elaun COLA bagi pegawai yang berkhidmat di bandar dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 dan di kawasan pedalaman daripada RM100 kepada RM150.
h3 Walaupun kenaikan ini adalah kecil tetapi dapat mengurangkan beban kos sara hidup yang ditanggung penjawat awam.
Idea/Isi 3 Cadangan Penyelarasan oleh PM memudahkan Jabatan Perkhidmatan Awam menguruskan bantuan teknikal dan kewangan kepada ketua-ketua jabatan.
h1 PM beranggapan penjawat awam sebagai jentera utama menggerakan semua aktiviti pentadbiran negara.
h2 PM yakin Kenaikan gaji golongan Gred 1 – 54 dapat melonjakkan ekonomi negara, pendapatan yang diperolehi dibelanjakan akan mencairkan ekonomi semasa.
Idea/Isi 4 PM yakin dengan tuntutan CUEPECS relaven dengan perubahan ekonomi dan politik global.
h1 Kali terakhir semakan gaji penjawat awam pada tahun 2007
h2 kenaikan gaji antara 7.5 peratus hingga 35 peratus kakitangan kerajaan
h3 lonjakan dalam perkhimatan awam agar seiring dengan gaji kakitangan sektor swasta; mengurangkan jurang pendapatan antara sektor awam dengan swasta.
Idea/Isi 5 Bakat kepimpinan dari ayahanya Tun Abdul Razak yang prihatin terhadap maslah rakyat dan negara.
h1 Dididik oleh “Bapa Pembangunan Negara” meneruskan cita-cita ayahandanya untuk berbakti kepada negara.
h2 PM ingin berbuat yang terbaik untuk negara.
Kesimpulan
- PM ketua negara yang mengutamakan tadbir urus negara yang baik.
-PM sentiasa melakukan transformasi (GTP) pelbagai bidang untuk capaiWawasan 2020 dan negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020.
* Kalau ada kekurangan lakukan penambahbaikan. U-Ken 26.6.12
