Analisis Kesalahan Bahasa

Tinggalkan komen

September 9, 2012 oleh ustazkenali

Kata Hubung
• Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk.
Terdapat tiga jenis iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.

- Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama tara seperti atau, sambil, dan, serta dan lalu.
Contoh:
Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok

Sebagai contoh,video untuk tontonan anda..

i)Kata hubung pancangan relatif
Perkataan ‘yang’
-menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil.

Contoh:
Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.

ii)Kata Hubung Pancangan Komplemen
Perkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’
Menghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama.

Contoh:
Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.

iii)Kata Hubung Pancangan Keterangan
Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan.
Semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkala

Contoh:
Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.

Sebagai contoh, video untuk tontonan anda..

Kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.

Contoh:
baik…mahupun
kian…kian

entah…entah
sedangkan…inikan pula

bukan sahaja…bahkan juga
sungguhpun…namun

makin…makin
bukan sahaja…tetapi juga

sungguhpun…tetapi
sama ada…atau

bagaimana…begitulah
daripada…lebih baik

jangankan…pun
semakin…semakin

i) Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.
*menyatakan maksud sama sahaja.

Ayat contoh:

1. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali
terpaksa turun ke laut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora

ii)Kata hubung berpasangan ‘bukan sahaja…bahkan juga’.
*menyatakan maksud serta atau di samping itu juga.

Ayat contoh:

1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa.

iii)Kata hubung berpasangan ‘daripada…lebih baik’.
*Digunakan untuk menunjukkan pertentangan maklumat.

Ayat contoh:
1.Daripada membazir wang lebih baik saya menabung.

* Peringatan: Biasanya untuk skor Analisis Kesalahan bahasa kena pastikan ayat-ayat yang kata hubungan pasangannya tidak lengkap…ayat itulah yang salah.

* Kalau di dalam penulisan atau karangan jika kata pasangan yang digunakan hanya sepatah dan tiada pasangannya markah bahasa akan ditolak

* Kalau anda hendak meneka…teka selain kata hubungan pasangan di atas; teka kata hubung pancangan relatif, komplemen dan keterangan ( yang…bahawa, untuk,….)

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2012
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 324,982 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 50 other followers

Kategori

Top Rated

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: