Contoh Tajuk-tajuk Kajian PBS Tema Perniagaan

58

Januari 8, 2013 oleh ustazkenali

CONTOH SOALAN :
TEMA : EKONOMI : PERNIAGAAN
1 Punca pelajar terpilih SMK Tengku Laksamana yang terlibat dalam perniagaan selepas waktu sekolah.
2 Kesan negatif terhadap pelajar terpilih SMK Tengku Laksamana yang terlibat dalam perniagaan selepas waktu sekolah.
3 Kesan kewujudan pasar malam Taman Bersatu terhadap komuniti setempat.
4 Kajian peniaga di pasar malam kawasan anda mengikut komposisi kaum.
5 Kajian cabaran peniaga kedai runcit di Kampung Tok Tong, Mukim Teluk Kechai.
6 Bilangan pelajar SMK Tengku Laksamana yang terlibat dalam perniagaan atas talian.
7 Kajian tentang tahap kebersihan di medan selera Medan Kota Alor Setar.
8 Pengupahan warga asing di Restoran Nashmir Nasi Kandar.
9 Jenis makanan yang digemari oleh pelajar di kantin sekolah SMK Tengku Laksamana.
10 Kemudahan perniagaan di gerai makanan
11 Kajian kesan penglibatan pelajar sebagai AJK Koperasi
12 Penjualan makanan di kantin Sekolah A
13 Perniagaan pisang goreng di kawasan Teluk Kechai.
14 Perniagaan Nasi Lemak pada waktu petang di pekan Kuala Kedah.
15 Persepsi masyarakat setempat terhadap pasar tani/pasar malam/pusat penjaja di kawasan Y
16 Kecenderungan masyarakat mendapatkan barangan keperluan di pasar raya besar (Hyper market)
17 Perniagaan jualan langsung sebagai sumber pendapatan tambahan suri rumah di Taman Z
18 Pasar Jumaat menjana pendapatan penduduk Mergong.
19 Industri kuih tradisional meningkatkan pendapatan penduduk/masyarakat Kampung Hutan Putus.
20 Faedah koperasi sekolah kepada pelajar dan warga sekolah
21 Cabaran menguruskan perniagaan industri ” Ketam Kulit Lembut”
22 Potensi perusahaan makanan tradisional di Kampung Teluk Kechai Hujung
23 Potensi perniagaan tambah nilai telefon bimbit (top up)
24 Perniagaan barangan terpakai (bundle) : potensi dan cabaran
25 Cabaran penjaja ikan dan makan laut pasar malam Taman Bersatu.
26 Peranan kerajaan/agensi kerajaan kepada pengusaha IKS di kawasan anda.
27 Perniagaan sejuk beku Kampung : potensi dan cabaran
28 Kesan perniagaan makanan segera kepada pelajar
29 Jenis-jenis perniagaan di Simpang Kuala/…
30 Tahap kebersihan penjaja kecil di sepanjang jalan Teluk Kechai ke Kuala Kedah.
31 Industri Keropok Leko kampung Kubang Rotan.
32 Industri penternakan ayam kampung di Kampung Alor Belat.
33 Industri penternakan itik daging di Teluk Layang.
34 Penternakan ayam itik secara sambilan di Kampung Teluk Layang.
35 Industri Kulat di Kampung Tambak Bunga.
36 Industri pokok hiasan di jalan Kuala kedah.
37 Potensi perniagaan kedai runcit di dalam kawasan masjid di Masjid Aman di Kampung Tambak Bunga.

About these ads

58 thoughts on “Contoh Tajuk-tajuk Kajian PBS Tema Perniagaan

  1. ain zanya berkata:

    terima kasih kerna beri sy idea tok wt pBS pgajian am

  2. nurul syakina berkata:

    mcm mne nk cri mklumat bg tjuk penglibatan dalam perniagaan mengikut kaum di kuala rompin??

  3. ustazkenali berkata:

    Salam…anda kena buat tinjauan jenis perniagaan yang hendak dikaji; contoh basikal, alat-alat elektrik ( kedai elektrik ) dan seumpamanya.

  4. Ayura berkata:

    assalammualaikum ustaz….
    ble x tajuk saya cam ni: cabaran penjaja sayur dalam kalangan wanita di pasar A?
    releven ke tajuk saya ni????

  5. yaya berkata:

    Saye memilih tajuk kajian (24) .bagaimana segi cabaran tersebut ? terima kasih

  6. wana berkata:

    assalamualaikum ….
    relevan x tjuk kerja kursus pa sy : satu kajian kes terhadap perusahaan kantin sekolah d sekolah rendah A ??

  7. zubaidah berkata:

    saya wat pasai pasar malam tajuk utama nak tulis pa?

    • ustazkenali berkata:

      Salam… Tajuk cadangan seperti, Perniagaan Pasar Malam suatu kerja.
      Bina soal-selidik
      Bahagian A L/b Responden
      Bahagian B Pengalaman Berniaga
      Bahagian C Jenis Barangan
      Bahagian D Margin Keuntungan
      Bahagian E Daya Saing/ Persaingan ( Bahagian-bahagian ini akan membantu mendapat data kajian )

  8. syafika berkata:

    saya memilih perniagaan emas . relevan ke tajuk niy ??

  9. nana berkata:

    ade x contoh2 kajian lepas ttg masalah yang dihadapi oleh peniaga pusat siber.? help me plez.

  10. mardiah haris berkata:

    salam.. ok tak tjuk pbs sy ttg penglibatan peniaga di pasar am mengikut kaum?
    lepas tu, dgn tjuk sy ni ,apa soalan yg sesuai utk bina soal selidik?

  11. nazieha berkata:

    assalamualaikum ustaz , saya nak tanya. saya pilih tajuk pengangkutan.tajuknya, penggunaan kereta import dikalangan guru dan staf di sekolah. objektif yang saya buat faktor2 kenapa pilih kenderaan tersebut dan jenis kenderaan yang menjadi pilihan guru dan staf. pada pendapat ustaz,apakah objektif lain yang sesuai dengan tajuk yang kami pilih dan okey tak objektif yang saya buat ?

  12. hasmira ziera berkata:

    assalamualaikum ustaz ….
    tajuk pbs yang saya pilih ialah persepsi guru terhadap penggunaan kenderaan dalam kalangan pelajar…
    objektif yang telah saya buat:
    1)mengkaji sebab2 pelajar menggunakan kenderaan sendiri ke sekolah
    2)mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan kenderaan dalam kalangan pelajar

    apakah objektif yang saya gunakan sesuai??dan apakah objektif lain yang dapat saya gunakan untuk menghurai..

    • ustazkenali berkata:

      Boleh…persepsi siapa tidak penting tetapi biarlah boleh dikaji. Objektif
      1. Mengkaji jenis/ mod pengangkutan pelajar ke sekolah
      2. Mengenal pasti faktor-faktor yang menggalakan penggunaannya.
      3. Mengkaji persepsi pelajar terhadap berkenderaan sendiri ke sekolah.

      Ingat: Memadai dengan 2 objektif sahaja.

  13. Mudax Cengeng berkata:

    salam ustaz bole tak klau tajuk perniagaan saya,tinjauan terhadap menu makanan ; kantin smk seri bedena..objektifnye..1)mengenal pasti jenis menu yg disediakan di smk seri bedena…2)mengenal pasti halangan-halangan pengusaha kantin dlm penyediaan mkanan yg berkhasiat .

  14. Nur berkata:

    Salam.. ustaz, sy buat tjuk perniagaan pasar malam di tempat sy, mcm mna pendapat ustaz tentang objektif sy ni ;

    a) kepentingan pasar malam di pekan kuala
    b) faktor pasar malam pekan kuala menjadi pilihan penduduk
    c) jenis barang niaga yg dijual di pasar malam di pekan kuala

  15. are hiem berkata:

    salam ustaz,,bole britahu saya bagaimana mahu buat kaedah kajian pbs PA ni???

    • ustazkenali berkata:

      Salam, anda perlu buka buku tentang penyelidikan sosiologi. Guna kaedah pemerhatian, temubual dan soal selidik seperti buat kajian Geografi. Cuma tambah bagi panjang hingga 5,000 patah perkataan.

  16. Nurul Marlina berkata:

    salam ustaz…
    saya nk tnya kalu saya amik tajuk berkaitan makanan yang digemari dan paling mendapat sambutan di salah sebuah bakery di daerah saya…apakah objektif yg ssuai…blh ustaz beri pendapat?

    • ustazkenali berkata:

      Wkmsalam…Sesuai dan boleh dikaji. Objektif yang boleh dikemukakan: 2 objektif sudah memadai.
      1. Mengkaji faktor-faktor penarik
      2. Mengenal pasti masalah sebuah perniagaan bakery. Kalau tak setuju bincanglah dengan guru anda.

  17. ustazkenali berkata:

    Wksalam…apa sahaja jenis perniagaan boleh.

  18. fahmi berkata:

    assalamualaikum ustazkenali
    boleh kongsikan @ cadangkan objektif untuk tajuk “Faedah koperasi sekolah kepada pelajar dan warga sekolah”

  19. alyafiz berkata:

    Ustaz help me!! mcm mne jika sya buat Tjuk Perniagaan Buah-buahan.. Uke tak Ustaz?
    nak bt mcm mna??

  20. srikandy apple berkata:

    Assalamualaikum ustaz ,saya memilih tema perniagaan .. berdasarkan hasil dapatan soal selidik ,pemerhatian selama 3 hari di tempat kajian,dan rujukan yg sy jalankan ,saya ingin menukar tajuk … tetapi sy tak ade idea …
    saya turut menukar objektif :
    1 ) Mengkaji Langkah yg dapat mmberi penambahbaikan terhadap minuman Bubble Tea .
    2 ) Mengenalpasti faktor-faktor kehendak pelanggan terhadap Bubble Tea

    berdasarkan objektif ni . dapat x ustaz tolong saya dalam pemilihan tajuk ini …

  21. Qila berkata:

    assalamualaikum. um , saya pilih utk buat pbs berkaitan perniagaan restoran . objektif sy pulak berkait dgn cabaran dan strategi. skrg sy dh siapkan semua tp masalahnya baru 4284 pp je . diterima tak lagi ek ? dh buntu dh x tahu nk tambah kt mana lagi :( please , need ur opinion .

  22. adam berkata:

    assalamualaikum.. sebenarnya boleh ke buat tajuk ‘tinjauan terhadap perniagaan pasar malam’
    sepatutnya kena jelaskan responden siapa, kan ? tak boleh umum kepada semua orang.

    • ustazkenali berkata:

      Salam…pilihlah gerai seperti gerai barangan basah, kering, pakaian, buah-buahan…dan seumpamnaya. Tak boleh umum sebab sukar bagi anda untuk membuat tinjauan, pemerhatian, soal-selidik.

    • ustazkenali berkata:

      Wkumsalam…Boleh dilakukan tinjauan cuma elakkan tinjaun umum. Anda kena buat tinjauan khusus dan kecilkan skop kajian.

  23. fujisy berkata:

    jika saya buat tentang: industri kecil sederhana menjual mi kuning…apa yang boleh masuk?

  24. eko berkata:

    selamat malam.macam mana saya nak buat pengenalan mengenai penrniagaan?

  25. nur hidayu berkata:

    salam…dapatan kajian & perbincangan ni nak kena wat sekali ke asing2….contoh mula2 wat dapatan kajian…pas2 wat perbincangan…cm 2 ke???

    • ustazkenali berkata:

      Wkumsalam…Sebenarnya anda boleh memasukan kedua-duanya sekali.
      Contoh 8.0 Dapatan Kajian
      8.1 Latar Belakang Responden
      8.1.1 Latar Belakang Berdasarkan Jantina
      8.1.2 Latar Belakang Responden Berdasarkan bangsa, umur dan pengalaman
      8.2 Taburan Skor Keputusan Soal selidik dan Perbincangan
      Cara 2 8.0 Dapatan Kajian
      8.1 Pendahuluan
      8.2 Analisis Perihalan ( Hasil Soal-selidik)
      8.3 Dapatan dan perbincangan

      • aaron berkata:

        saya buat perniagaan pasar malm, tapi saya dapati ramai kwn2 dah buat tjuk nie..tajuknya ialah faktor peniaga berniaga dan kesan kpd pdduk setempat..cammana saye nak bt kjian sye bbeza dgan org lain

      • ustazkenali berkata:

        Ok, untuk elak pertindihan, aaron kaji Barang Basah sahaja…ikan, sayur, ketam , kerang, ayam daging dll.

  26. azureen amira berkata:

    assalamualaikum… saya nak tanya tajuk ni ok tak untuk pbs saya…
    “Warung Lagenda : Peningkatan taraf hidup penduduk Selendang, Rompin, Pahang.”
    boleh guna x??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2013
I S R K J S A
« Nov   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 364,456 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 51 other followers

Kategori

Top Rated

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 51 other followers

%d bloggers like this: