Contoh Tajuk Kajian PBS : Tema Pengangkutan

82

Januari 9, 2013 oleh ustazkenali

Kumpulan 1
Prasarana (pengangkutan)
1. Persepsi orang awam terhadap perkhidmatan feri yang disediakan di Jeti Kuah.
2. Kesan perniagaan kereta sewa terhadap perkhidmatan teksi di Lapangan Terbang Langkawi.
3. Masalah penggunaan bot dalam kalangan penduduk Pulau Tuba.
4. Persepsi pelajar SMK Tunku Putra terhadap perkhidmatan Bas MARA.
5. Faktor pelajar 6 Atas SMK Mahsuri menaiki kereta ke sekolah.
6. Faktor pelajar tingkatan 3 SMK Mahsuri tidak gemar menggunakan basikal ke sekolah.
7. Faktor-faktor yang menyebabkan bas awam tidak diperlukan di Pekan Kuah.
8. Faktor-faktor guru SMK Tunku Putra lebih berminat menggunakan kereta import.
9. Persepsi penduduk Kampung Kedawang terhadap persaingan perniagaan kereta sewa.
10. Faktor-faktor yang mendorong peningkatan perniagaan kereta sewa di Jeti Kuah, Langkawi.

Ekonomi: Perniagaan
1. Kewujudan pasar raya memberi impak impak kepada peniaga kecil di kawasan Pokok Asam, Kuah.
2. Faktor-faktor yang menghalang peniaga Pekan Rabu, Kuah tidak berminat berniaga di premis tersebut.
3. Faktor-faktor pengekalan Syarikat Ismail Group mengembangkan Empayar perniagaannya sehingga kini.
4. Cabaran menjalankan perniagaan di Up Town, Kuah.
5. Kepentingan inap desa (homestay) kepada penduduk tempatan di Bohor Tempoyak, Kedawang.
6. Punca-punca kemunculan restoran makanan ala Thai di Pekan Kuah.
7. Cabaran yang dihadapi oleh pemilik chalet di Pantai Cenang.
8. Faktor yang menyebabkan Tesco Mergong menjadi Tumpuan Penduduk Taman Seri Impian.
9. Kepentingan Pasar Malam Kedawang kepada penduduk Kampung Padang Wahid.
Kumpulan 2
Ekonomi: Perniagaan
1. Penglibatan pelajar dalam aktiviti perniagaan di luar waktu sekolah: Punca dan kesan.
2. Penglibatan guru dalam aktiviti perniagaan: punca dan kesan.
3. Persepsi pelajar Tingkatan 6 Atas terhadap perkhidmatan kantin sekolah SMK TM.
4. Persepsi waris pelajar tingkatan Satu SMK TM terhadap koperasi sekolah.
5. Penglibatan warga asing dalam perniagaan pasar malam di Pantai Johor.
6. Penjaja tanpa lesen di kaki lima kedai/ tepi jalan: punca dan langkah.
7. Kepentingan kedai 7Eleven kepada masyarakat di Jalan Pegawai.
8. Perniagaan ‘bundle’: kepentingan dan penawaran.
9. Perniagaan cendol di Simpang Empat- satu tinjauan.
Prasarana: pengangkutan
1. Persepsi pelajar Tingkatan 6 terhadap perkhidmatan bas sekolah.
2. Persepsepsi pelajar tingkatan 5 terhadap perkhidmatan bas awam.
3. Persepsi guru terhadap penggunaan kenderaan oleh pelajar sekolah.
4. Pengaruh gaji terhadap jenis kenderaan guru.
5. Pengaruh gender terhadap penggunaan kenderaan ke sekolah.

Kumpulan 3 (Cgu Yaacob)
Ekonomi: Perniagaan
1. Kajian tentang pendapatan peniaga pasar malam di Jitra.
2. Kajian tentang sumbangan pakar malam kepada penduduk Kampung Tok Jalai.
3. Kajian persepsi pelajar terhadap pengurusan kantin sekolah di SMK Air Hitam.
4. Mengkaji masalah peniaga buah-buahan di kawasan Jitra.
5. Kajian tentang cabaran masa depan peniaga runcit di kawasan Jitra.
6. Kajian tentang cabaran pengusaha stesen minyak di kawasan Jitra
7. Kajian tentang peniaga kain di pasar malam.
8. Peniaga pisang goreng: kajian tentang perniagaan pisang goreng di Pekan Tunjang.
9. Pasar sehari: kajian tentang jenis-jenis perniagaan di pasar sehari Changlun.
10. Kesan pembangunan baru kepada peniaga kecil: kajian tentang perniagaan kios di pasar raya ___________________, Jitra.
Prasarana: Pengangkutan
1. Kajian penggunaan basikal ke sekolah bagi pelajar tingkatan satu.
2. Kajian penggunaan bas ke sekolah dalam kalangan pelajar tingkatan 5.
3. Kajian penggunaan kereta dalam kalangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
4. Kajian kesan penggunaan pengangkutan awam dalam kalangan pelajar ketika menghadapi aktiviti aktiviti kokurikulum.
5. Kesan penggunaan motosikal dalam kalangan pelajar ketika menghadapi aktiviti kokurikulum pada waktu petang.
6. Kesan penggunaan lori di kampung Gandai.
7. Kajian kesan penggunaan motosikal tanpa lesen memandu dalam kalangan pelajar tingkatan lima.

About these ads

82 thoughts on “Contoh Tajuk Kajian PBS : Tema Pengangkutan

  1. Jessie Chuah berkata:

    Thanks a lot, It is very useful. Tapi tajuk yg kita pilih tu blh macam bentuk esei?? cth: kepentingan pasar malam kepda penduduk di tmn….??

  2. ustazkenali berkata:

    Dari taklimat yang saya ikuti, begitulah nampaknya. Paling penting skop kajian anda perlu khusus, contohnya Kepentingan perniagaan laksa di Kampung Teluk Kechai di Alor Setar.

  3. Hanim Salleh berkata:

    sangat membantu. terima kasih

  4. Eunice berkata:

    Thank a lot…it is very useful

  5. surayamdsaad berkata:

    amboi sedapnya lama dah takmakan laksa telok kechai last makan masa belajaq kat uum tahun 1997 bila boleh pi makan lagi

  6. yana berkata:

    terima kasih ,,,atas informasinya… ^^

  7. ruben berkata:

    thnx a lot…

  8. Yunus Boyzer berkata:

    this site is very useful…thank u so much

  9. Aiman berkata:

    Thanks a lot =) . Bgaimana pula kalau saya buat tajuk pengangkutan ; faktor-faktor yang menyebabkan masalah pengangkutan di Smk … dan langkah mengatasinya . bhgian pengnalan adakah perlu di letakkan juga mengenai tajuk yang dikaji?

  10. patricia low berkata:

    bgaimana kalau buat tajuk : persepsi pelajar ting3 & 4 terhadap penggunaan van sekolah di smk A. …

  11. Atqiah Qeita berkata:

    Macam mana nak buat sinopsis berkaitan tajuk Kemudahan Pembinaan Penggunaan ETS kepada penduduk Bandaraya Ipoh

  12. ustazkenali berkata:

    salam…minta maaf, ustaz tidak arif ETS atau Educational Testing Service, ada kaitan dengan nonprofit educational testing founded in 1947.

  13. Alex berkata:

    Jika tajuk saya ialah Persepsi penduduk terhadap perkhidmatan bas awam di Taman Ipoh,
    dan objektif saya ialah
    1) mengenalpasti sebab-sebab mendorong penduduk menaiki bas awam
    2) mengkaji tahap kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan bas awam
    3) mengenalpasti langkah-langkah menaiktarafkan perkhidmatan bas awam

    Boleh diterima ?

  14. ustazkenali berkata:

    Salam bahagia… Kajian ini telah dijalankan di Kota Bharu dan di Selongor ….boleh search kat laman sesawanng…taip Kajian Mod Pengangkutan : Persepsi Pengguna guna internet explore.

  15. jazmen berkata:

    Salam, kalau tajuk saya ialah pembangunan restoran makanan vegetarian do kawasan Farlim , pulau pinang. Bolehkah objektif Kajian saya seperti berikut.
    I)faktor yang mendorong pertumbuhan restoran makanan vegetarian di kawasan Farlim
    ii)masalah yang mempengaruhi pembangunn restoran makanan vegetarian di kawasan Farlim
    iii)langkah untuk memajukan restoran makanan vegetarian di kawasan Farlim.
    Bolehkah tajuk Dan objektif kajian saya diterima ?

  16. aizaa berkata:

    boleh x kalau tjuk cm ni : kajian penggunaa basikal dan van sekolah dalam kalangan pelajar tingkatan 1

  17. Mat Anih berkata:

    Salam ustaz, saya mahu bertanya siapakah respond saya dan lokasi kajian saya bila saya buat tajuk perniagaan dalam talian? Adakah tajuk tidak sesuai. Mohon penjelasan ustaz sekian

  18. afiq syahizzat berkata:

    Assalamualaikum ustaz..tajuk kajian sy:pengangkutan motorsikal yang digunakan oleh pelajar smk tengku indra petra1 ke sekolah..adakah tjuk sy leh d trima or x?

  19. burn berkata:

    salam sejahtera , adakah tajuk saya betul? faktor-faktor KL Sentral menjadi perhentian utama dalam kalangan pengguna Keretapi Tanah Melayu(KTM)
    Objektif: i. mengenal pasti faktor-faktor KL Sentral menjadi perhentian utama dalam kalangan pengguna Keretapi Tanah Melayu(KTM)
    ii. mengenal pasti pandangan pengguna terhadap servis yang ditawarkan di KL Sentral (seperti perkhidmatan LRT,Monorail dan bas)

  20. ustazkenali berkata:

    Salam… Tajuk cadangan : KL Sentral Pusat Sehenti LRT Bandar. Paling elok bincang dengan guru anda.

  21. nadiahrozlan berkata:

    assalamualaikum.. tajuk saya bagi kajian ini ialah PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERSENDIRIAN DI SIJANGKANG.. objektif kajian,1- mengenal pasti punca2 ibu bapa menyarankan anak2 menggunakan bas sekolah persendirian 2- mengkaji tentang kesan2 terhadap penggunaan kenderaan bas sekolah persendirian.. saya nk tanya ,bahan rujukan apa yang boleh saya ambil untuk kajian ini ? terima kasih :)

  22. hasif riznan berkata:

    salam. bolehkah tajuk saya aktiviti perkhidmatan pengangkutan bas di Tanah Merah. dan objektif saya Mengenal pasti bilangan bas di Tanah Merah , mengenalpasti jenis bas yang digunakan, mengenalpasti cabaran dan masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan bas ,mengenalpasti golongan pemandu bas yang bekerja di Tanah Merah yang dikaji berdasarkan bangsa,jantina dan umur ? boleh di terima atau tak?

    • ustazkenali berkata:

      Wksalam. Tajuk yang anda cadangkan memang baik tetapi Objektif kajian itu kurang tepat dan perlu perbincangan dengan guru. Ingar objektif kajian cukup dua atau tiga sahaja.

  23. Efpha@jeniffer berkata:

    salam. boleh bagi saya idea macam mana nak buat pengenalan kajian saya…tajuk kajian saya ialah tindak balas penduduk sekitar rumah panjang terhadap perkhidmatan kedai runcit.

  24. manshareshranjini berkata:

    maaf cikgu.bagaimana membina soalan.
    objektif saya punca dengan kesan penggunaan basikal

    • ustazkenali berkata:

      Susah juga kerana perlu melihat masalah di lokasi kajian. Biasanya anda sendiri yang lebih tahu apa yang hendak ditanya dan dikaji. Dapatan kajian anda bergantung kepada soalan-soalan yang anda kai ( apa pemboleh ubah ) seperti jarak, jantina, sistem pengangkutan setempat….

  25. haiza nursyahirah berkata:

    salam..mcm mna nak buat dapatn kajian?

    • ustazkenali berkata:

      Dapatan Kajian yang anda perolehi boleh dianalisis dalam bentuk peratus, kekerapan dan hubungan kesan. Dan rasanya guru P.Am dah beri taklimat.

  26. Raihan_ePIEY berkata:

    salam…dalam dapatan kajian,blh x kita masukkan permasalahan kajian????

  27. nurul fazliana berkata:

    . salam saya nak tanya tajuk saya PEMILIHAN PENGANGKUTAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBOR PANJANG .BOLEH DAK ? dimana saya boleh mendapatkan bahan rujukan ?

    • ustazkenali berkata:

      Bahan tu, banyak kat perpustakaan universiti sains dan universiti utara. Tapi untuk kajian anda boleh dapat maklumat melalui borang soal selidik. Jadi berusaha dan anda Boleh baca kajian Mod Pengangkutan dalam internet ; Guna Interner Explorer.

  28. MEcy berkata:

    Salam sejahtera…nak Tanya,saya rasa sangsi dgan tjuk saya iaitu mengkaji Jenis kenderaan d kg A…..bleh d trim a x?
    Objekti sya :
    1.mengkaji Jenis knderaan d…….
    2.mngkaji jumlah pnduduk yg mpnyai knderaan.
    3.mengkategorikan pringkat umur yg mpunyai knderaan.

  29. emah cherieyah gurls berkata:

    assalamualaikum lau tajuk saya pla ni k jga ka saya kji tntang kantin sekolah.

  30. haiza nursyahirah berkata:

    salam..rumusan boleh tak buat dua halaman?

  31. mashitah berkata:

    CIKGU sya nak tnya mcam mna nak buat dapatan kajian,,perlukah diletakkan jadual @ graf…apa yang nak diterang,,terima kasih

    • ustazkenali berkata:

      Salam…apabila anda telah memperolehi data, perlulah dijadikan jadual seperti Alih bentuk komunikasi, dari jadual itulah anda boleh bina graf dan carta. Kalau anda bijak anda boleh bina graf bar, garaf garis dan carta pai. Penerangan tetang peratusan umur, bangsa, dan seumpamanya. Saya rasa, cikgu anda sudah buat penerangannya.

  32. Ida Kecek II berkata:

    mana sy nak cri kajian2 yg perlu d’comparekan dgn setiap dapatan kajian yg telah dianalisis..
    tjuk sy persepsi pengguna thadap mutu perkhidmatan bas henti-henti..

  33. mei chien berkata:

    Cikgu di mn sy blh cari rujukan utk pengangkutan?

  34. NotPerfect berkata:

    salam cikgu ..
    tajuk ”Perkhidmatan Pengangkutan Bas di Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah” bley x?

  35. amir berkata:

    Salam cikgu, bagaimana dengan tajuk faktor- faktor yang mendorong pelajar ke pasar malam? saya keliru ….

    • ustazkenali berkata:

      Salam, kalau nak dikira masa untuk menjalankan PBS dah nak tamat, mengapa tak siap lagi tajuk? Remaja dan Tarikan ke Pasar Malam.

      • amir berkata:

        wasalam, PBS saya dah siap, cuma ckgu saya kata tajuk saya x sesuai..objektif kajian saya ialah mengenalpasti jenis- jenis perniagaan dan daya tarikan yang dapat menarik pelajar ke pasar malam, mengnalpasti waktu yang sesuai untuk pelajar mengunjungi pasar malam dan mengenalpasti kpentingan perniagaan pasar malam kepada pelajar

      • ustazkenali berkata:

        Ikutlah nasihat guru anda kerana beliau penilai pertama anda, jika anda tidak memenuhi kehendak guru P.Am anda mungkin gagal.

  36. nurul nuha binti kasmar berkata:

    saya mengambil jurusan perancang bandar dan wilayah..saya nak tanya apa pendapat cikgu mengenai “kajian mengenai pengunaan dan kesan tumbuhan landskap di tepi jalan kepada pengguna jalan raya”

    • ustazkenali berkata:

      Salam. pada pandangan saya; anda mempunyai penasihat akademik. Pasti beliau mempunyai pandangan yang tersendiri dan ustaz sekadar boleh memberi cadangan.
      Setiap tajuk penyelidikan perlu khusus … dan kesan tumbuhan di Bandaraya Alor Setar. Apa-apa pun rujuk dan bincang dengan penasihat anda. Dan juga lihat kajian-kajian yang lalu.

  37. marcella berkata:

    adakah tajuk ini salah ?
    pandangan masyarakat penggunaan basikal di kalangan murid di sk.tagaroh ?

  38. Syira berkata:

    Blh x tjuk saya penggunaan pengangkutan motosikal sebagai alternatif utama pelajar smk seri berang hadir ke sesi persekolahan

  39. Hidayah latif berkata:

    Salam ,kalau tajuk KECENDERUNGAN PELAJAR BERMOTOSIKAL KE SEKOLAH boleh tak ? Terima ksih

  40. ablxhr berkata:

    prasarana bukan kemudahan asas yang disediakan untuk kemudahan masyarakat ke ? kereta dan basikal dalam kelompok prasarana ke ? mohon pecerahan segera . terima kasih

    • ustazkenali berkata:

      Salam…prasarana merupakan kemudahan dan perkhidmatan asas spt lorong, jalan raya, l/raya, jln air, bekalan air dan elektrik, dewan orang ramai, pusat kesihatan dan hospital, masjid dan rumah ibadat, sekoalah…. basikal dan kereta adalah alat yang menggunakan kemudahan asas tadi.

  41. Nice post. I was checking constantly this blog
    and I’m impressed! Extremely useful info specially the last part :
    ) I care for such information a lot. I was seeking this certain
    info for a long time. Thank you and best of luck.

  42. PeiLing berkata:

    Cikgu boleh jawab saya ke tak? Maaf~

  43. ustazkenali berkata:

    Salam, Peiling…Objektif kajian tu boleh digunakan. Teruskan kajian anda.

  44. siti berkata:

    saya pening la nak buat berkenaan pegangkutan ni ustaz tolong la saya ustaz….kita kena hurai byk ka pasal pegangkutan ni @ byk hurai tajuk kita

  45. ustazkenali berkata:

    Salam…tak banyak mana pun kalau anda ikut sinopsis seperti yang saya postkan. Ikut kandungan apabila menulis, contoh buat sinopsis, lepas tu kandungan dan seterusnya.

  46. mariani binti muda berkata:

    salam ustaz kenali….saya dimaklumkan untuk tema pengangkutan mesti fokus kepada pengangkutan awam sahaja. betul ke

  47. ustazkenali berkata:

    Wksalam…apa-apa jenis pengangkutan boleh, cuma mungkin untuk memudahkan pelajar kaji pengangkutan awam. Tapi kalau anda mudah akses bolehlah dijalankan kajian. Contoh penggunaan “pengangkutan pick-up” di Sabah dan Serawak.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2013
I S R K J S A
« Nov   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 316,955 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 50 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: