Dapatan Kajian

Tinggalkan komen

Mac 17, 2013 oleh ustazkenali

Dapatan Kajian yang diperolehi daripada pemerhatian, temubual dan soal selidik perlu dianalisa untuk mendapat jawapan kepada objektif kajian. Adakah dapatan kajian anda menjawab soalan-soalan kajian anda? Adakah alat ukur yang anda kemukakan itu dapat mengukur apa-apa yang hendak diukur.

Misalnya : Borang soal selidik
Ulasan : Soal selidik untuk guru-guru ini terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A soal selidik untuk guru-guru mengandungi 30 item. Item-item ini bertujuan untuk mengetahui persepsi guru terhadap disiplin pelajar ( atau kepimpinan atau mod pengangkutan dan sebagainya berdasarkan tajuk-tajuk yang dikaji). Bahagian B pula terdiri daripada 60 item untuk melihat persepsi guru-guru terhadap iklim sekolah dengan menggunakan 5 skala iaitu 1 mewakili = Sangat Setuju, 2 mewakili = Setuju, 3 mewakili = Tidak Setuju, 4 mewakili Sangat Tidak Setuju, 5 mewakili = Tidak Pasti.

Kesemua data-data yang dikumpulkan dalam penyelidikan ini dianalisis dengan statistik kekerapan, peratusan, min, sisihan lazim, dan korelasi ( Ingat ini hanya contoh). Untuk menggambarkan dapatan kajian dengan lebih jelas calon-calon PBS digalakan membina jadual, graf, dan carta seperti bar, carta pie, graf garis dan boleh juga graf gabungan. Bukan itu sahaja perlu menulis kesimpulan-kesimpulan kecil yang menegas dapatan kajian. Pada pandangan saya, kajian PBS STPM tidaklah sampai membuat analisis data seperti tesis Sarjana Muda dan Sarjana atau SPSS dengan paras keertian( Paras Signifiken) 0.05. Tidak perlu menggunakan Multiple Regression, Korelasi Pearson, Analisis Varian Sehala dan Ujian t ( t-test), Anova dan seumpamanya.

PBS stpm hanya memerlukan analisis yang mudah atau kita sebut juga analisis statistik perihalan seperti:
1. Latar belakang responden ( Contoh; seramai 169 responden telah memberi maklumbalas seperti yang dikendaki ).
2. Latar belakang Jantina
3. Latar belakang Bangsa
4. Latar belakang agama

Perbincangan

Implikasi

Kesimpulan
"Bergurulah dengan guru anda kerana dia lebih memahami ehwal anda" U-KEN 17.03.2013.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mac 2013
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 345,720 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 50 other followers

Kategori

Top Rated

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: