Kajian & Penyelidikan

4

MASALAH DALAM MEMBUAT KAJIAN

A. MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN

Definisi

1. Masalah kajian adalah isu pendidikan, isu-isu kontroversi dan keperihtinan yang ingin di kaji.

2. Pernyataan masalah adalah satu huraian tentang latar belakang dan isu-isu berkaitan yang

membawa kepada masalah yang dikaji.

Cadangan Contoh-contoh Tajuk Kajian

1.  Unsur-unsur falsafah Islam dalam Kurikulum Sejarah Tingkatan 6.

2. Budaya belajar dalam kalangan pelajar perempuan Tingkatan Enam di SMKTL.

* Boleh diperluas kepada Tingkatan, 1,2, 3,4, dan 5 (lelaki, lelaki dan perempuan ) boleh juga diperluas kepada “

beberapa buah sekolah terpilih di Daerah Kota Setar” dan seumpamanya”

3. Kemahiran berfikir Pelajar-pelajar Cemerlang Tingkatan 6 Aliran Kemanusiaan (boleh mana-mana tingkatan).

B. PERNYATAAN MASALAH

Definisi: Pernyataan masalah adalah satu deskripsi penulisan dalam bentuk huraian ( penulisan ) bagaimana sesuatu masalah kajian dipersembahkan yang melibatkan:

a. Huraian topik/tajuk dan  latar belakang kajian.

b. Wujud bukti ( dalam isu atau tajuk ) seperti yang didakwa oleh pengkaji.

c. Justifikasi masalah kajian berdasarkan kajian-kajian yang lepas yang telah dibuat oleh pengkaji terdahulu atau

mungkin sedang dan telah lama dipraktikan.

d. Kekurangan pengetahuan sedia ada tentang sesuatu isu, amalan, kaedah dan seumpamanya seperti dalam contoh-

contoh soalan kajian di atas ( tidak terhad dan boleh mencakupi pelbagai disiplin ilmu ).

e. Kepentingan kajian ( untuk pelbagai disiplin ilmu untuk penambahbaikan atau menyelesaikan masalah) kepada

pelbagai pihak.

C. TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian adalah untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan pernyataan masalah oleh pengkaji. Apakah yang ingin dibuktikan oleh penyelidik tentang sesuatu isu, fonomena dan sebagainya  sama ada benar atau salah dengan andaian-andaian ( hipotesis-hipotesis ) yang dibuat.

Contoh: Kajian ini adalah bertujuan untuk:

i.  Memahami… pola, gaya, cara, punca, sikap…dan seumpamanya.

ii. Meneliti … gaya kempimpinan pengajaran.

iii. Mengkaji situasi … iklim pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.

iv. Menerangakan fenomena … biasanya bersifat sementara.

v.  Mencari penyelesaian … contoh cara bekerja atau prosedur… seumpamanya.

( Sila baca kajian-kajian yang telah saya utarakan dalam bahan-bahan yang telah diterbitkan dalam blog ini)

D OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan tujuan kajian, beberapa objektif boleh ditulis, contohnya:

i. Topik Kajian

* Stres  dalam kalangan pelajar kelas peperiksaan ( PMR, SPM atau STPM )

* Stres  dalam kalangan guru.guru SMKTL ( sekolah masing-masing ).

ii. Tujuan Kajian

* Kajian ini bertujuan untuk memahami situasi stres dalam kalangan guru-guru yang mengajar di kelas-kelas Peperiksaan  Awam.

*… dalam kalangan guru-guru Tingkatan Enam.

iii. Objektif Kajian

* Mengenal pasti tahap stres dalam kalangan guru-guru ( Tingkatan 6, atau SPM atau PMR )

* Mengesan faktor-faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru-guru Tingkatan 6.

* Menyarankan cara-cara pengurusan stres dalam kalangan guru-guru Tingkatan 6.

E MENENTUKAN HIPOTESIS @ PERSOALAN KAJIAN

i. Masalah kajian biasanya ditentukan secara persoalan dan seringkali juga dikenali sebagai hipotesis ( simbol H )

ii. Persoalan kajian adalah soalan khusus yang perlu dijawab dalam sesuatu kajian.

iii. H merupakan ramalan ( prediction ) @ pernyataan secara spesifik (jelas dan tepat bukan umum ) tetang apa yang diharapkan ( apa yang ingin diikur ) dan berlaku.

iv. H perlulah dinyatakan secara jelas tentang perkaitan ( korelasi ) di antara pembolehubah-pembolehubah (PU).

 

 

4 thoughts on “Kajian & Penyelidikan

  1. HASHA berkata:

    selamat petang cikgu. saya adalah pelajar tingkatan 6 . saya ada satu soalan tentang pengajian am iaiti, dua pelajar ambil tajuk yang sama tetapi lokasi kajian berbeza . contohnya persepsi pelajar tingkatan 5 tentang perkhidmatan kantian di sekolah A dan kawan saya kaji di sekolah B , BOLEH BUAT KE?

  2. Mudax Cengeng berkata:

    salam.. ada contoh kajianpersepsi pelajar terhadap koperasi sekolah x?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2014
I S R K J S A
« Ogo    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 325,417 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 50 other followers

Kategori

Top Rated

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers

%d bloggers like this: