Intergriti Tidak Tingkatkan Kecemerlangan?

Tinggalkan komen

Mei 15, 2011 oleh ustazkenali

Intergriti Tidak  Tingkatkan Kecemerlangan?

Penekanan terhadap amalan budaya berintegriti  dan berhemah dalam masyarakat merupakan antara penekanan yang penting dalam usaha merealisasikan sebuah Negara maju yang bertamadun tinggi. Agenda ini perlu disokong oleh semua kelompok masyarakat  kerana kita ingin menjadi  negara maju mengikut acuan kita sendiri.

Pemupukan  budaya  dan nilai intergriti memerlukan perubahan dalam masyarakat. Ia bukan sahaja perlu diterima dari segi pemikiran, tindak tanduk dan pelakuan secara berterusan. Ini membawa maksud  tidak terbatas kepada pemimpin atau ketua sesuatu institusi sahaja, tetapi mencakupi  pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar,  ahli politik, ahli perniagaan  dan sesiapa sahaja yang berada di bumi Malaysia. Jika ada segelintir ahli dalam masyarakat kita yang menyukai perkara-perkara tidak baik, maka agak sukar untuk kita terap dan pupuk budaya intergriti dan beretika. Contohnya program televisyen yang bercampur aduk antara kebaikan dengan keburukan. Dengan masa 30 saat laluan iklan shampo rancangan Tanyalah Ustaz sudah tidak memberi erti. Bagaimana?  Para ustaz mengajarkan menutup aurat tetapi iklan menayangkan sekujur tubuh gebu; menghairahkan, miang, galak dan tidak punya rasa malu. Sedangkan sifat malu itu menjadi kita manusia berintegriti.

Hakikatnya penerapan nilai budaya positif  tidak cukup kuat untuk menjadikan masyarakat Malaysia berintigriti. Mengapa? Kerana budaya yang tidak berpaksikan agama Islam tidak mampu bertahan lama. Agama mengajarkan Allah  Maha Melihat, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui apa-apa yang manusia kerjakan dan tidak tersembunyi daripada ilmu-Nya. Maka apabila seseorang itu  merasakan dirinya diperhatikan dan diberi mata ganjaran berupa pahala jika berbuat amal soleh dan diberi dosa jika berbuat cela baharulah dia menjadi manusia yang ada intergriti.  Memang jabatan-jabatan kerajaan mengamalkan prosedur dan sistem yang tidak memberi  ruang untuk kakitangannya terlibat atau mengambil rasuah, menyeleweng, dan menyalahguna kuasa   tetapi kes-kes jenayah Kolar Putih tak pernah surut. Misalnya, Tender terbuka yang dibuat akan dilindungi maklumat dari segi sebut harga dan kos tetapi masih ada “hint” atau sipi menyamai tender asal. Di sinilah letaknya harga beragama seseorang; tidak beragama kepada orang yang tiada amanah.

Berbuat sesuatu kerana orang lain tidak memberi apa-apa makna. Memang wajar seseorang ketua memainkan peranan, “ Kepimpinan melalui teladan” ; menunjukkan contoh yang baik untuk mendorong pegawai-pegawai di bawahnya melaksanakan tugas dengan dedikasi. Perlakuan zohir sebenarnya tidak mengubah apa-apa. Yang menganjak paradigma intergriti cemerlang ialah kelakuan batin. Seorang guru yang berbuat rajin apabila pengetuanya ada di sekolah adalah guru yang korup, tidak ikhlas dan tidak amanah tetapi disukai oleh pengetua. Guru yang selalu bertikam lidah, berbeza pandangan, rajin mengajar dan mengajar kerana  menganggap tugasnya amanah Allah selalu kalah dalam Penilaian Prestasi. Mengapa? Alat ukur “ bos” ialah memberi  kepada orang yang selalu dekat dengannya. Selalu sangat orang menyebut, “ kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari”. Cuba Tanya diri kita, salah guru ke? Kalau orang yang berbuat cela itu pola fikirnya ‘orang tak tahu’ sedangkan sepatutnya dalam pola fikir tiap-tiap individu Allah tahu apa-apa yang hamba-Nya kerjakan.  Hendak cemerlang perlu fikir , “ Ini amanah Allah, ini dosa, ini haram” .

                 Penerapan nilai intergriti dalam program bandar selamat melibatkan semua warganya. Dan terdapat 100 indikator  yang digunakan sebagai penunjuk selamat atau tidak bandar tersebut. Kalaulah di depan orang, seseorang itu  berkot, bertali leher kemas dan kasut berkilat tetapi ketika sendirian masih “masih  mandi telanjang” , menonton Video lucah, minum arak, mengambil dadah, melanggan pelacur di luar negara, berdua-duan dengan bukan mahram; maka manusia ini tidak berintegriti. Jauh sekali cemerlang. Manusia jenis ini menganggap tuhan dan agama  hanya di bibir, pura-pura baik  di hadapan khalayak dan CCTV tidak dapat mengesannya. Keselamatan itu sebenarnya hanya apabila manusia itu beriman kepada Allah dengan berbuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Ukuran selamat atau tidak sesuatu tempat atau bandar  itu tidak perlu kepada 100 indikator tetapi cukup dengan melihat berapa ramai orang Islam yang solat berjemaah di masjid dan surau. Dan lihat pula berapa ramai yang solat Isyak dan solat Subuh. Jika menyamai solat Jumaat, nyatalah bandar itu bandar selamat.

Tentu timbul persoalan, bagaimana dengan orang-orang kafir? Jawapannya, orang yang menganut Islam itulah yang utama. Kita yang terbaik. Kita perlu jadi ikutan orang bukan kita yang mengikut orang. Apabila kita berbuat sesuatu kerana orang atau kerana kempen kerajaan atau apa-apa sahaja yang tidak bertolak daripada ajaran agama maka kebaikan itu akan bersifat sementara. Habis kempen habislah.  Umpamanya tidak membuang sampah di merata-rata kerana masyarakat lingkungan menganggapnya salah dan diterima oleh semua. Tetapi  agama mengajarkan menjaga kebersihan itu sebagai sesuatu yang wajib bukan berbuat kerana orang lain berbuat hal yang sama. Agama Islam bukan budaya tetapi cara hidup yang diatur oleh perintah-perintah Allah dan ajaran yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. Seorang pelakon yang membawa watak baik atau watak jahat atau tidak kena mengena dengan yang hidup atau mati adalah sia-sia. Sebabnya semua perkara dikira dan dicatit di sisi Allah. Tidak ada yang terkecuali. Kembali kepada persoalan membuang sampah, hukumnya haram dan jika sampah itu menyusahkan semua orang, mencemarkan maka si sampah itu perlu meminta maaf kepada semua orang. Hidup beragama akan menjadikan seseorang itu cemerlang. Orang yang cemerlang tidak berhajat kepada puji dan puja manusia tetapi lepas dirinya dari azab neraka.     

Kesimpulannya, penerapan nilai positif, pemantauan berkualiti, Pelan Integriti Nasional dan segala macam indikator hanyalah alat fizikal yang tidak mampu menjinakkan tingkah laku manusia. Hidup beragama ( belajar, faham dan mengamalkan agama ) perlu dijadikan agenda nasional baharulah kita akan menjadi insan cemerlang. Gunakan perktaan adab dan akhlak menggantikan integriti supaya amal perbuatan kita ada hubungan dengan agama.

u.ken

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mei 2011
M T W T F S S
    Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: