Projek Kampung Wifi

Tinggalkan komen

Ogos 24, 2011 oleh ustazkenali

KERAJAAN akan memperluaskan lagi projek Kampung Wifi, yang menyediakan kemudahan sambungan internet tanpa wayar, ke lebih 500 kampung terpilih di seluruh negara, bermula tahun depan. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah meluluskan peruntukan bagi meneruskan projek itu dengan kos antara RM15,000 hingga RM20,000 setiap kampung. Katanya, walaupun semua kampung itu sudah dikenal pasti dan dalam perincian SKMM, syarikat telekomunikasi di alu-alukan menyumbangkan khidmat dan sokongan bagi menjayakan program itu ke kawasan luar bandar di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

” Negara kini mempunyai lebih lapan juta pengguna 3G dan sebahagian daripada mereka sudah pun bertukar kepada teknologi jalur lebar, maka pengenalan 4G adalah tambahan untuk pengguna seperti ini.” Kampung WiFi tidak memerlukan peruntukan tinggi dan mudah untuk disediakan, projek ini boleh dibangunkan di mana-mana kawasan yang mempunyai perkhidmatan telefon awam, cuma kalau menggunakan sambungan satelit mungkin kosnya tinggi sedikit.

Awal bulan lalu, Rais berkata, setakat Oktober sebanyak 11 mini CBC dibangunkan, dan tujuh kampung WiFi  diwujudkan dengan terbaru di Sarawak pada bulan September. Sementara itu, Rais berkata, dua syarikat telekomunikasi dijangka akan memperkenalkan teknologi tanpa wayar generasi keempat, 4G, dengan kelajuan capaian data 100 Mbps menjelang Mac tahun depan. Enggan menyatakan nama syarikat terbabit, beliau berkata, kedua-dua syarikat itu sedang dalam pengujian sistem teknikal pemancaran gelombang 4G dan dijangka bersedia mencapai tahap kelajuan capaian data 100 Mbps tidak lama lagi.

Negara kini mempunyai lebih lapan juta pengguna 3G dan sebahagian daripada mereka sudah pun bertukar kepada teknologi jalur lebar, maka pengenalan 4G adalah tambahan untuk pengguna seperti ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: