Bahagian A dan B P. Am 2 (Review )

Tinggalkan komen

September 3, 2011 oleh ustazkenali

BAHAGIAN A DAN B

Panduan Penulisan Esei

Nota:

i. Kepanjangan esei: Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan.

ii. Markah penuh untuk Bahagian A -25 markah dan B – 25 markah.

iii. Agihan Markah:

Idea (I) = 4

Hujah (H) = 12

Bahasa (B) = 5

Rumusan (R) = 5

JUMLAH 25

Kata kunci soalan:

I. Huraikan atau bincangkan

II. Pendapat / ulasan atau sebab

III. Cadangkan

IV. Kesan

V. Jelaskan

VI. Sejauh manakah

Contoh soalan:

PANDUAN PENULISAN ESEI

6 Perenggan

Perenggan 1 -Intro atau pendahuluan ( 3 baris DAH CUKUP  )

Perenggan 2- Idea 1  ( 7 )

Perenggan 3 – Idea 2 ( 7 )

Perenggan 4- Idea 3 ( 7 )

Perenggan 5- Idea 4 ( 7 )

Perenggan 6 – Rumusan ( 3 )

Menulis Pendahuluan

Fokus kepada

i. Isu dan ( Tukar persoalan kepada pernyataan )

ii. tugasan soalan : Intro untuk membantu calon menyatakan idea dengan lebih baik.

Perenggan kedua.

Nyatakan idea anda dengan jelas dan tepat

Berikan hujahan anda dengan jelas dan tepat

Tanya soalan-soalan yang sesuai seperti apa, mengapa, dan bagaimana (WH Question)

Rumus Idea.

PENUTUP:

Rumusan Tentang tajuk yang diberi

Memberi cadangan dan menyatakan harapan

Soalan Percubaan Terengganu 2010.

Bahagian A

1. Pendidikan dan kepimpinan merupakaan dua faktor penting yang dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Negara. Namun di samping itu terdapat faktor-faktor lain. Jelaskan pernyataan di atas.

2. Belakangan ini kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja. Pelbagai usaha perlu diambil untuk mengawalnya. Jelaskan pernyataaan di atas.

Bahagian B

3. Kitar semula boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan

4. Pemakanan kesihatan semakin mendapat sambutan masyarakat hari ini. Namun demikian, pemakanan kesihatan juga boleh memudaratkan kesihatan manusia. Bincangkan.

Soalan STPM 2009

1. “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Begitulah pepatah orang tua kita yang memberikan gambaran bahawa belia ialah golongan yang penting dalam memajukan sesebuah negara. Jelaskan ciri yang perlu ada pada golongan belia untuk merealisasikan hasrat pepatah ini.

2. Selain keupayaan negara menghasilkan pelbagai produk hiliran, kejayaan sektor pertanian negara dipengaruhi juga oleh faktor-faktor lain. Huraikan pernyataan ini.

3. Bahan kimia semakin banyak digunakan sebagai salah satu kandungan dalam makanan yang diproses. Walau bagaimanapun, penggunaannya boleh mendatangkan kesan sampingan.

4. Kawasan hutan tanah tinggi banyak kepentingannya. Penerokaannya boleh mendatangkan impak kepada kehidupan dan alam sekitar. Huraikan pernyataan ini.

Contoh Skrip jawapan calon:

Soalan 2

Statistik terbaru yang dikeluarkan oleh ibu pejabat polis Bukit Aman menunjukan sebanyak 65 kes buang bayi dilaporkan sepanjang awal tahun ini berbanding hanya 45 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. Kes pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja. Justeru faktor berlakunya masalah ini perlu dikenalpasti supaya langkahlangkah dapat diambil untuk mengawalnya.

Keruntuhan institusi keluarga merupakan antara faktor berlakunya kes pembuangan bayi. Remaja dari keluarga yang kucar kacir sanggup melakukan apa sahaja termasuk berzina dan maksiat sehingga remaja perempuan mengandung anak luar nikah. Ahli keluarga yang memberi kasih sayang bersyarat tidak akan sanggup menerima ahli keluarga yang mengandung sebelum bernikah. Ini menyebabkan emosi remaja yang hamil terganggu sehingga sanggup membuang anaknya sendiri. Kesimpulannya, kasih sayang keluarga sangat perlu dalam mengawal masalah ini.

Tiadanya pegangan agama yang kukuh dalam kalangan remaja menyebabkan peningkatan kes buang bayi. Remaja yang tiada pegangan agama yang kukuh berbaul bebas dengan rakan-rakannya sehingga terlanjur. Apabila remaja perempuan mengandung dan melahirkan anak luar nikah, mereka sanggup membuang bayi mereka tanpa keperimanusiaan. Contohnya, sesetengah bayi yang ditemui mati masih bertali pusat. Tuntasnya, pegangan agama yang kukuh penting dalam menghindari remaja daripada melakukan perkara yang dilarang dari segi agama.

Justeru, pihak keluarga harus memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka tanpa syarat. Ini dapat mengelakkan remaja daripada menagih kasih sayang daripada orang lain. Pihak keluarga perlu menerima anak mereka walaupun anak mereka cacat akhlaknya. Kasih sayang yang secukupnya menghalang remaja daripada melakukan perkara yang akan mencemarkan maruah keluarganya. Oleh itu pihak keluarga perlu sentiasa memberi kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

Selain itu, pihak kerajaan turut memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini. Pelbagai kempen kesedaran dan pengukuhan institusi kekeluargaan dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan remaja. Kerajaan perlu melakukan usaha seperti menyekat pronografi yang merupakan faktor reemaja melakukan seks. Konklusinya usaha kerajaan dalam mengawal masalah pembuangan bayi.

Tuntasnya pelbagai pihak perlu mengembleng tenaga dalam mengawal masalah pembuangan bayi. Ini penting sebagaimana digariskan dalam Modal Ekonomi baru untuk mewujudkan modal insan berkelas dunia. Usaha dari akar umbi perlu dilakukan agar masalah pembuangan bayi ini dapat dikurangkan ke angka sifar.

U-Ken 3.9.2011

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: