Pencemaran Bunyi

1

September 6, 2011 oleh ustazkenali

PENCEMARAN BUNYI

Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).

Klasifikasi Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :

  • Kebisingan selenjar
    Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.
  • Kebisingan fluktasi
    Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.
  • Hentakan impuls
    Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.
  • Kebisingan selang-seli
    Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca Pencemaran

Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah :

  • Pembangunan kawasan industri – bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.
  • Kawasan petempatan – bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.
  • Kenderaan – kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga.
  • Aktiviti masyarakat – mendengar radio/ televisyen dengan kuat.
  • Kuari – bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran bunyi :
  • Wujud pelbagai penyakit
  • Menjejaskan produktiviti
  • Gangguan psikologi
  • Hilang imbangan diri
  • Pekak
  • Kesan kepada ibu yang mengandung

Sumber :

  • Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
  • Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit Mikamas, 1996

One thought on “Pencemaran Bunyi

  1. tech news blog berkata:

    Hello to all, how is the whole thing, I think every one
    is getting more from this web site, and your views are nice in favor
    of new users.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 658,773 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: