Info Laras Sains P.Am 2

Tinggalkan komen

September 27, 2011 oleh ustazkenali

Dermalah organ demi sebuah  kehidupan

1.Apakah itu pendermaan organ ?

Secara umum pendermaan organ  adalah suatu proses pemindahan bahagian organ atau tisu penderma yang meninggal dunia kepada pesakit yang memerlukan. Tujuan pemindahan organ atau tisu untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kesakitan seseorang pesakit.

2. Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan ?

Organ : Jantung, Paru-paru, hati, buah pinggang dan pankreas

Tisu: Injap jantung, tulang, kulit, dan kornea mata.

3. Bilakah organ dan tisu si penderma diperolehi?

Proses pemerolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma hanya akan dilakukan apabila kematiannya telah disahkan oleh dua orang doktor bertauliah. Doktor-doktor yang terlibat akan memastikan bahawa  kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu tersebut.

4. Apakah rawatan akan diabaikan jika diketahui anda adalah seorang pengingkar penderma organ?

Tidak!  Pengingkar pendermaan organ akan dirawat sebaik mungkin sebagaimana pesakit-pesakit lain.

5. Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?

Hukum menderma organ atau tisu adalah HARUS mengikut Agama Islam selepas kematian.

6. Bagaimana proses pemindahan atau transplantasi organ dan tisu?

Proses transplantsi organ dan tisu melibatkan pembedahan yang bersih serta dijalankan di Dewan Bedah hospital oleh Pakar Bedah yang berpengalaman. Perolehan organ dan tisu ini tidak akan menjejaskan rupa bentuk tubuh badan penderma. Selepas organ dan tisu diperolehi, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna dan jenazah penderma tidak mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Proses pembedahan ini dijalankan dengan penuh hormat dan tertib sebagaimana pembedahan biasa.

Jenazah penderma akan dimandikan dikafankan diserahkan kepada waris untuk disembahyang dan disemadikan                   ( mengikut agama Islam jika penderma beragama Islam ).

7. Bagaimana untuk menjadi seorang penderma?

Anda perlu mengisi borang Pengikrar Penderma Organ dan Kad Pengikrar Penderma Organ. Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional Hospital Kuala Lumpur atau Hospital Besar negeri-negeri  masing-masing.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: