Info Kesihatan
Tinggalkan komenOktober 2, 2011 oleh ustazkenali
Adakah buah pinggang anda sihat? I daripada IO orang dewasa di seluruh dunia menghadapi masalah buah pinggang.
Apakah penyakit Buat buah Pinggang Kronik?
1. Penyakit buah pinggang kronik berlaku apabila seseorang individu mengeluarkan protin berlebihan di dalam air kencing atau mengalami pengurangan fungsi buah pinggang yang ketara.
2. Ini boleh mengakibatkan komplikasi seperti tekanan darah tinggi, kekurangan darah, dan kerosakan jantung dan salur darah.
Tahukah anda berapakah kerapkah penyakit buah pinggang kronik berlaku?
1. Terdapat lebih dari 500 juta indivivu diseluruh dunia yang mengalami penyakit buah pinggang kronik.
2. Secara umumnya, I dalam 10 orang dewasa mengalami penyakit buah pinggang kronik (pbpk).
Apakah sebab utama yang menyebabkan pbpk ?
1. Kencing manis/ Diabetis.
2. Tekanan darah tinggi.
3. Glomerulonephiris ( radang buah pinggang )
4. Jangkitan Kuman
5. Batu Karang
6. Penyakit keturunanga
Tanda dan Gejala
Ramai orang tidak sedar bahawa buah pinggang mereka rosak sehingga mereka menjalani pemeriksaan perubatan. Ada di antara individu yang pernah menjalani pemeriksaan perubatan. Ada di antara individu yang pernah mengalami tanda dan gejala seperti berikut:
1. Ketidakselesaan atau rasa membakar semasa membuang air kecil.
2. Darah keluar bersama-sama air kencing.
3. Kerap membuang air kecil.
4. Sakit belakang ( bahagian loin )
5. Kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam.
6. Bengkak pada bahagian pergelangan kaki.
7. Sembab di keliling mata berlarutan, terutamanya pada sebelah pagi.
Langkah-Langkah Pencegahan
1. Mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan protin dalam kencing dan melindungi buah pinggang.
2. Mengawal tekanan darah.
3. Mengawal gula dan kolesterol di dalam darah.
4. Berhenti merokok.
5. Bersenam
6. Mengawal berat badan
NKF Hotline: 1300-88-3110
http://www.myhealth.gov.my, http://www.infosihat.gov.my