R: P.AM 2 Laras Sains

2

Oktober 2, 2011 oleh ustazkenali


 

3          Pemanasan global yang dihadapi dunia berisiko membawa kepada berlakunya ‘krisis sumber makanan’.  Namun bukanlah pemanasan global sahaja yang boleh mencetuskan risiko krisis ini.  Bincangkan

Pengenalan:

Krisis sumber makanan menjadi kebimbangan para pemimpin dunia apabila dunia dilanda masalah pemanasan global.  Namun banyak faktor yang mempengaruhi wujudnya krisis ini.

Bil. Idea Huraian
1. A   Idea wajibPemanasan global -telah mewujudkan perubahan iklim yang membawa kepada bencana alam seperti banjir, ribut taufan dan kemarau.-bencana ini telah memusnahkan banyak kawasan tanaman, merosakkan banyak industri berasaskan makanan dan menenggelamkan kawasan penghasilan makanan yang semuanya menjejaskan pengeluaran makanan dan kekurangan sumber makanan.
2. B.  Faktor-faktor lainSerangan penyakit ke atas haiwan -serangan penyakit yang disebabkan virus tertentu seperti selesema burung (H1N5) dan selesema babi (H1N1) telah membawa kepada pemusnahan binatang ternakan yang dijangkiti.-500,000 ekor babi dimusnahkan di Mesir serta tindakan beberapa negara lain sebagai contoh, boleh membawa kepada kekurangan bekalan makanan
3. Peningkatan penghasilan tenaga biofuel -penghasil bahan bakar daripada kacang soya, bunga matahari, kelapa sawit, tebu dan pelbagai tumbuhan lain mengurangkan kuantiti  pengeluaran hasil tumbuhan tersebut kepada penghasilan bahan makanan.-penentangan banyak pihak di Barat terhadap peningkatan penggunaan biofuel merupakan gambaran kepada kebimbangan berlakunya krisis makanan
4. Pengurangan kawasan penghasilan makanan -eksploitasi dan pertindihan kepentingan kawasan tanah untuk industri dan perumahan dengan tujuan pertanian, seringkali kawasan untuk pertanian dikorbankan.  Kebimbangan kesan pemasanan global juga mengehadkan penebangan hutan-menurunnya kawasan untuk penghasilan makanan sedangkan penduduk semakin meningkat menjadi faktor turut mempengaruhi berlaku krisis makanan
5. Kemerosotan / kepupusan serangga pendebungaan -kajian di Amerika mendapati populasi lebah semakin berkurangan.  Kesan kepupusan serangga ini, mempengaruhi pengeluaran hasil tanaman yang bergantung kepada proses pendebungaan oleh serangga.-jumlah serangga berkenaan berkurangan berkaitan dengan kemusnahan kawasan habitat hidupan berkenaan.
6. Teknologi pengeluaran yang ketinggalan -tidak berkembangnya teknologi pengeluaran hasil pertanian bagi negara-negara miskin atau yang dilanda peperangan, perang saudara menjadikan hasil pengeluaran pertanian tidak meningkat atau tidak dapat dikeluarkan-keadaan diburukkan lagi dengan tahap pendidikan yang rendah, sedangkan permintaan terhadap makanan meningkat mewujudkan risiko berlaku krisis makanan
7. Fenomena perubahan  cuaca –  El-Nino / la-Nina -fenomena al-Nino sering kali berlaku kesan gerakan dan pertembungan suhu panas permukaan laut yang telah meningkatkan tahap suhu di sesetengah negara.-cuaca kering kesan fenomena ini menjejaskan penghasilan makanan dari sumber pertanian bagi negara yang menerima tahap suhu kering yang serius.

Kesimpulan:

Kerjasama di peringkat antarabangsa amat dituntut dalam menangani isu ini agar tidak mengancam kehidupan.

Jawapan:  Idea satu  wajib dan mana-mana tiga idea lain.

2 thoughts on “R: P.AM 2 Laras Sains

  1. rohayu tahir berkata:

    El – Nino la.. slah ooo

Tinggalkan Jawapan kepada ustazkenali Batal balasan

Oktober 2011
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 1,639,489 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 62 other subscribers

Kategori

Top Rated