Sistem Keselarasan Vokal

Tinggalkan komen

Oktober 9, 2011 oleh ustazkenali

Sistem Keselarasan Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf yang membentuk dua suku kata pada kata dasar,iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.Prinsip keselarasan vokal ini berlaku dengan syarat-syarat yang berikut:

A. Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar.

B. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

C. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata,yang terlibat dengan sistem keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu,18 pola keselarasan huruf vokal seperti

berikut:

Bil. Suku Kata Praakhir Suku kata Tertutup Contoh Perkataan

1

a

-a

asah,balak,halaman

2

a

-i

alih,balik,sumbangsih

3

a

-u

asuh,datuk,lembayung

4

e pepet

-a

emas,kelam,tembeling

5

e pepet

-i

lebih,betik,sembelih

6

e pepet

-u

telur,tempuh,temenggung

7

e taling

-a

elak,dewan,belerang

8

e taling

-e taling

leceh,gelek,selekeh

9

e taling

-o

esok,telor,selekoh

10

i

-a

ingat,kilang,selinap

11

i

-i

intip,sisih,belimbing

12

i

-u

riuh,tidur,tembeliung

13

O

-a

otak,boring,selekoh

14

O

-e taling

oleh,boleh,celoteh

15

O

-o

obor,borong,kelompok

16

U

-a

ubat,tumpang,ketupat

17

U

-i

usik,kuih,gerusih

18

U

-u

untuk,tunduk,tengkujuh

Bagi memudahkan kita mengingat dan memahami kesemua 18 pola tersebut,maka rajah berikut telah dirumuskan daripada jadual di atas.Berdasarkan Rajah 6.1,ada empat perjelasan seperti yang berikut:

 

(i)Garisan segi tiga yang berhubungan manunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan antara satu sama lain,maka terbentuklah pola:

a-i

u-i

i-u

i-a

u-a

e-o

a-u

o-e

(ii)Huruf yang berada di dalam bulatan dan separuh bulatan menunjukkan bahawa setiap vokal tersebut boleh dipasankan dengan vokal itu sendiri,maka terbentuklah pola:

a-a

i-i

u-u

e-e

o-o

(iii)Huruf yang berada di dalam separuh bulatan menunjukkan vokal e taling dan o berada bertentangan dan masing-masing mempunyai anak panah yang menghala ke atas,maka terbentuklah pola:

e-a

o-a

(iv)Huruf vokal e pepet yang berada dalam segi empat mempunyai tiga anak panah yang menghala ke huruf a,I dan u,maka terbentuklah pola:

e-i

e-u

e-a

Daripada 18 pola itu,ada lapan pola yang merupakan pola yang berubah daripada sistem ejaan lama.Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vocal i atau u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a,e pepet,I atau u seperti yang berikut:

Bil Ejaan Lama Ejaan Baru
Pola Contoh Pola Contoh
1 a-e taling aleh a-i Alih
2 a-o batok a-u Batuk
3 e pepet-e taling lebeh e-i Lebih
4 e pepet-o tempoh e-u tempuh
5 i-e taling pileh i-i Pilih
6 i-o tidor i-u Tidur
7 u-e taling usek u-i usik
8 u-o untong u-u untung

Perkataan yang terlibat biasanya mengendungi huruf konsonan yang berakhir dengan h,k,ng dan r.

Bagi pola yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama,maka digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup jika suku kata praakhir menggunakan huruf vokal e taling atau o juga.Contoh:

Bil Pola Contoh Perkataan
1 e taling-e taling leceh,gelek,teleng,selekeh
2 e taling-o tempoh,belok,telor,selekoh
3 o-e taling oleh,boleh,ponteng,celoteh
4 o-o pokok,boron,kelompok,seloroh

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 304,816 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 52 other followers

Kategori

Top Rated

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 52 other followers

%d bloggers like this: