Teknik Membaca

Tinggalkan komen

Oktober 11, 2011 oleh ustazkenali

TEKNIK MEMBACA

A) Teknik bacaan pantas

i) Skimming (luncuran)

* Bacaan pantas untuk mendapatkan idea keseluruhan

* Fokus bacaan diberikan kepada bahagian-bahagian tertentu untuk mendapatkan gambaran umum                                           tentang bahan bacaan tersebut. Antaranya:

– Pengenalan

– Prakata

– Isi kandungan

– Tajuk utama

– Rumusan

– Rujukan indeks

 

ii) Skaning

*     Bacaan pantas untuk mendapatkan maklumat khusus daripada sesuatu teks

* Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting

* Bacaan ini lebih pantas daripada bacaan luncuran

 

B) Teknik SQ3R

* Digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran

* Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuhkan kemahiran berfikir

 

* Maksud SQ3R ialah :

S = SURVEY (meninjau)

Q = QUESTION (menyoal)

R = READ (membaca)

R = REVIEW (menyemak)

R = RECITE ( menyebut/ mengulang)

* Surey (meninjau)

– Murid perlu meninjau secara sepintas lalu tentang teks/ bahan yang akan dibaca untuk mendapat gambaran awal sesuatu teks/bahan tersebut

– Biasanya ditinjau panjang teks, lakaran/grafik, sinopsis dan tajuk-tajuknya

* Question ( menyoal)

– Pembaca perlu membina soalan-soalan ( boleh juga dalam fikiran) tentang tajuk yang akan dibaca

– Fokus kepada apa-apa yang ingin diperolehi daripada teks

* Read ( membaca )

– Pembaca membaca teks tersebut dengan memfokus kepada isi-isi yang berkaitan dengan soalan yang telah dibina

* Review ( menyemak )

– Setelah membaca teks tersebut, pembaca perlu menyemak semula bahagian-bahagian tertentu sama ada kefahamannya tentang sesuatu idea yang disampaikan itu betul / tepat

 

* Recite ( menyebut / mengulang )

– Pembaca akan lebih faham bahan yang dibaca sekiranya dia menyampaikan isi bahan tersebut kepada pihak lain atau dalam bentuk lain

– Pembaca menceritakan isi-isi penting atau menulis ulasan / komen tentang bahan yang dibaca

C) TEKNIK KLWH

Ø Maksud KWLH ialah :

K = Know ( tahu )

W=Want ( hendak / ingin tahu )

L = Learn ( pelajari )

H = How ( bagaimana)

 

* Menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber selepas membaca sesuatu teks

* Teknik ini sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis

* Mementingkan pengetahuan sedia ada pembaca

* Teknik ini hamper sama dengan teknik SQ3R kerana pembaca perlu menentukan fokus bacaannya

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: