R: Laras Sains : Pencemaran bunyi

Tinggalkan komen

Oktober 19, 2011 oleh ustazkenali

Soalan: ” Bunyi yang tidak disukai akan memberi ketidakselesaan kepada manusia. Bunyi yang tidak memberikan apa-apa informasi dan kekuatan bunyi yang sering berubah secara mendadak dari masa ke semasa “. Bincangkan faktor-faktor pencemaran bunyi dan kesannya kepada kehidupan manusia.

Perhatian ” Sila baca recana Pencemaran Bunyi yang telah dipaparkan dan tambah kekurangan cadangan jawapan ini”.

Cadangan Jawapan:

Pengenalan

Pencemaran bunyi terhasil daripada alatan jentera, mesin, haiwan atau aktiviti-aktiviti manusia yang tidak disukai dan mengganggu keselesaan hidup manusia. Bunyi yang tidak dikehendaki dikenali sebagai pencemaran bunyi.

A.Faktor-faktor Pencemaran Bunyi

Is 1 Ulangan ( Hz )

h1 Lebih tinggi ulangan maka lebih tinggi ketidakselesaan kepada manusia ( bunyi yang berulang-ulang ). Contoh hentakkan ” hamer” dalam aktiviti menanam cerucuk dalam industri pembinan. Bunyi hentakkan yang berbulan-bulan lamanya amat mengganggu kehidupan masyarakat yang tinggal di kawasan berkenaan.

h2 Kepelbagaian bunyi bising akan membentuk kepelbagaian frekuansi bunyi bising. Contoh masyarakat yang tinggal berhampiran jalan raya, landasan keretapi dan lapangan terbang. Bayangkan jika keadaan itu setiap hari tentulah akan mengganggu hidup anda.

h3 Industri pembinaan, kuari, simen, kilang  ternyata menghasilkan bunyi ulangan yang tidak disukai.

Is2 Kekuatan bunyi (dB )

h1 Lebih tinggi kekuatan sesuatu bunyi maka lebih tinggi pula kadar kacauganggu dari bunyi yang tidak kerap kedengaran.

h2 bunyi bising yang berterusan akan menyebabkan ketidakselesaan misalnya bunyi bising akibat pertambahan bilangan kenderaan atau pertambahan pendaratan dan pelepasan kapal terbang.

h3 Perkembangan dunia hiburan dan teknologinya menyebabkan kadar bunyi yang tinggi melebihi had pendengaran manusia.

B Kesan Pencemaran Bunyi

Is3 Kesan semerta

h1 Bunyi yang kuat (seperti lutupan bom di kuari )  berskala lebih 120 dB menyebabkan pecah selaput tympanum, dan merosakan tulang kecil pendengaran. Mangsa mungkin kehilangan pendengaran atau pekak.

h2 sekiranya seseorang pekerja bekerja di tempat yang bising penderangannya hanya akan pulih setelah 12 jam dari suasana bising. Kita perlu bercakap dengan kuat dalam suasana bising dan menyebabkan alat-alat artikulasi mengalami radang kerana getaran yang yang berlebihan.

h3 bunyi yang kuat dan tidak disukai akan meningkatkan tekanan darah dan hipertensi, pergerakan otot meningkat dan membesarkan  pupil yang boleh menyebabkan seseorang diserang oleh gastrik

Is4 Kesan Kronik

h1 Bunyi yang kuat yang berpanjangan melebihi 85 dB dalam tempoh  5 tahun selama 8 jam sehari menyebabkan sistem pendengaran dan pencernaan tidak berfungsi dengan baik

h2 Jika frekuansi sentiasa meningkat menyebabkan koklia rosak dan mengalami pekak secara kekal.Kes ini banyak berlaku kepada jurulatih Unit Artilari tentera.

Is5 Kesan Psikomotor dan psikologi

h1 Bunyi yang kuat menyebabkan seseorang itu sakit kepala, pening, loya dan muntah seperti gempa yang kuat akibat letupan gunung berapi.

H2 pergerakan anak mata yang tidak dapat dikaawal dan hilang imbangan diri serta boleh menyebabkan keguguran pada ibu yang mengandung.

h3 berlakunya gangguan kepada sistem metabolisme pada tubuh menjadikan mangsa letih, tidak selesa, gangguan saraf, stres dan mudah marah.

Kesimpulan

Pencemaran bunyi mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan kita.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 658,773 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: