Menelusuri Sejarah Bahasaku

Tinggalkan komen

Oktober 24, 2011 oleh ustazkenali

 

1.0 Menelusuri  Sejarah Bahasa Ibundaku

Bahasa amat penting sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian manusia. Penggunaan bahasa membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain;  segala maklumat yang ingin disampaikan boleh difahami oleh kedua-dua pihak. Dalam aktiviti berbahasa, penutur bukan sahaja perlu menggunakan bahasa yang betul daripada sudut tatabahasa tetapi perlu menggunakan bahasa yang dapat diterima oleh pendengar. Maka, penggunaan bahasa yang mudah difahami ramai akan menyebabkan segala yang diperkatakan akan difahami oleh orang lain.

Di Malaysia, bahasa yang menjadi pengantar utama dalam kalangan masyarakat ialah Bahasa Melayu yang tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2005:26), Bahasa Melayu ini berkembang secara bertahap-tahap, iaitu dari satu zaman ke satu zaman. Perkembangan ini terbahagi kepada tiga tahap utama, iaitu:

1. Bahasa Melayu kuno.
2. Bahasa Melayu klasik.
3. Bahasa Melayu moden.

Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Pada waktu itu, Bahasa Melayu kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifatnya yang sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Mengikut Kamus Dewan, lingua franca bermaksud bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat. Bahasa Melayu klasik pula bermula pada abad ke-13 semasa bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Kegemilangan Bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau. Bahasa Melayu ini telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan jawi. Pada masa ini juga banyak penyelidikan dan catatan telah dibuat mengenai Bahasa Melayu seperti berikut:

1. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

2. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :

“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”

3. Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :

a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)
(http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul.html)

Seterusnya, Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19 melalui hasil karangan Munsyi Abdullah kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk Bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu yang digunakan pada masa ini ialah Bahasa Melayu moden yang menggunakan tulisan rumi. Berikut merupakan peranan Bahasa Melayu moden selepas Malaysia mencapai kemerdekaan:

4. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang menyebut bahawa:
“Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.

5. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan, persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 658,303 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: