Latihan Graf Bar Memesong Berganda

Tinggalkan komen

Oktober 27, 2011 oleh ustazkenali


7.      Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan keluasan penggunaan tanah untuk tanaman terpilih di Malaysia antara tahun 1995 hingga 2005.

 

Sektor pertanian masih lagi diutamakan kerana negara kita tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada bahan makanan import.  Walau bagaimanapun, jumlah penggunaan tanah untuk sektor pertanian di Malaysia mengalami keadaan turun naik dari semasa ke semasa

Aktiviti bercucuk tanam terus memainkan peranan penting walaupun mengalami keadaan pasaran yang tidak konsisten kerana sektor ini menjadi penyumbang bahan mentah kepada sektor perindustrian.  Keluasan tanah untuk tanaman padi didapati meningkat daripada 572 196 hektar pada tahun 1995 menjadi 592 410 hektar pada tahun 2000 dan meningkat lagi sebanyak 18 590 hektar pada tahu 2005 berbanding dengan tahu sebelumnya.  Keadaan ini berlaku disebabkan oleh dasar kerajaan yang menyekat kemasukan beras import.  Begitu juga dengan tanaman nanas telah meningkat kepada 10 233 hektar pada tahun 2000 berbanding dengan keluasan pada tahun 1995, iaitu sebanyak 9 081 hektar.  Seterusnya, penggunaan tanah untuk tanaman ini pada tahun 2005 telah meningkat dengan banyak, iaitu sebanyak 4 380 hektar akibat pertambahan permintaan nanas dari luar negara.

Walau bagaimanapun, keadaan yang berbeza berlaku dalam penggunaan tanah untuk tanaman getah kerana keluasannya merosot dari 1 727 000 hektar pada tahun 1995 menjadi seluas 1 430 700 hektar pada tahun 2000 dan terus menurun untuk tempoh berikutnya sebanyak 129 200 hektar berbanding dengan tahun 2000.  Hal ini disebabkan kawasan tanaman getah telah ditukar kepada tanaman yang lebih kompetitif seperti kelapa sawit, memandangkan keadaan harga pasaran getah asli dunia yang tidak menentu.

Selain itu, keluasan tanaman kelapa sawit pada tahun 2005 adalah sebanyak 3 100 000 hektar.  Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 360 000 hektar berbanding dengan tahun 2000.  Sebelumnya, iaitu pada tahun 1995 keluasan tanaman kelapa sawit hanya sebanyak 2 507 611 hektar.

Akhir sekali, keperluan makanan penduduk terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran menyebabkan kerajaan telah memperuntukkan kawasan untuk tanaman buah-buahan sebanyak 244 471 hektar pada tahun 1995.  Walau bagaimanapun, keluasannya sedikit merosot, iaitu sebanyak 965 hektar pada tahun 2000.  Keluasan ini kembali bertambah kepada 379 613 hektar pada tahun 2005.

 

(Disesuaikan daripada, RMK-8, 2001  –  2005)

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: