R: Kelemahan Merumus Karangan

Tinggalkan komen

November 3, 2011 oleh ustazkenali

BM 2 STPM : Bahagian B  S2 ( 20 markah )

 

Kelemahan Menjawab Soalan 2 : Rumusan

 

Soalan rumusan lebih mudah untuk dijawab berbanding dengan soalan karangan kerana semua isi yang dikehendaki dalam soalan ini memang ada dalam petikan ( Isi tersurat sahaja ). Hal ini demikian kerana, isi utama terdapat dalam perenggan pertama, isi-isi sampingan lain terdapat dalam perengganperenggan yang berikutnya dan isi kesimpulan pula sudah tentu terdapat dalam perenggan yang terakhir. Namun demikian, cikgu mendapati bahawa masih terdapat kelemahan jawapan pelajar semasa menjawab soalan ini kerana kurang mementingkan teknik menjawab soalan rumusan yang betul semasa menjawab soalan tersebut. Oleh itu, cikgu akan menyenaraikan kelemahan-kelemahan tersebut untuk dibaiki dan pelajar-pelajar perlu memahami teknik yang betul untuk menjawab soalan rumusan.

Kelemahan Ketara  Jawapan Calon-calon Soalan Rumusan STPM:

1. Tiada  Perenggan :  Ada calon yang menulis dalam satu perenggan atau dua perenggan sahaja, ada juga yang melebihi 3 perenggan.

Jawapan mesti ditulis dalam 3 Perenggan sahaja.

2.  Menulis atau menyalin ayat daripada petikan 100 peratus.

Calon-calon perlu mahir membuat “ generalisasi ”


3.   Membina ayat sendiri sehingga maksud ayat tersebut berbeza langsung dengan maksud asalnya.

Fahami maksud yang hendak disampaikan oleh bahan teks bukan menambah atau memberi pendapat. Jangan sekali-kali mengulas.


4• Ayat-ayat yang dibina itu tergantung iaitu ayat tiada subjek atau predikat.

Binalah ayat-ayat yang gramatis, mudah/ ayat penyata dan tepat dan padat.

 
5, Menulis Isi Utama (IU) dan kesimpulan (K) yang terlalu ringkas dan tidak lengkap.

Pastikan IU dapat menerbitkan atau menjana isi-isi sampingan
6. Menulis Isi Sampingan (IS) melebihi 6 isi, menyebabkan rumusan menjadi terlalu panjang dan melebihi had perkataan yang ditetapkan.

Calon-calon dalam apa-apa keadaan perlu memastikan menulis jawapan dalam 3P

  •  Satu Isi Utama dalam perenggan pertama
  • 6 Isi Sampingan dalam satu perenggan, perenggan kedua.
  • Satu Isi kesimpulan dalam satu perenggan.

7. Mencampuradukkan Isi Sampingan (IS) dalam satu ayat sehingga isi tersebut tidak teratur.

Satu ayat satu ISI. dALAm BaHAsA mudah tanda titik; lepas titik isi sampingan yang baru pula. Enam titik enam isi.  

8. Tidak pandai mengguna tanda baca (kesalahan mekanis) yang kurang diberikan perhatian seperti tanda bacaan dalam ayat.

Semak cara penggunaan tanda  baca. Jangan hanya tahu guna  titik, koma dan huruf besar sahaja.

Gunakan KaTA HuBuNG yang SeSUAi.

9. Tidak menulis jumlah perkataan pada akhir rumusan.

( 190  Patah perkataan )

10. Tidak ada yang mustahil; jika anda berkehendak kepada kejayaan.

Selamat Berjaya.

 

Kata Ibu saya, “ Kalau kamu ditangkap oleh harimau, orang boleh tolong tetapi kalau kamu ditangkap oleh malas, tak ada siapa boleh tolong”. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2011
M T W T F S S
« Oct   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: