R: Analisis Kesalahan Bahasa

Tinggalkan komen

November 8, 2011 oleh ustazkenali

Analisis Kesalahan Bahasa

1. Dalam kertas Bahasa Melayu STPM, asepk ini dikemukakan dalam bahagian D. Anda dikehendaki membetulkan kesalahan sistem bahasa pada satu contoh teks yang diberi.
2. Dalam soalan jenis ini, calon akan dikehendaki:

i. mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam petikan

ii. menjelaskan sebab-sebab kesalahan berkenaan

iii. membuat pembetulan

Melakukan tiga perkara dalam satu teks wacana memerlukan anda menggunakan kaedah-kaedah sendiri untuk memudahkan kerja. Misalnya, anda menanda terus di atas kertas soalan kesalahan-kesalahan dengan pen pelbagai warna, misalnya merah, biru atau hitam. Hal ini penting kerana anda perlu membahagikan fokus kepada unsur-unsur bahasa seperti berikut:

i. ejaan dan tanda baca

ii. kosa kata

iii. imbuhan

iv struktur frasa dan struktur ayat

 

3. Para pelajar perlu terlebih dahulu mengetahui jenis-jenis kesalahan yang berlaku di sesebuah wacana: hal Ini boleh diringkaskan seperti berikut:

Jenis kesalahan

Contoh kesalahan

Pembetulan

1. keselarasan vokal

akibat pengaruh dialek

kata tiga suku kata tertutup

akibat kekecualian bagi kata pinjam serantau

sibar, hibuh, sebok, sinarai

kelumpok, celotih, kelungsung

calun, pelancung, awit, bunglun

sebar, heboh, sibuk, senarai

kelompok, celoteh, kelongsong

calon, pelancong, awet, bunglon

2. Ejaan kata pinjaman:

akibat pengaruh ejaan bahasa sumber bagi kata yang sudah mantap

kekeliruan antara bunyi sebutan dengan sistem visual ejaan

ejaan kata khusus yang mengunakan nombor

plan, gran, klas

teknoloji, otomotik, karban, oksijen,

abad ke20

tahun 60an

pelan, geran, kelas

teknologi, automatik, karbon, oksigen

abad ke-20

tahun 60-an

3. Ejaan kata terbitan:

awalan meN-, peN-, beR-

akhiran -kan, -i

mengaru, mensenaraikan menggaru, menyenaraikan
4. Ejaan Kata Majmuk

kata majmuk yang dieja sebagai stau perkataan

kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan

kata majmuk yang mendapat apitan

jawatan kuasa, antara bangsa, bagai mana

ambilalih, ibubapa, kuatkuasa

menguat kuasakan, menganak tirikan, menemu dugai

jawatankuasa, antarabangsa, bagaimana

ambil alih, ibu bapa, kuat kuasa

menguatkuasakan, menganaktirikan, menemuduga

 

 

Kosa Kata

1. Pemilihan kosa kata (merangkumi aspek diksi dengan maksud ujaran). Antara yang perlu diberi perhatian adalah perkara-perkara berikut:

i. kata-kata yang mempunyai konotasi

ii. penggunaan  bentuk jamak

iii. kesesuaian penggunaan kata ganti nama diri

 

iv. penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama

v. penggunaaan kata yang tidak tepat

2. Kata-kata yang mempunyai konotasi berkait rapat pula dengan aspek semantik dan denotasi.. Misalnya kata `terlibat’ dengan `terbabit’ dan kata `kesan’ dan `akibat’.
3. Penggunaan kata majmuk yang tidak betul seperti mereka-mereka ini, bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi, enam orang pelajar-pelajar
4. Penggunaan kata ganti nama diri. perlu dikaitan dengan kesantunan bahasa. Penggunaan betul ganti nama diri dia dengan beliau, awak dengan `datuk, anda dengan awak, dan sebagainya.
5. Penggunaaan kata hubung dan kata sendi nama. Penggunaan kata hubung ada yang tidak sesuai dengan fungsi keterangannya kerana ada kata hubung yang merujuk kepada masa, syarta, sebab, akibat dan sebagainya. Contoh: Perlawanan bola keranjang dibatalkanapabila hujan lebat. (Kata hubung `apabila’ iala kata hubung yang menerangkan waktu, sedangkan yang dimaksudkan ialah `sebab’ pembatalan mesyuarat berkenaan. Kata hubung yang sesuai ialah `kerana’.)

Contoh: Kamu boleh pergi jika kamu berkelakuan baik.

Kata jika kurang sesuai kerana ia menunjukkan maksud `kemungkinan’. pada hal ayat ini menyatakan syarat untuk diberi cuti. Oleh itu, kata `sekiranya’ atau `dengan syarat‘ lebih baik untuk menggantikan kata `jika’.

6. Penggunaan kata tidak tepat. Jenis ini ketara sekali kesilapannya. Contoh: Pada pendapatan saya, kita perlu menggandakan usaha jika mahu mendapat lebih keuntungan.
7. Imbuhan. Lihat contoh kesalahan-kesalahan pada imbuhan di bawah yang merupakan kelaziman.

1 Pelajar baru  berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dalam ikrar mereka.

      Berjanji ialah kata kerja tak transitif tetapi ayat merupakan ayat transitif. Oleh itu, imbuhan yang betul ialah menjanjikan.

2. Sebagai suami, Ali inginkan perhatian yang secukupnya daripada Halimah.

Ingin ialah kata adjektif dan memerlukan kata depan `akan’

3. Cadangan untuk memperbesarkan pejabat akan menelan belanja RM1juta.

     `memper’ ialah imbuhan kata kerja transitif dan tidak perlu akhiran `kan’ untiuk menjadikan kata adjektif besar sebagai kata kerja      transitif.

4. Hakim telah menjatuhkan pengedarkan dadah itu dengan hukuman gantung mandatori.

Akhir `-kan’ menunjukkan bahawa `pengedar dadah’ itu dijatuhkan tetapi maksud ayat ialah `hukuman gantung mandatori’ dijatuhkan ke atas `pengedar dadah’.

 

 

8. Frasa dan Ayat

Perhatikan contoh-contoh ayat di bawah mengenai kesalahan frasa dan ayat yang kerap ditemui.

i. Dia menyerahkan buku banknya kepada anaknya kerana dia amat percayakan anak bongsunya itu.

ii. Nenek saya amat suka buah-buahan tempata seperti mangga, betik, jambu, dan nanas.

iii. Turut menghadiri perjumpaan itu ialah Menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajan.

iv. Masalah itu mereka bincangkan hingga satu penyelesaian ditemui.

v. Surat rayuan itu saya belum sempat baca lagi; tunggu esok.

Kesalahan

Sebab

Pembetulan

i. amat percayakan anak bongsunya itu. kata adjektif `percaya’ tidak mendapat akhiran tetapi diikuti oleh sendi nama `akan’ amat percaya akan anak bongsunya itu.
ii. amat suka buah-buahan tempatan kata adjektif `suka’ perlu diikuti oleh kata sendi `akan’ amat suka akan buah-buahan tempatan
iii.Turut menghadiri perjumpaan itu Struktur ayat tidak sesuai dengan struktur struktur subjek-predikat bahasa Melayu Yang turut menghadiri perjumpaan itu ialah menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajaan atau

Menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajaan turut menghadiri perjumpaan itu.

iv. masalah itu mereka bincangkan Struktur pasif untuk pelaku ganti  nama diri ketiga tidak sesuai masalah itu dibincangkan oleh mereka
v. Saya belum sempat baca lagi Struktur pasif untuk pelaku ganti nama diri pertama tidak sesuai. belum sempat saya baca lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2011
M T W T F S S
« Oct   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: