R: BM 2 : Ah Long bukan nak tolong

Tinggalkan komen

November 10, 2011 oleh ustazkenali

 Perniagaan pinjaman wang secara haram sudah lama bertapak diMalaysia. Kini, fenomena tersebut berkembang pesat sehingga jumlah pinjamannya menjangkau ratusan jutaan ringgit. Huraikan punca berlakunya fenomena ini dan bentuk pengawalan yang boleh dilaksanakan dalam usaha membanterasnya.

Pilih 5 Isi Sahaja

Pendahuluan:

 

–          Ah  long atau Along merupakan individu yang menawarkan bantuan dari segi pinjaman wang secara haram dengan mengenakan kadar bunga yang tinggi.

–          Tujuannya untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dan mampu meneruskan operasi haramnya meskipun ekonomi negara dan dunia mengalami kemelesetan

–          Pelbagai punca yang mendorong fenomena  ini berkembang pesat di negara kita.

–          Oleh itu, beberapa bentuk kawalan perlu dilaksanakan untuk membanterasnya.

 

ISI-ISI

 

Punca-punca

IS 1 :  Penularan ini berpunca daripada kerenah birokrasi perbankan tempatan yang didakwa ‘kurang  mesra’ pelanggan.  Bank tempatan dikatakan hanya membantu orang kaya .

IS 2:  Along bukan sahaja tidak gentar dengan pihak berkuasa, malah tanpa berasa takut, mereka mempromosikan kegiatan haram ini menerusi kain rentang dan poster yang ditampal di tempat  awam untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

IS 3:  Walaupun masyarakat mengetahui kekejaman Along, namun mereka terutamanya golongan kaki judi, peniaga-peniaga kecil, kontraktor, dan sebagainya, tidak serik untuk mendapatkan perkhidmatan itu. Mereka terpaksa meminjamnya untuk modal pusingan, melangsaikan hutang, atau membeli barang-barang terlarang.

IS 4:  Golongan yang menghadapi kesempitan wang, terutama kakitangan awam, golongan elit, dan  selebriti berasa malu untuk meminjam wang daripada rakan-rakan atau saudara mara.  Lantaran itu, ada antara mereka yang sanggup ‘mencagarkan’  cek peribadi, tanah, rumah,  dan sebagainya kepada Along.

Langkah-langkah

IS 5:  Penggubalan undang-undang yang lebih keras, seperti hukuman buang daerah dan sebat haruslah disegerakan oleh pihak kerajaan untuk membanteras aktiviti haram Along ini daripada terus berleluasa.

IS 6:  Pendidikan  tentang bahayanya kegiatan Along kepada masyarakat harus diterapkan  sejak kecil seperti kita  memerangi najis dadah secara habis-habisan agar mereka tidak terjebak dengan Along.

 

IS 7:  Kementerian Kewangan mewujudkan skim pinjaman,  seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia yang sebelum ini dikhaskan kepada penduduk luar bandar diperluas kepada penduduk bandar.

IS 8:  Prosedur pinjaman bank dilonggarkan dengan  mengurangkan kerenah birokrasi .  Syarat pinjaman yang dikenakan oleh pihak bank sewajarnya dinilai semula.

IS 9:  Penubuhan pusat aduan masyarakat bagi setiap Dewan Undangan Negeri , misalnya Biro Pengaduan Awam bagi  memudahkan masyarakat melaporkan kegiatan Along.

IS 10: Komitmen yang sepenuhnya oleh  pihak berkuasa, seperti  polis untuk membanteras Along dan koncu-koncunya dengan mengheret mereka ke muka pengadilan.  Pihak polis dapat menjejaki  kelibat mereka dengan menggunakan nombor-nombor telefon yang tertera pada iklan haram.

Kesimpulan:

Kesimpulannya, gerakan memburu Along ini perlu  diberikan tumpuan  menyeluruh, bersepadu,  dan berterusan.  Pihak kerajaan  dengan kerjasama semua pihak perlu berusaha  untuk memerangi kegiatan ini agar masyarakat  tidak hidup dalam ketakutan.  Kita haruslah berwaspada dan mengelakkan diri daripada terlibat dengan kegiatan ini.  Harapan kita, kegiatan ini dapat dikurangkan  demi menjamin keharmonian dan kesejahteraan masyarakat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2011
M T W T F S S
« Oct   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: