Penulisan Abstrak Kajian

2

Januari 9, 2012 oleh ustazkenali


Penyelidik lazimnya menjalankan kajian literatur atau dikenali juga sebagai liputan kesusasteraan untuk mengetahui perkembangan teknologi, teknik dan sebagainya untuk tujuan perbandingan, kajian, menambah pengetahuan dan sebagainya. Artikel yang begitu banyak tidak memungkinkan seorang penyelidik membaca sehingga habis setiap artikel yang ditemuinya ketika menggunakan enjin carian di ACM, IEEE, Nexis dan lain-lain perpustakaan digital atau pangkalan data atas talian. Mereka mencari, menyisih dan memilih hasil carian berdasarkan kepada tajuk. Sekiranya tajuk sesebuah artikel kelihatan relevan, maka abstrak akan diteliti. Abstrak yang baik dapat menggambarkan keseluruhan isi kandungan artikel, disertasi, makalah, laporan teknikal dan sebagainya. Menulis abstrak bolehlah diumpamakan menulis ringkasan atau sinopsis sebuah filem cereka mahu pun buku. Kerana itu abstrak sentiasa berada di muka surat paling depan, malah mendahului kandungan sesebuah disertasi. Pembaca yang berpengalaman dapat menilai kualiti sesebuah disertasi dengan hanya membaca abstrak. Abstrak yang baik dapat menarik minat pembaca untuk terus membacanya. Artikel ini ditulis sebagai panduan am kepada para pelajar tentang bagaimana menulis abstrak.

Struktur Abstrak

Abstrak disarankan sebagai komponen disertasi yang terakhir ditulis dalam menyiapkan sebuah disertasi. Bilangan perkataan adalah sekitar 200 patah perkataan atau setengah halaman sahaja. Berikut adalah struktur abtstrak yang sering digunakan di Carnegie Mellon University:

  • Motivasi/Pendahuluan
    • Mengapa anda kisah dengan masalah yang cuba diselesaikan? Cuba perkenalkan kepada pembaca sedikit latar belakang masalah dan kepentingan masalah ini ATAU kajian/pembangunan/ujian/penerokaan ini dijalankan. Cuba pengaruhi pembaca betapa pentingnya *’masalah’ ini perlu dikaji.
  • Pernyataan Masalah
    • Setelah memperkenalkan latar masalah maka nyatakan apakah ‘masalah’ yang anda cuba selesaikan? Ingat! Bahawa perlaksanaan projek adalah ‘vertical implementation’.
  • Pendekatan/Metodologi
    • Nyatakan apakah langkah-langkah yang anda akan ambil untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Metodologi kajian bukan SDLC atau model Spiral! Ceritakan secara ringkas adakah anda akan gunakan simulasi? Model analitik? Soal selidik? Pembangunan prototaip?
    • Apakah skop kajian? Nyatakan dengan ringkas apakah skop kajian anda. Misalnya, adakah anda bangunkan satu prototaip dengan dua bahasa pengaturcaraan yang berbeza?
    • Apakah pembolehubah atau subjek kajian yang ingin dilihat atau dikawal? Laporan siap sejam lebih awal? Kerja lebih efektif?
  • Keputusan
    • Nyatakan apakah hasil kajian? Apa keputusannya? Jangan hanya sekadar mengatakan ‘output sistem lebih berkualiti’, sekiranya ada pengukuran dijalankan nyatakan unitnya seperti peratus, minit, saat dan sebagainya. Namun keputusan seharusnya mencerminkan objektif projek.
  • Kesimpulan
    • Nyatakan apakah implikasi dapatan projek? Jika anda membangunkan aplikasi SMS menggunakan aplikasi Java, adakah aplikasi anda akan mengubah cara SMS digunakan? Adakah anda dapat simpulkan dari data bahawa penghantaran teks SMS menggunakan aplikasi anda 10% lebih laju dari menggunakan aplikasi SMS biasa? ATAU dari dapatan anda maka anda simpulkan bahawa aplikasi SMS diupayakan Java tidak sesuai digunakan kerana lembab? Perlu dua hari baru teks SMS anda sampai ke destinasi? Kesimpulan hasil kajian tidak semestinya positif. Sekiranya semua penyelidikan ‘wajib berjaya mesti positif’ maka tiada penyelidik yang mahu mencari penawar AIDS atau SARS. Kapal terbang dan mentol misalnya tidak tercipta dalam sekelip mata tetapi adalah hasil ujikaji berterusan oleh adik beradik Wright. Kesimpulan perlu ditulis berdasarkan fakta yang diperolehi hasil pembangunan dan ujian anda.

Perlu diingatkan bahawa gaya penulisan dan struktur abstrak berbeda-beda mengikut disiplin (domain), jurnal, persatuan dan sebagainya. Misalnya bagi artikel jurnal dalam disiplin pengurusan bisnes dan sains sosial, komponen utama abstraknya adalah hampir sama dengan domain sains komputer di Carnegie Mellon. Struktur abstrak sains sosial adalah seperti berikut:

  • Pengetahuan/Sumbangan baru
    • Memperkenalkan topik dengan menyatakan justifikasi tentang bagaimana kajian/projek penulis akan menyumbang kepada pengetahuan baru di dalam lapangan yang spesifik.
  • Menyerlahkan sesuatu yang unik
    • Serlahkan pendekatan/model/kaedah penyelidikan/alat/prosedur yang digunakan untuk menjadikan kajian penulis unik.
  •  Dapatan Kajian yang terpenting
    • Nyatakan satu dapatan kajian terpenting (key findings) dalam projek anda.
  • Implikasi
    • Berdasarkan dapatan anda, nyatakan satu atau dua kesan/implikasi kajian.
  • Cadangkan masa depan
    • Cadangkan kepada pembaca apakah elemen terpenting di dalam projek kajian yang boleh diperkembangkan lagi atau didalami.

Secara amnya ke dua-dua struktur abstrak adalah hampir sama. Walau apa pun, penyelia anda tetap merupakan sumber rujukan utama dalam penulisan disertasi. Artikel ini hanya memberikan panduan am tentang bagaimana abstrak seharusnya ditulis. Panduan yang lebih terperinci akan diberikan oleh penyelia anda ketika mereka membaca disertasi anda. Anda boleh menggunakan panduan ini untuk menulis abstrak dan penyelia anda akan menghakimi haisl penulisan anda, adakah sesuai dengan projek anda.  Sebagai penulis anda perlu mengetahui bahawa ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaram. Ruang untuk penambahbaikan sentiasa terbuka luas sekiranya anda berusaha gigih. Selamat Maju Jaya

“Mohd Zakree Ahmad Nazri” —UKM

2 thoughts on “Penulisan Abstrak Kajian

  1. Great post. I was checking continuously this blog and I
    am impressed! Very helpful information specifically the last part :
    ) I care for such information a lot. I was looking for this particular information for a
    long time. Thank you and best of luck.

  2. www.fullon.in berkata:

    I like what you guys tend to be up too. This type of clever work and exposure!
    Keep up the excellent works guys I’ve incorporated you guys to
    my personal blogroll.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2012
M T W T F S S
« Nov   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 658,303 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: