Tinggalkan komen

Januari 11, 2012 oleh ustazkenali

Kertas Usulan Projek

Setelah penyelia atau guru  anda bersetuju dengan kertas latar atau konsep ringkas anda maka kembangkan idea itu menjadi Kertas Usulan Projek (KUP). KUP sangat penting bagi mengelakkan salah faham di antara penyelia dan pelajar mengenai tujuan dan tumpuan projek.  KUP juga diibaratkan kontrak di antara pelajar-penyelia kerana KUP merupakan asas penting kepada perkembangan projek dan penulisan kolokium atau disertasi atau tesis anda . Anda perlu menulis KUP seakan-akan anda sedang mempromosikan sesuatu atau mahu memasarkan sesuatu. Panjang KUP  di antara 4-7 muka surat sahaja yang anda pelru tulis dan mampu disiapkan dalam masa 1-2 hari. Berikut adalah kandungan KUP:

  • Tajuk
    • Sertakan nama, nombor daftar, tarikh hantar & nama penyelia.
  • Pengenalan
    • Ringkas; 1 muka surat sudah memadai;  Perkenalkan kepada pembaca apakah bentuk projek; nyatakan mengapa ia penting; sertakan latar belakang masalah;
  • Pernyataan masalah
    • Apakah persoalan kajian? Pernyataan masalah biasanya tidak panjang. Hanya sekitar 1- 4 baris ayat sahaja. Misalnya, “Microsoft telah memperkenalkan .net sebagai pelantar pembangunan aplikasi yang baru bagi menyaingi produk keluaran Suns Microsystem. Adakah aplikasi yang dibangunkan dengan .net lebih versatile berbanding Java?”
  • Objektif
    • Sediakan satu hingga tiga objektif yang boleh diukur pencapaiannya. Ingat! Projek anda akan dinilai berdasarkan kepada objektif Pra U
    • . 1)  objektif Kem. Pdd Malaysia 
    •  2) Objektif kolokium anda. Meletakkan objektif yang banyak dan sukar diukur akan menyebabkan markah anda menjadi rendah. Pastikan objektif anda boleh diukur.
  • Metodologi Kajian
    • Nyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencapai objektif projek; Nyatakan kriteria yang digunakan untuk menentusahkan data atau dapatan hasil ujian; Nyatakan apakah alat, bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan; sistem pengendalian; alat khas; dan apa jua apparatus yang digunakan. Ketika di fasa pembangunan sistem/aplikasi barulah anda nyatakan sama ada menggunakan SDLC, RAD dan sebagainya.
  • Jadual kerja (Carta Gantt)
    • Sediakan jadual kerja berasaskan metodologi kajian iaitu bilakah setiap langkah (steps) itu bermula dan berakhir 
  • Rujukan
    • Jika ada. Rujukan sangat penting dalam penulisan akademik. Pemeriksa akan memastikan setiap rujukan di dalam teks telah dinyatakan di dalam bibliografi anda. Sekiranya tiada, anda pasti diarah membetulkannya atau membuang rujukan tersebut dari teks sama ada dalam KUP atau disertasi. Sila dapatkan panduan menulis kolokium dari guru anda di sekolah masing-masing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Januari 2012
M T W T F S S
« Nov   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: