Latihan 1 : Alih Bahasa Klasik

Tinggalkan komen

Februari 7, 2012 oleh ustazkenali

Latihan 1

Syahdan apabila Tun Berahim Baba melihat ayahandanya beran

gkat keluar, maka ia pun lalu berdiri dengan takzim di hadapan baginda serta sampai sahaja baginda, ia pun terus sujud menyembah ayahandanya itu. Maka Sultan Ahmad pun bertitah kepada Bermamat Pantai dan Medan Pantai , titahnya, “ Hendaklah engkau kedua sebutkan kepada anakku Tun Berahim Baba, jika ia  hendak menaiki kuda itu, moleklah  di hadapan orang ramai atau pendekar Kabat itu, dan suruhlah ia memacu kuda itu dari sini sampai ke Takus.”

Setelah selesai sudah lalu mereka kedua pun menjunjung duli dan terus menyembahkan titah baginda itu pada Tun Berahim Baba seraya katanya, “ Ya tuanku Tun Berahim Baba, titah paduka baginda ayahanda tuanku, supaya tuanku memacu kuda Semberani itu di hadapan pendekar kabat itu.”

Setelah itu Tun Berahim Baba pun pergi menyembah ayahandanya Sultan Ahmad. Kemudian lalu ia pun memacu kuda Semberani itu, kuda itu lalu terbang ke udara, kemudian seketika turun balik ke bumi, lalu terus pergi menuju ke Takus. Maka dengan seketika lenyaplah Tun Berahim Baba daripada pandangan Sultan Ahmad dan sekelian pendekar yang ada itu.

( Dipetik dan disesuaikan daripada Abdullah Haji Musa Lubis, Kesah Raja-Raja Pasai:                                                                                                           Pustaka Antara, K. Lumpur, 1963 )

Ulasan

1. Calon perlu mengekalkan kosa kata  bahasa istana; contohnya, ayahanda, bertitah, baginda, ….

2. Binaan ayah alih bahasa hendaklah ringkas (ada subjek dan ada predikat) dan padat.

3. Alih bahasa sahaja BUKAN ulasan, laporan dan tafsiran

4. Ada kesinambungann idea.

5. Gantikan frasa klasik dengan frasa bahasa moden…, contoh Syahdan kepada Apabila….

6. Isi dan maksud teks tidak berubah.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: