HIJAU BARU OK

Tinggalkan komen

Februari 22, 2012 oleh ustazkenali

Amalan hijau untuk kehidupan lebih baik

Menunggang basikal antara amalan hijau yang patut digalakkan kerana bukan sahaja  aktiviti sihat, tetapi juga membantu mengurangkan pencemaran udara dan memulihara alam sekitar. – BERNAMA

 

BAGI kebanyakan orang, ketibaan tahun baharu bermakna membuat azam baharu dan Nadia ialah antara mereka yang menanam azam sedemikian.

Pada satu majlis makan malam baru-baru ini, Nadia berkongsi cerita dengan rakan dan tetamu semeja yang beliau telah mencapai satu daripada azam tahun baharunya.

“Cepatnya? Baru masuk Februari,” kata seorang teman yang mendengarnya.

Nadia, pekerja swasta berusia 45 tahun, berkata, azam tahun baharu 2012 beliau hanya dua – pertama untuk mengurangkan bil elektrik rumahnya yang tinggi setiap bulan dan kedua mengutamakan amalan hijau bersama keluarga.

Beliau nekad untuk berjimat kerana merasakan suatu pembaziran apabila bil elektrik rumah dua tingkatnya yang dihuni enam orang, mencecah sehingga angka RM500 sebulan.

Beliau dan suami bekerja di siang hari dan anak-anak bersekolah. Yang ada di rumah sepanjang hari hanyalah pembantu rumah.

Melalui internet beliau mencari maklumat cara menjimatkan elektrik yang terbaik.

Oleh itu bermula Disember 2011 dan memasuki tahun baharu, beliau memastikan kipas angin lebih banyak digunakan di rumahnya daripada alat pendingin hawa.

Jika keluarga menggunakan pendingin hawa sekali sekala, Nadia memastikan suhu ditinggikan kepada 23 darjah Celcius. Beliau memasang pelindung matahari pada tiga unit pendingin hawa di rumahnya. Daripada maklumat yang diperolehinya, langkah itu boleh menjimatkan elektrik.

Nadia turut memastikan anak-anaknya diajar supaya mematikan suis lampu dan kipas setiap kali keluar bilik. Mereka diingatkan supaya menanggalkan plug peralatan elektrik yang tidak digunakan.

Pembantu rumah pula, katanya, diingatkan supaya lebih kerap membersihkan peralatan elektrik terutama yang ada alat penapis, dan memastikan peti sejuk tidak sarat dengan muatan dan tidak menyimpan makanan panas di dalamnya.

Ketika hendak memasak atau menyediakan makanan, pembantu rumahnya akan mengeluarkan segala bahan yang diperlukan dari peti sejuk kerana Nadia melarangnya membuka dan menutupnya terlalu kerap.

“Setiap kali pintu peti ais dibuka, kira-kira 30 peratus udara sejuk akan keluar,” katanya yakin.

Nadia juga melarang pembantunya menggunakan mesin pengering pakaian sebaliknya menjemur semua baju di bawah cahaya matahari. Beliau turut memastikan suis monitor semua komputer riba dimatikan bila tidak digunakan, begitu juga televisyen.

Nadia membuang tabiat meminta pembantu menggosok pakaian setiap kali beliau suami isteri mahu ke pejabat, atau ke mana-mana majlis. Begitu juga baju anak-anak, akan ditimbunkan dan digosok sekali gus oleh pembantunya.

Nampak cerewet bukan? Tetapi semua teknik itu berkesan mengurangkan penggunaan elektrik.

Bila bil elektrik untuk Januari diterima, Nadia terkejut gembira kerana kadarnya jauh berkurangan daripada biasa. Sebab itu di meja makan malam itu, beliau mengisytiharkan satu daripada resolusi tahun baharunya telah tercapai.

Tip berjimat Nadia, bukanlah sesuatu yang baharu. Tetapi telah banyak dicadangkan oleh pakar dan Tenaga Nasional Berhad sendiri. Walaupun tidak semua yang dicadangkan itu, diamalkan Nadia, tetapi secara asasnya langkah penjimatan yang beliau lakukan ada kaitannya dengan amalan hijau yang mahu dilaksanakan beliau.

Sebelum ini Nadia dan keluarga tidak membiasakan diri menutup segera suis peralatan elektrik selepas digunakan. Ia membuatkan peningkatan tenaga elektrik di rumahnya.

Setiap mod sedia alat elektrik (lampu neon berwarna hijau atau merah yang biasa dilihat pada komputer dan televisyen) menyumbang kepada pembaziran. Begitu juga screen saver di komputer.

Mengikut kajian, kebanyakan komputer menggunakan dua kali ganda elektrik untuk menyalakan skrin. Jika seseorang itu mahu menjimatkan penggunaan elektrik, dia boleh menetapkan screen saver kepada tiada, atau skrin kosong.

Amalan-amalan kecil yang dilakukan, umpamanya kitar semula, menggunakan peralatan cekap tenaga dan mengamalkan penjimatan elektrik dan air boleh mengubah kehidupan seseorang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: