Tunggu lagi : Rotan La

Tinggalkan komen

Mac 25, 2012 oleh ustazkenali

HUKUMAN ROTAN : WAJARKAH DILAKSANAKAN KEMBALI? SATU PERBINCANGAN

Saya ingin membawa perhatian semua kepada isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu isu disiplin pelajar yang semakin meruncing dewasa ini. Timbul persoalan tentang kewajaran hukuman merotan yang pernah diberikan kuasanya kepada tetapi telah dilarang mulai tahun 1983 ketika Tan Sri Murad Mohamed Noor menjadi Ketua Penolong Pengarah Pelajaran Malaysia.Beliau dengan tegasnya mempertahankan tindakannya untuk menarik kembali kuasa guru dari merotan pelajar dengan alasan biarlah pelajar ini dididik dengan penuh hemah tetapi kesannya selepas 24 tahun ia dilaksanakan, apa yang dapat kita lihat ialah pelajar semakin bernai mempertikaikan tentang peraturan dan disiplin sekolah dan yang terbaru isu pelajar mencekik seorang guru perempuan yang sehingga kini diberitakan masih trauma dengan peristiwa yang berlaku walaupun kes itu telah diselesaikan sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Bin Omar. apa yang kita lihat ialah apabila guru dizalimi, tiada pihak yang turun untuk melindungi tetapi apabila pelajar pula yang dizalimi, ramai yang berduyun-duyun turun menjadi hero untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam masa yang sama bebanan guru untuk meningkatkan prestasi akademik juga makin bertambah dari semasa ke semasa. Oleh kerana dua tiga orang pelajar yang bermasalah menyebabkan guru terlibat untuk dicop sebagai bermasalah dan diarahkan untuk berjumpa dengan kaunselor. Lucu sekali dan siapa yang harus dipersalahkan?

Bagi pendapat penulis, sekiranya hak merotan dikembalikan kepada guru, penulis yakin masalah dan gejala disiplin ini akan dapat dikurangkan. Bukanlah niat penulis untuk mewujudkan suasana ala tentera di sekolah tetapi untuk memastikan pembangunan modal insan terlaksana dengan lancar maka pendekatan ini perlu dilaksanakan demi memastikan disiplin pelajar akan kembali kepada disiplin yang memenuhi definisi modal insan sebagaimana yang diwar-warkan oleh kerajaan. Kita tidak mahu semua ini menjadi omongan kosong dan pada akhirnya generasi pelajar merangkap generasi pewaris kepemimpinan negara akan menjadi pemimpin yang kacau jiwanya, hancur disiplinnya serta musnah jatidirinya.

Penulis tidaklah bersetuju dengan tindakan sesetengah guru yang menjatuhkan hukuman berat kepada pelajar demi untuk mendisiplinkan pelajar tersebut tetapi antara sedar atau tidak ia bermula dari larangan demi larangan yang diarahkan oleh pelabagai versi surat pekeliling yang diedarkan dan akhirnya mungkin guru yang berkenaan terlalu ‘tension’ atau tertekan jadi mereka telah melakukan tindakan atau hukuman di luar batasan seperti yang berlaku di Sarawak. Penulis sudah mual melihatkan keadaan seperti begini berlaku, pada era penulis sebagai murid, pelajar dan juga sebagai guru, penulis melihat keperluan kuasa merotan ini dikembalikan kepada guru agar ia menjadi pemangkin kepada disiplin pelajar.

Inilah implikasi dari apa yang telah dilakukan hampir 25 tahun yang lalu apabila Kementerian Pelajaran melalui KPPM pada masa itu iaitu Tan Sri Murad bin Mohamed Noor telah mengeluarkan arahan untuk melarang keras hukuman rotan kerana beliau tidak percaya hukuman keras termasuk merotan boleh mendisiplinkan pelajar. Sebagaimana kesan yang kita lihat pada tulisan jawi yang mula “diharamkan” pada 1978 oleh Menteri Pelajaran Tun Khir Johari, kesannya kita lihat pada hari ini usaha untuk membudayakan semula tulisan Jawi ini sedang giat dijalankan oleh KeKKwa. KeKKwa menyedari bahawa ramai dalam kalangan Melayu sudah melupakan dan tidak tahu langsung mengenai tulisan Jawi pada hari ini. Kita tidak mahu generasi pelajar akan terus hanyut dalam dunia mereka sendiri. Saya amat yakin dengan perlaksanaan semula kuasa merotan oleh guru akan mengembalikan sinar yang makin pudar lantaran yakin dengan pendapat individu semata-mata. Saya amat yakin guru-guru amat sedar yang mereka tiada imuniti atau kekebalan untuk mempertahankan diri sekiranya melaksanakan hukuman tersebut, oleh sebab itulah kebanyakkan guru lebih suka membiarkan pelajar dengan cara mereka sendiri dan akibatnya sebagaimana yang kita lihat hari ini. sadis dan sedih nasib guru tidak dibela sewajarnya.

Terima kasih,
Adikastara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 658,773 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: