Loji Nuklear Malaysia

Tinggalkan komen

Mac 26, 2012 oleh ustazkenali

Loji Tenaga Nuklear Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Loji Tenaga Nuklear Malaysia akan beroperasi pada 2021 dengan menggunakan kepakaran sedia ada daripada Korea SelatanChinaPerancis atau Jepun. Loji tersebut memerlukan masa 10 tahun untuk disiapkan.

Isi kandungan

Kebenaran IAEA

Malaysia harus mendapatkan kebenaran daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang beribu pejabat di ViennaAustria. Ini penting kerana bahan seperti uraniumtritium,plutonium boleh disalahguna untuk membuat senjata. Sumber bahan mentah diperolehi daripada ASRusia atau Perancis. Sebuah loji nuklear 1000 megawatt elektrik memerlukan 30 tan metrik uranium. Kos sebuah loji nuklaer kira-kira RM bilion , menyamai jana elektrik yang lain.[1]

Kriteria lokasi

Datuk Seri Peter Chin Fah Kui selaku Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau menyatakan bahawa lokasi sesuai akan dipilih iaitu di kawasan yang mempunyai permintaan tenaga elektrik yang tinggi. Kriteria lain ialah aspek keselamatan, sumber manusia dan juga lokasi yang sesuai dan selamat. Loji ini mestilah brhampiran dengan sumber air untuk tujuan penyejukan. Terengganu ataupun Kedah paling sesuai dibina reaktor ini kerana bebas dari jaluran risiko gempa bumi.Sebelum ini ada cadangan di Pahang.[2]

Lokasi sisa radioaktif akan diputuskan bersama rakan penyalur teknologi. Malaysia terpaksa beralih kepada tenaga nukluar kerana tenaga fosil (petroleum ,gas dan arang batu) akan lupus juga dan kos yang tinggi. Namun kos tenaga nuklear bukanlah murah.[3] Pengarah Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Kamarulazizi Ibrahim turut menyatakan Malaysia tidak dapat tidak mesti beralih kepada trenaga nuklear.[4]

Kepentingan loji nuklear

Rizab minyak mentah Malaysia akan habis dalam tempoh 19 tahun akan datang. Rizab gas asli Malaysia akan habis dala tempoh 33 tahun akan datang. Sehingga 2009 belum ada telaga minyak baru ditemui. Ketika ini (2006) 80 % tenaga elektrik di Malaysia menggunakan gas. 20 % lagi menggunakan arang batu, minyak dan hidro.[5]

Dr. Samia Rashad dari Pusat Kebangsaan Keselamatan Nuklear dan Kawalan Radiasi Mesir menjelaskan bahawa sebuah stesen jana kuasa arang batu (fosil) yang berkuasa 1,000 MW akan melepaskan 100 kali ganda bahan radioaktif kepada alam sekitar berbanding sebuah reaktor nuklear.Persidangan Akademi Sains Islam di Sarawak pada 29 September 2003 mendedahkan bahaya bahan api fosil jauh melebihi sumber nuklear.

Sebuah reaktor nuklear menjana 1000 megawatt memerlukan hanya 27 tan metrik minyak setahun. Sedangkan sebuah jana elektrik memerlukan 2.6 juta tan metrik arang batu atau dua juta tan metrik minyak.

Timbalan Naib Canselor Universiti Perubatan Sains Masterskill Prof Datuk Proom Promwichit menyatakan hanya 0.007 % risiko bagi penggunanya .Belum ada kes kemalangan reaktor tenaga nuklear yang memberi kesan besar kepada tamadun manusia kecuali ia berlaku akibat daripada kecuaian manusia sendiri.

Sejarah nuklear di Malaysia

Malaysia hanya mengeluarkan 1 kilowatt sahaja untuk penyelidikan dan perubatan. Nama Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear (MINT) ditukar nama kepada kepada Agensi Nuklear Malaysia. Pada 2007, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis mengingatkan rakyat Malaysia bahawa tenaga daripada fosil pasti akan habis dan kosnya meningkat.

Malaysia adalah ahli Perjanjian Pencegahan Penularan Nuklear (NPT) yang membenarkan pembangunan nuklear untuk tujuan keamanan. Tiada negara lain yang berhak menyekat niat Malaysia untuk membangunkan program nuklear selagi tujuannya adalah bukan untuk kegunaan senjata.[6]

Perbandingan

  • Loji tenaga nuklear Thailand terletak di Prachuab Khirikhan mampu mengeluarkan 1000 megawatt.
  • Loji tenaga nuklear Indonesia di Semenanjung MuriaJawa Timur mampu mengeluarkan 4000 megawatt siap pada 2011 dan beroperasi pada 2018. Pda 1965, Presiden IndonesiaSukarno pernah mengumumkan pembinaan loji tenaga nuklear tetapi gagal dilaksanakan.
  • Loji tenaga nuklear Vietnam di Institut Penyelidikan Nuklear Da Lat mampu mengeluarkan 500 kilowatt. Loji di Phu Yen akan beroperasi pada 2020.
  • Loji tenaga nuklear China berjumlah 40 buah.
  • Loji tenaga nuklear Korea Selatan memiliki 20 buah , menampung 40 % keperluan su,ber tenaga.
  • Loji tenaga nuklear Taiwan berjumlah 6 buah , mampu mengeluarkan 4900 megawattt elektrik.
  • Mini reaktor nuklear Myanmar dibangunkan selepas memberi perlindungan kepada dua saintis nuklear Pakistan selepas peristiwa 911[7]

Rujukan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: