Manusia Jadi Jahat apabila capai tahap ‘maju’

Tinggalkan komen

Mac 27, 2012 oleh ustazkenali

Negara maju lebih bersalah

Media barat, pencinta alam sekitar dan pihak NGO lain banyak menyembunyikan fakta sebenar tentang alam sekitar. Kebanyakan NGO pula diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Negara yang paling banyak NGO i’alah Australia iaitu jiran Malaysia di selatan. Ada beberapa perkara yang disembunyikan oleh mereka.

Negara Amerika Syarikat adalah negara yang utama mencemarkan alam sekitar pada tahun 1987. Penemuan ini adalah hasil Laporan Alam Sekitar Dunia pada tahun 1990.

Lebih satu bilion tan gas pembawa kesan panas dilepaskan ke atmosfera. Amerika Syarikat bertanggungjawab melepaskan 17.6 % daripada keseluruhan gas perangkap panas yang merbahaya iaitu 540 juta tan metrik karbon dioksida, 130 juta tan metrik methane dan 350 juta tan metrik kloroflurokarbon (CFC). Soviet Union menduduki tempat kedua , dikuti denganBrazilChina , India dan Jepun

Secara perbandingan, Malaysia hanya mengeluarkan 26 juta tan metrik atau 0.4  % dari keseluruhan gas pemanas dunia.Tetapi Malaysia masih dipersalahkan.Sehinggakan Senator Al Gore dari TennesseAmerika Syarikat mendesak Malaysia mengurangkan penebangan hutan di Sarawak kepada dua pertiga. Tidakkah desakan ini menunjukan kebodohan dan keangkuhan mereka.

Ketika negara maju melaungkan slogan ‘Selamatkan Hutan Tropika’ tetapi dalam pada itu mereka telah memusnahkan hutan hujan tropika tanpa disedari.

Negara maju berkehendakkan daging merah untuk membuat hamburger. Oleh itu penduduk negara sedang membangun menternak lembu untuk dijual kepada mereka. Untuk tujuan itu mereka menebang hutan tropika. Tanah dijadikan padang rumput kerana rumput adalah makanan lembu. Apabila hutan ditebang, orang asli yang tinggal dihutan kehilangan tempat tinggal.

Maurice Strong, Setiausaha UNCED dalam ucapan penutup di UNCED menyatakan cara hidup ketika ini (moden) tidak mengekalkan bumi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: