Pengimejan resonans magnet

Tinggalkan komen

April 1, 2012 oleh ustazkenali

engimejan Resonans Magnetik (MRI)

Skan MRI menunjukkan ketumbuhan kelenjar pituitari

Skan MRI otak menunjukkan pendarahan subdural


Apakah MRI?

Ini adalah sejenis pemeriksaan pada badan manusia yang menggunakan gelombang elektromagnet dan komputer canggih untuk menghasilkan gambaran organ dalaman badan manusia. Untuk melakukan ini, pesakit akan diletakkan dalam ruang kosong sebuah magnet besar, yang menghasilkan medan magnet beberapa ribu kali ganda kuat daripada Bumi.

MRI digunakan untuk…
Gelombang radio digunakan untuk menghasilkan gambaran struktur dalaman badan. Ini satu-satunya cara bukan invasif untuk melihat ke dalam badan manusia tanpa menggunakan kateter atau pembedahan. Struktur sekecil sebesar satu milimeter dalam diameter boleh digambarkan. Penggambaran tisu dapat diperoleh. Saluran darah (pembuluh darah) boleh juga diimej tanpa menyuntik kontras medium. Struktur dan fungsi jantung juga boleh diperoleh. Gambaran yang diperoleh boleh dikaji oleh Pakar Radiologi untuk mencari bukti penyakit. Tidak terdapat radiasi dan tiada risiko yang diketahui terhadap golongan kanak-kanak atau dewasa.

Apakah jenis alat-alat skan MR yang berbeza?
Terdapat beberapa jenis alat skan MR. Jenis yang menggunakan magnet yang lebih kuat biasanya menghasilkan gambaran yang lebih baik. Alat skan MR terdiri daripada sebuah magnet dengan lubang laras di tengah yang dikenali sebagai bor. Pesakit akan diletakkan dalam bor magnet ini. Bor mempunyai diameter yang berlainan dan mungkin sekecil 60 cm. Panjang bor adalah lebih kurang 1.5m. Walau bagaimanapun terdapat alat skan MR yang mempunyai magnet terbuka. Ini akan lebih sesuai untuk pesakit yang mungkin tidak boleh tertahan berada dalam tempat yang tertutup dan sempit alat skan MR. Prosedur intervensi dengan panduan MR juga mungkin dijalankan dengan mengguna alat skan MR magnet terbuka.

Siapa yang boleh menjalani skan MRI? Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira
Majoriti pesakit boleh menjalani skan MRI. Prosedur ini juga selamat untuk wanita yang sudah mengandung melebihi empat bulan. Mereka yang kurang empat bulan mengandung harus berbincang dengan doktor mereka dan Pakar Radiologi yang menyelia pemeriksaan sama ada pemeriksaan ini diperlukan ataupun terdapat kaedah pengimejan lain yang boleh memberi maklumat yang sama.

Lazimnya, pesakit yang berat badannya melebihi 140 kilogram tidak boleh menjalankan prosedur pemeriksaan MRI. Walaubagaimanapun, teknologi telah mara dengan rekaan bentuk MRI terbaru yang mempunyai bor yang lebih besar sekarang.

MRI boleh menyebabkan kecederaan parah ataupun maut jika pesakit mempunyai bahan logam dalam badan mereka. Pesakit-pesakit yang mengandungi objek-objek dalam senarai berikut umumnya tidak boleh menjalani pemeriksaan MRI tetapi pada hari ini, dengan menggunakan bahan baru untuk peralatan dalam badan, MRI menjadi satu kemungkinan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menyemak senarai ini untuk memastikan prosedur MRI yang selamat.

Skanner MRI terbuka dan pesakit yang tengah diskan ternampak melalui tingkap kaca berplumbum (leadglass) oleh Pakar Radiologi ataupun juru x-ray yang menyelia pemeriksaan MR ini di dalam bilik kawalan

  • Perentak (Pacemaker Jantung)
  • Badan asing logam
  • Implan logam
  • Injap jantung
  • Staple pembedahan
  • Serpihan Logam
  • Kelip Aneurisme
  • Gulungan Vaskular dan penapis

Apakah persediaan yang harus diambil sebelum MRI?
Ini bergantung kepada bahagian badan pesakit yang akan diperiksa, pesakit  mungkin diperlukan berpuasa (tidak makan dan minum) selama enam jam sebelum pemeriksaan. Pada masa pemeriksaan, pesakit wanita seharusnya tidak memakai sebarang mekap muka kerana ini akan menjejaskan gambaran yang diperoleh. Pesakit mungkin diperlukan untuk bertukar kepada gaun hospital dan menanggalkan semua bahan logam (seperti barang kemas, tali pinggang, kancing, pin dan sebagainya) sebelum memasuki bilik skan MRI. 

Apakah yang akan berlaku semasa MRI?
Selepas menemu ramah pesakit, juru radiografi/x-ray akan menolong pesakit baring di atas katil alat skan. Saudara mara yang rapat mungkin boleh dibenarkan dalam bilik skan bersama pesakit semasa pemeriksaan, jika perlu. Penyumbat telinga juga dibekalkan kepada pesakit, kerana akan terdengar bunyi ketukan kuat semasa pemeriksaan. Katil skan kemudian akan dimasukkan ke dalam terowong (bor) magnet. Adalah penting bagi pesakit untuk berbaring tanpa bergerak sepanjang pemeriksaan. Sedatif mungkin akan diberi kepada kanak-kanak dan untuk pesakit-pesakit yang senang terganggu. Bagi beberapa unit MRI, proses skan ini dijalankan di bawah anestesia bagi kanak-kanak. 

Pihak juru radiografi boleh dihubung menggunakan interkom sepanjang prosedur. Juru radiografi akan dapat memerhatikan pesakit melalui sebuah tingkap kaca di bilik kawalan atau melalui monitor TV menggunakan kamera yang dihalakan ke dalam mesin skan. Pakar Radiologi mungkin akan memutus untuk memberi pesakit suntikan media kontras khas (gadolinium) bagi skan MRI. Ini boleh menghasilkan perasaan hangat seketika. Masa pemeriksaan berbeza dari 15-45 minit (atau lebih singkat) bergantung pada bahagian badan yang diperiksa dan juga bergantung kepada kekuatan magnet. Umumnya, tiada kesan sampingan daripada pemeriksaan ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 658,303 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: