Sistem Sokongan Hidup

Tinggalkan komen

April 1, 2012 oleh ustazkenali

Manusia tidak boleh hidup tanpa bekalan makanan dan oksigen yang berterusan kepada sel badan kita. Pengumpulan bahan perkumuhan beracun juga boleh membawa maut. Namun, apabila organ penting seperti jantung dan peparu perlu dikeluarkan dalam pemindahan, badan manusia boleh berfungsi tanpa jantung yang berdegup selama beberapa jam dan apabila pembedahan dilakukan untuk membetul kerosakan di dalam jantung itu sendiri, degupan jantung mesti dihentikan untuk membolehkan pembedahan yang rumit dijalankan. Sehingga tahun 1950-an, tidak banyak pembedahan jantung dilakukan seperti hari ini. Pesakit didinginkan untuk memperlahankan kepantasan gerak balas badan manusia dan dalam keadaan ini sekalipun, pembedahan ke atas jantung jantung hanya boleh dilakukan selama beberapa minit sebelum tisu mula rosak.

MESIN JANTUNG PEPARU

Pada tahun 1953, Dr. John Gibbon membangunkan mesin jantung-peparu pertama dan dengan teknologi menakjubkan ini, pembedahan ke atas jantung yang memakan masa beberapa jam kini, boleh dilakukan sebagai sesuatu yang rutin. Mesin ini mengambil alih tugas jantung dan paru-paru. Kedua organ ini mengepam darah keluar daripada badan, memasukan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida. Darah itu kemudiannya dikembalikan kepada badan.

Mesin ini memantau suhu darah, serta paras oksigen dan karbon dioksida pesakit sepanjang masa. Pelbagai perkara lain yang ditunjukkan oleh mesin ini dipantau secara berasingan untuk memastikan pesakit selamat.

SOKONGAN BADAN YANG LENGKAP

Mesin jantung peparu asas telah diperbaik supaya doktor kini boleh menggunakan sistem sokongan hidup yang lengkap. Pesakit yang mengalami kecederaan atau sakit teruk perlu disambungkan kepada sistem sokongan hidup untuk menstabilkan keadaan tubuh manusia dan memastikan seseorang manusia itu hidup sebelum pembedahan boleh dilakukan. Begitu juga sesetengah pesakit akan diberi sistem sokongan hidup untuk tempoh yang panjang. Walaupun seseorang itu sebenarnya telah mati, tanpa sebarang aktiviti otak sama sekali, mereka boleh dikekalkan hidup dengan menggunakan sistem sokongan hidup.

APAKAH ERTINYA?

Teknologi ini menimbulkan dilema dari segi etika dalam kalangan doktor dan keluarga pesakit. Berapa lamakah seseorang harus dikekalkan ‘hidup’ dengan harapan perubatan masa depan dapat membantu mereka? Sains tidak boleh menjawab soalan ini – keluarga pesakit, doktor dan masyarakat secara umum perlu mencari penyelesaian masalah ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: