Tinggalkan komen

April 16, 2012 oleh ustazkenali

Pewarna Toksid dalam Makanan

 

Banyak pewarna dijual di kedai runcit tetapi sesetengah daripadanya adalah pewarna toksik industri yang tidak boleh dimakan tetapi dijual dengan label yang hamper sama sebelah-menyebelah. Terdapat juga pewarna yang dijual tanpa sebarang label. Adakah rakyat Malaysia diracuni oleh pewarna ini di dalam makanan mereka?

Satu-satunya alasan pewarna makanan digunakan dalam makanan yang diproses ialah untuk menjadikannya lebih menarik di mata pelanggan. Pewarna tidak menyumbang apa-apa kepada nilai zat permakanan. Bahan pewarna adalah bahan kimia bukan makanan yang dicampurkan ke dalam makanan. Kebanyakan daripadanya boleh menjejaskan kesihatan dan termasuk bahan penambah kimia yang diluluskan oleh pihak berkuasa.
Contohnya, Tartrazine (Pewarna Kuning-Jingga), berkemungkinan agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktiviti dalam kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.
Sunset Yellow FCF (Pewarna Merah-Jingga) juga kemungkinan agen karsinogenik serta dikaitkan dengan hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga mampu menyebabkan kerosakan kromosom kekal dan tindakbalas alergi.
Ponceau 4R (Pewarna Merah terang hingga gelap) diketahui penyebab kanser, bengkak tisu, alergi, dan asma (lelah). Ia juga boleh merendahkan bilangan sel darah merah dan kepekatan hemoglobin. Bahan pewarna ini telahpun diharamkan di Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara-negara Eropah. Bagaimanapun Kementerian Kesihatan masih membenarkan kepenggunaan dalam makanan adakalanya hingga mencapai kepekatan maksimum.
Maka dengan itu gunakanlah pewarna semula jadi yang telah digunakan dari turun-temurun iaitu dari datuk moyang kita dahulu antaranya Bunga Telang, Daun Pandan, Ubi Bit, Kunyit dan Saffron serta pelbagai pewarna tumbuhan semulajadi.
(Petikan Utusan Pengguna

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 658,303 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: