P.AM : KEMAHIRAN BELAJAR

2

April 30, 2012 oleh ustazkenali

. KONSEP KEMAHIRAN  BELAJAR

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu.

2. KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR

Banyak kepentingan dan faeedah yang diperolehi oleh pelajar yang dapat menguasai kemahiran belajar.  Antaranya ialah:

2.1      Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.

2.2      Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.

2.3      Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.

2.4      Memupuk didplin kendiri pelajara.

2.5      Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.

2.6      Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.

2.7      Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.

2.8      Meningkatkan daya ingatan pelajar.

2.9      Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.

2.10   Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media.

2.11   Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.

2.12   Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan  sebaiknya.

 

3. TEKNIK MEMBACA BERKESAN

3.1 KEMAHIRAN MEMBACA PANTAS

SKIMMING:  membaca secara pantas bahan bacaan untuk tujuan memahami idea utama  atau tema bahan bacaan berkenaan.  Dalam membaca sesuatu  petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting sesuatu perenggan untuk mendapatkan fahaman umum.  Dalam membaca  sesebuah buku, fokus kita ialah kepada bahagian tertentu buku berkenaan seperti bahagian pengenalan, daftar isi kandungan, prakata, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indek untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca.

SCANNING:  Pembacaan cepat untuk mendapatkan maklumat yang khusus sesuatu bahan bacaan.  Pembaca boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.  Ketika membaca kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah petikan muka surat yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.

3.2 KEMAHIRAN MEMBACA KRITIS

SQ4R:  Merupakan satu teknik membaca yang dapat membantu pelajar memahami dan mengingat maklumat yang dibaca melalui satu siri tindakan yang berurutan.  Teknik ini dibangunkan oleh Thomas & Robinson (1972) berasaskan sistem SQ3R yang dibina oleh Robinson (1961).  Teknik ini diakui berkesan untuk membantu pembelajaran dan ingatan pelajar.  Langkah-langkah penggunaan SQ4R:

SQR

R

R

R

 SURVEYQUESTIONREAD

REFLECT

RECITE

REVIEW

Skim bahan bacaan.  Gunakan tajuk sebagai panduanBina soalan mengenai bahan bacaan.Baca.  Gunakan soalan sebagai panduan.

Fikirkan apa yang dibaca.  Hubungkan idea dengan apa yang telah diketahui.

Jawab soalan.  Hubungkan maklumat dengan sesuatu tajuk.

Susun maklumat. Belajar semula maklumat yang sukar.

Survey (Tinjauan):  Skim bahan bacaan secara cepat untuk mendapatkan idea secara keseluruhan.  Beri perhatian kepada tajuk/sub-tajuk, sinopsis, daftar isi kandungan dan kenal pasti apa yang hendak anda baca atau pelajari.

Question (Bina Soalan): Bina soalan kepada diri sendiri mengenai bahan yang hendak dibaca.  Gunakan tajuk / sub-topik sebagai panduan. Gunakan kata tanya siapa, apa, mengapa dan di mana.

Read (Baca):  Baca bahan. Tidak perlu mengambil nota secara ekstensif.  Cuba jawab soalan-soalan yang telah dibina.  Tambah soalan-soalan baru sekiranya perlu.

Reflect (Refleksi):  Cuba fahami secara bermakna maklumat yang dibaca dengan (i) menghubungkannya dengan apa yang telah anda ketahui (ii) menghubungkan sub-topik dengan konsep dan prinsip sebelumnya (iii) cuba menyelesaikan maklumat yang berkongflik dalam teks (iv) cuba gunakan maklumat yang dibaca untuk menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dalam bahan bacaan (sekiranya ada).

Recite (Mengimbas kembali):  Praktiskan ingatan anda mengenai apa yang dibaca dengan cara menyatakan idea-idea utama bahan bacaan, mengemukakan dan menjawab soalan sendiri – gunakan tajuk, perkataan yang ditonjolkan / kata kunci dan nota untuk membina soalan kepada diri anda sendiri.

Review (Bacaan Semula): Secara aktif semak semula pembacaan anda dengan berfokus kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada diri anda sendiri bagi mengesahkan ingatan dan kefahaman anda.  Nota atau catatan ringkas anda juga boleh dirujuk.  Baca semula bahan berkenaan sekiranya anda tidak pasti dengan ketepatan jawapan yang anda berikan kepada soalan-soalan yang anda kemukakan.

KWLH:  Teknik ini memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan pelajar membaca dan sumber lain pembelajaran. Taknik KWLH adalah kata singkatan perkataan Bahasa Inggeris yang memberi maksud:

K  (know)       – Apa yang telah diketahui

W (want)        – Apa yang ingin diketahui

L  (learned)   – Apa yang didapati selepas membaca

H (how)          – Bagaimana maklumat tambahan berkenaan tajuk, boleh diperolehi.

Teknik ini bertujuan memberikan pelajar (i)  peluang   membaca secara kritis(ii)mengaitkan pengalaman sedia ada dengan perkara yang dibaca (iii) pertingkatkan minat untuk membaca perkara-perkara yang hendak   diketahui (iv) mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-    perkara tambahan yang perlu diketahui lagi (v) peningkatan pemahaman membaca sesuatu bahan yang dibaca.

Langkah-langkah membaca menggunakan Teknik KWLH

1. Kenal pasti bahan yang hendak dibaca. Adakah bahan itu artikel, rencana, petikan, buku atau sebagainya. Lihat sepintas lalu bahan itu, cuba buat  jangkaan isi bahan itu.

2. Cuba catatkan maklumat yang telah diketahui berkenaan tajuk itu. Atau cuba sebutkan perkara-perkara yang telah diketahui tentang tajuk. Cuba binaan soalan-soalan yang ingin anda dapatkan maklumat daripada teks berkenaan.

3. Baca teks berkenaan dan catatkan maklumat-maklumat yang anda dapati.

4. Semak kembali apa yang telah anda ketahui, apa yang baru anda dapati daripada teks dan jika anda memerlukan maklumat tambahan yang lain, cuba cadang dan sebutkan, bagaimanakah cara untuk anda dapatkan meklumat tambahan itu.

 

2 thoughts on “P.AM : KEMAHIRAN BELAJAR

  1. Azhar kahar berkata:

    Assalamu’alaikum ust,sapa pengasas teknik KWLH?boleh ust bagi detailnya ke email saya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: