Mengapa Pilih Kaedah Kualitatif

Tinggalkan komen

Mei 23, 2012 oleh ustazkenali

MENGAPA MENGGUNAKAN KAEDAH KUALITATIF?

Sebagai seorang penyelidik, langkah awal sebelum memulakan penyelidikan adalah mewujudkan persoalan yang perlu dijawab. Jawapan diperoleh dengan menjalankan kajian. Terdapat dua jenis pendekatan iaitu berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif.

 

Kajian kualitatif dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang ingin dikaji (Marohaini 2001). Selain itu, kajian kualitatif juga dijalankan untuk mendapat maklumat terperinci berkaitan sesuatu perkara yang dikaji (Yin, 1984). Ini bermakna untuk mendapatkan maklumat terperinci dan mendalam kajian kualitatif dijalankan.
Tambahan lagi, kaedah ini boleh menerangkan peristiwa secara holistik dalam keadaan sebenar peristiwa berlaku tanpa sebarang manipulasi oleh penyelidik. Kajian ini menjawab persoalan berkaitan dengan mengapa sesuatu fenomena berlaku sedemikian dan bagaimana ia berlaku.

 

Justeru, kajian dijalankan untuk menjawab soalan mengapa dan bagaimana yang dikemukakan oleh pengkaji. Pengkaji menjalankan kajian secara mendalam untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian. Contoh persoalan kajian secara kualitatif ialah:
Mengapa guru masih tidak menggunakan pendekatan koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?
� Bagaimana guru menjalankan aktiviti koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah? Dalam kajian kualitatif, penyelidik menjadi instrumen kajian (Creswell 1994). Penyelidik kualitatif merupakan instrumen untuk mengutip data dan menganalisis data.

 

Penyelidik menyelidik peristiwa yang berlaku ketika kajian dijalankan. Kutipan data dijalankan secara berterusan. Kajian ini jarang membincangkan ciri kebolehpercayaan kerana kebolehpercayaan bergantuang kepada subjektiviti seseorang individu (M. Najib 1999).

 

Kajian kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk di kembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Mei 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: