Hari Tanpa Beg Plastik

Tinggalkan komen

Jun 14, 2012 oleh ustazkenali

Esei : Keburukan Penggunaan Plastik

Tahukah anda bahawa sebuah beg plastik yang kita buang boleh berada di tapak pelupusan untuk beribu-ribu tahun dan memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberikan impak negatif yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia? Kekerapan kita menggunakan beg-beg plastik untuk mengisi barang semakin bertambah. Jikalau beberapa dekad dahulu, kertas atau suratkhabar lama digunakan untuk membungkus barang keperluan harian di kedai-kedai runcit atau pasar, kini ia telah digantikan hampir sepenuhnya oleh beg-beg plastik. Terdapat kajian yang menunjukkan statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang sebenarnya boleh dikitar semula bernilai kira-kira RM163 juta.Dalam erti kata lain, masyarakat Malaysia masih kurang peka terhadap keadaan alam sekeliling yang semakin merosot tanpa mengambil pendekatan yang serius serta memandang enteng masalah ini.

Apakah yang membahayakan tentang plastik? Plastik merupakan bahan yang  merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik dan terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain. Selain itu, plastik juga diperbuat dari sebuah sumber yang amat berharga iaitu minyak. Jika lebih banyak plastik kita gunakan hari ini, berkuranglah bekalan minyak kita pada masa hadapan. Sewaktu beg plastik dihasilkan, satu bahan karsinogen benzen, dihasilkan. Beg plastik tidak mudah dilupuskan dari muka bumi. Walaupun kita mengurangkan penggunaan beg-beg plastic, namun sekarang, masih tendapat banyak lagi beg plastik yang sudah sedia terkumpul. Beg plastik juga sukar dihapuskan. Sekiranya dibakar, ia membebaskan karsinogen, satu bahan penyebab kanser. Sekiranya ditanam, bahan toksin di dalamnya boleh menyerap kedalam tanah dan memasuki sumber air kita dan juga menyebabkan tanah tidak sesuai dijadikan kawasan pertanian. Binatang yang menyangka beg plastik makanan dan menghadamnya boleh mati apabila termakan beg plastik tersebut.

Kajian di beberapa negara menunjukkan bahawa pengguna lazimnya malas membawa beg sendiri ketika membeli-belah. Justeru itu mereka lebih cenderung menerima beg plastik yang diberi oleh penjual. Sebenarnya penjual boleh menggalakkan pengguna menggunakan beg kain ketika membeli-belah dengan menyediakan beg tersebut dengan mengenakan bayaran atau meminta pengguna menggunakan semula beg plastik.

Satu perangkaan lain pula mengatakan, secara purata di Malaysia, seorang individu menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg plastik berkenaan selepas hanya dipakai sekali. Tidak ramai yang menyedari kenapa bahan ringan, tidak mudah pecah, dan murah ini menjadi ancaman kepada alam sekitar jika kita jarang meneliti jurnal dan majalah saintifik.

 

Izharnya, beg plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik Bis(2-ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates yang disebut THA-lates iaitu satu bahan yang akan membuatkan bahan plastic menjadi lembut dan mudah lentur. Penyelidik di Universiti Harvard pada tahun 2002 berjaya membuat penemuan baru mengenai kesan kimia phthalates yang mampu merosakkan DNA sperma manusia. Walaupun pengeluar mengatakan dos phthalates yang digunakan mematuhi syarat standard pengeluaran, namun dalam tempoh yang panjang, pengguna sebenarnya terdedah secara berterusan kepada kimia ini yang mampu memudaratkan nyawa manusia.

 

Membawa beg sendiri apabila membeli-belah juga memberikan banyak kelebihan sebenarnya dan barangan kecil yang dibeli tidak perlu dibungkus menggunakan beg plastik.Kita juga digalakkan membawa bekas sendiri apabila hendak membeli makanan yang biasanya dibungkus. Terdapat juga pasar raya hyper merekacipta beg plastik yang akan terlerai sendiri dalam masa beberapa bulan dan ia mengurangkan masalah sampah.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: