Program Transformasi Kerajaan Malaysia

Tinggalkan komen

Jun 29, 2012 oleh ustazkenali

Program Transformasi Kerajaan (PTK/GTP)

PENDAHULUAN

Bagi meletakkan negara pada landasan lebih kukuh dalam mendepani pelbagai cabaran untuk mencapai Wawasan 2020, Perdana Menteri, YAB Dato‘ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan pelaksanakan Program Transformasi Kerajaan (PTK) yang dirangka berdasarkan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

PTK menggariskan secara terperinci  objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bagi meghasilkan perubahan yang diharapkan melalui pelaksanaan program pembangunan dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Bagi menjayakan PTK, kerajaan dan perkhidmatan awam saling bergantung dan saling melengkapi antara satu sama lain, khususnya dalam pelaksanaan NKRA dan MKRA.  Justeru, YAB Perdana Menteri sendiri mengetuai pelaksanaan PTK dengan dibantu anggota Kabinet serta didokong oleh  Ketua Setiausaha Negara dan pegawai kanan perkhidmatan awam. Strategi pelaksanaan pelan ini dirangka oleh Menteri Perpaduan dan Pengurusan Prestasi serta Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). Sehubungan itu, lapan pasukan yang dianggotai agensi kerajaan dan dikenali sebagai Makmal, telah ditubuhkan, dengan setiap makmal bertanggungjawab bagi  setiap enam NKRA, satu untuk  1Malaysia dan satu lagi untuk meneliti pengurusan keseluruhannya.

PTK akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu:
•    Fasa 1 (dari 2010 hingga 2012)
Menjurus kepada langkah menentukan perubahan dan menyampaikan keberhasilan dengan cepat kepada rakyat melalui penetapan dan penyampaian sasaran NKRA dan MKRA.

•    Fasa 2 (dari 2012 hingga 2015)
Transformasi kerajaan dilihat lebih melebar serta mendalam dan kehidupan harian rakyat diharap menjadi lebih baik, manakala struktur ekonomi negara akan berkembang sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) dalam menghasilkan sektor-sektor yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.

•    Fasa 3 (dari 2015 hingga 2020)
Matlamat Wawasan 2020 akan tercapai di mana rakyat menikmati taraf kehidupan dan kemakmuran lebih tinggi, manakala kualiti perkhidmatan awam juga meningkat. Kemuncaknya, setiap rakyat Malaysia memiliki jati diri dan semangat cinta negara dengan melihat diri masing-masing terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia dan kemudian barulah mengikut agama, bangsa, kawasan geografi, latar belakang sosial, ekonomi dan kecenderungan politik.

Bagi memastikan semua rancangan pembangunan negara berjalan lancar, kesemua pelan tindakan PTK akan berpaksikan kepada  Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
•    Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012.
•    Menjelang tahun 2012, 80% kanak-kanak disasarkan mendapat akses kepada pendidikan prasekolah.

Mengurangkan kadar jenayah
•    Pengurangan sebanyak 20% jenayah jalanan pada akhir tahun 2010.
•    Seramai 6,000 kakitangan kerajaan dari pelbagai kementerian telah mengambil alih tugas pentadbiran yang sebelum ini dilakukan oleh pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dan ke bawah di semua peringkat kontinjen.

Memerangi Rasuah
•    Pengagihan perolehan dibuat melalui tender terbuka atau terhad.
•    Memulihkan Indeks Persepsi Rasuah yang diletakkan Transparency International.

Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
•    Mulai Januari 2010 semua bantuan kebajikan akan dibayar tepat 1 hari bulan
•    Bilangan usahawan wanita akan ditambah dari 717 kepada 4,000 melalui AIM menjelang 2012.

Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman
•    Kemudahan jalan, bekalan air bersih dan elektrik khususnya di Sabah dan Sarawak akan ditambah.
•    Sebanyak 50,000 lagi rumah golongan miskin dan miskin tegar akan dibina atau dibaik pulih menjelang 2012.

Menambahbaik pengangkutan awam
•    Mensasarkan 25% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam menjelang 2012 berbanding hanya 16% sekarang.
•    Menjelang 2012 – 35 set 4-car train akan beroperasi untuk laluan Kelana Jaya.

Mempertingkatkan Kebertanggungjawaban Menteri  Dan Penjawat Awam
•    Bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan berjalan lancar, semua menteri memberi lebih banyak penekanan terhadap aspek kebertanggungjawaban masing-masing. YAB Perdana Menteri akan menilai pencapaian setiap menteri pada setiap enam bulan bagi memastikan mereka mencapai tahap prestasi yang telah ditetapkan. Beliau membuat penilaian pertama bagi tempoh meliputi November 2009 dan Januari 2010.

•    Bagi menjamin prinsip “Pencapaian Diutamakan” benar-benar terlaksana, semua  menteri dan pegawai kerajaan yang menguruskan keberhasilan diminta  memastikan bahawa keputusan atau tindakan mereka mematuhi “Prinsip-prinsip Penyampaian” . Prinsip-prinsip ini termasuk  menggalakkan penyertaan rakyat dalam program yang dirancang, dengan mendapatkan input daripada mereka sebelum membuat sesuatu keputusan, meningkatkan produktiviti sebanyak mungkin daripada sumber sedia ada, mengurangi ketirisan, mengoptimumkan taraf perkhidmatan serta menggunakan pendekatan inovatif. Kerajaan yakin persefahaman yang wujud  antara pemimpin, penjawat awam dan rakyat dalam melaksanakan NKRA  akan menjadikan Malaysia lebih  maju, aman dan makmur.

Artikel ditulis oleh Penolong Pengarah, Wan Kalsom Wan Jaafar

Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Jabatan Penerangan Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Blog Stats

  • 658,773 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: