Karangan Pelajar: Tenaga Altenatif

Tinggalkan komen

Julai 1, 2012 oleh ustazkenali

SOALAN:

Bahan fosil seperti petroleum, arang batu, dan gas asli akan kehabisan memandangkan penggunaanya sudah sampai ke tahap maksimum. Ketiadaan sumber tenaga akan merumitkan negara serta kehidupan orang ramai. Oleh itu, para penyelidik telah menemui sumber alternatif bagi mengatasi krisis tenaga tadi. Bincangkan kelebihan yang dapat diperolehi melalui sumber alternatif

Perkembangan sains dan teknologi mendorong kepada kewujudan pelbagai jenis sumbertenaga alternatif bagi membantu manusia. Sumber alternatif ini dapat membantu dalam masalah negara yang berhadapan dengan kehabisan bahan fosil seperti petroleum, arang batu,dan gas asli. Sungguhpun bahan fosil ini akan merumitkan negara serta kehidupan orang ramai sekiranya sumber tenaga fosil mengalami kehabisan , sumber alternatif akan dapat membantu. Antara sumber alternatif yang telah berjaya dihasilkan ialah tenaga suria, tenaga biomas, tenaga nuklear, tenaga hidro elektrik, tenaga ombak, dan tenaga angin.

Sumber alternatif yang berjaya dihasilkan oleh pakar penyelidik mempunyai banyak kelebihan kepada kehiupan manusia. Antara kelebihan sumber alternatif kepada negara dan kehidupan manusia ialah mengatasi krisis tenaga. Malaysia yang juga tidak lari dalam masalah pada masa akan datang iaitu kehabisan bahan fosil. Sememangnya bahan fosil ini membantu masyarakat dalam menjalankan kegiatan seharian. Bahan fosil membantu kepada kenderaan, arang batu banyak digunakan dalam perindustrian dan sebagainya. Dengan kewujudan sumber alternatif ini dapat mengurangkan penggunaan bahan fosil yang semakin kepupusan. Oleh itu, bahan fosil ini akan dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

Selain itu, kewujudan sumber alternatif memberi kebaikan dari segi mutu kebersihan alam sekitar. Hal ini kerana sumber alternatif ini tidak mencemarkan alam sekitar berbanding dengan bahan fosil yang menjejaskan alam sekitar. Penggunaan bahan fosil yang tidak terkawal dan sampai ke tahap maksimum akan memudaratkan alam sekitar. Misalnya, tenaga hidroelektrik banyak digunakan dalam penjanaan tenaga elektrik.  Empangan hidroelektrik banyak membantu masyarakat untuk mendapatkan tenaga elektrik yang mencukupi dan sumber tenaga ini  tidak mencemaran kan alam sekitar sebalilnya kegiatan pembersihan perlu dilakukan untuk penjanaan elektrik yang sempurna.

Sumber tenaga alternatif yang dapat dikitar semula juga dapat mengurangkan bebanan ekonomi negara di mana terpaksa menggunakan modal yang besar untuk mewujudkan sumber alternatif yang baru. Penjimatan penggunaan bahan yang tidak boleh dikitar semula adalah langkah yang positif ke arah mengekalkan adanya bahan-bahan penting itu.  Contohnya bahan sisa buang biojisim yang boleh diproses untuk menghasilkan gas metana ataupun tenaga elektrik.

Di samping itu,  sumber alternatif juga boleh digunakan dalam perubatan. Apabila pembangunan negara dalam  bidabg sains dan teknologi dikecapi, ramai pakar-pakar dalam bidang penyelidikan dapat dilahirkan. Hasil daripada penyelidikan di dapati bahawa tenaga nuklear mampu digunakan untuk tujuan perubatan. Tenaga nuklear yang digunakan dalam perubatan misalnya untuk mengenal pasti penyakit yang berkaitan dengan bakteria-bakteria halus dalam badan dan mengesan penyakit barah. Dengan kejayaan ini,masyarakat akan dapat mengesan penyakit yang berbahaya pada tahap awal. Hal ini juga akan mengurangkan pergantungan masyarakat untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

Kesimpulannya,  sumber alternatif ini mempunyai banyak kebaikan daripada keburukannya. Oleh itu, sumber alternatif ini perlu dijaga dan dipelopori oleh semua pihak untuk memastikan sumber bahan fosil dapat dikekalkan daripada mengalami kepupusan. Dengan itu, negara kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia sekiranya Malaysia mempunyai pelbagai sumber tenaga alternatif yang diwujudkan.

Hasil Kerja : NORFARHANIM IBRAHIM 6AW 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: