Lelaki Pendek Umur

Tinggalkan komen

Julai 2, 2012 oleh ustazkenali

Ancam lelaki lewat usia

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Chin Poon mendengar taklimat daripada Dr. Adel di pusat onkologi Pusat Perubatan Gleneagles Pulau Pinang.

KAJIAN menunjukkan lelaki sebenarnya terdedah dengan pelbagai risiko kesihatan dan penyakit. Jangka hayat lelaki kurang lima hingga enam tahun daripada wanita. Lelaki yang berumur 45 hingga 54 tahun tiga kali ganda lebih kerap mati akibat serangan sakit jantung berbanding dengan wanita.

Kadar kematian atas sebab penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, penyakit buah pinggang, strok dan kanser di kalangan lelaki juga lebih tinggi.

Antara penyakit yang menjadi risiko utama kaum lelaki kini ialah pembesaran prostat (BPH) dan kanser prostat. Ia merupakan antara pembunuh utama golongan lelaki, tetapi masih ramai di kalangan mereka tidak memiliki kesedaran dan pengetahuan mengenai bahayanya.

Prostat sering dipandang remeh dengan alasan bahawa simptom-simptomnya hanya berkaitan orang tua.

Namun, kanser ini digeruni oleh golongan lelaki kerana ia menduduki tempat teratas dalam carta jenis-jenis kanser yang ‘dibenci’ lelaki.

Mengapa begitu? Ini kerana prostat yang disifatkan sebagai organ dalaman kaum Adam yang paling berharga mungkin hilang nilai kualitinya apabila ancaman kanser menyerang.

Purata umur kaum lelaki yang kebiasaannya dikenal pasti menghidapi kanser prostat adalah lebih kurang umur 68 tahun.

Bagaimanapun, disebabkan kelenjar prostat mengalami pengembangan dan perubahan dari tahap baligh lagi, adalah digalakkan agar lelaki berumur 50 tahun ke atas menjalani pemeriksaan saringan kanser prostat setahun sekali.

Bagi kaum lelaki yang mempunyai sejarah kanser prostat di dalam keluarga, mereka dinasihatkan supaya membuat saringan tersebut pada usia 45 tahun.

Prostat merupakan kelenjar di pangkal pundi kencing lelaki dan mengelilingi salur kencing yang juga dikenali sebagai uretra.

Saiznya sebesar kacang walnut sementara fungsinya adalah menghasilkan cecair yang beralkali untuk air mani.

Kanser Kanser prostat terjadi apabila sel-sel prostat mengalami mutasi dan bertambah tanpa terkawal. Pada peringkat awal, kanser prostat tidak menyebabkan apa-apa tanda yang ketara berbanding BPH.

Di Malaysia, kanser prostat mewakili 7.4 peratus daripada kes-kes kanser di kalangan lelaki. Terdapat sejumlah 735 kes yang dilaporkan dan didaftarkan, menjadikannya jenis barah keempat paling biasa di kalangan kaum lelaki. Lazimnya, kanser ini membesar dengan perlahan.

Kajian bedah siasat menunjukkan bahawa ramai lelaki berumur (dan kadangkala lelaki muda juga) yang mati akibat penyakit-penyakit lain, juga menghidapi barah prostat yang tidak pernah mendatangkan masalah semasa hayat mereka .

Menurut Pakar Radioterapi dan Onkologi, Datuk Dr. Adel Zaatar, apabila saiz prostat bertambah, ia akan menyebabkan tanda-tanda yang serupa dengan BPH seperti kesusahan keluar air kencing, aliran kencing yang lemah atau kencing kerap.

“Dalam pada itu, mungkin akan terdapat darah yang keluar bersama air kencing pesakit. Pada ketika ini, kanser prostat boleh dikesan secara pemeriksaan dubur kerana ciri-ciri strukturnya yang berbiji-biji kasar serta keras,” ujarnya.

Pada peringkat akhir, sel-sel kanser prostat boleh merebak melalui aliran darah ke organ-organ lain seperti tulang, terutamanya tulang paha, serta ke paru-paru.

Seseorang pesakit akan mengalami sakit pada tulang serta masalah bernafas. Sekiranya tulang belakang juga terlibat, tekanan terhadap saraf tunjang akan menyebabkan seseorang itu lumpuh pada kedua-dua kaki.

Tambah Dr. Adel, kanser ini boleh dirawat secara pembedahan dengan mengeluarkan seluruh kelenjar tersebut (radical prostatectomy).

Berdasarkan prosedur ini, radioterapi (sinaran X) juga boleh digunakan untuk merawat kanser prostat dengan memusnahkan sel-sel kanser .

Ia juga digunakan untuk merawat mereka yang mempunyai sel-sel kanser yang telah merebak ke tulang paha dan tulang belakang.

“Rawatan perlu dilakukan awal sebelum simptom menjadi parah. Justeru itu, pemeriksaan awal tentang kanser ini perlu dilakukan awal khususnya golongan lelaki yang berumur 50 tahun ke atas,” katanya.

Dr. Adel menjelaskan, terdapat rawatan baru, Jevtana (cabazitaxel) yang digunakan bersama rawatan terapi hormon kanser prostat.

“Berbeza dengan ubat-ubat yang ada sebelum ini, ia menunjukkan kesan yang positif pada pesakit. Misalnya, pesakit lebih selesa selepas menjalani rawatan kimoterapi berbanding dahulu. Ini kerana kesan rambut gugur berkurangan dan pesakit boleh berjalan tanpa bantuan tongkat,” ujar Dr. Adel.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: