Eja 1K atau 2K

Tinggalkan komen

Julai 4, 2012 oleh ustazkenali

Cara Mengeja Kata Terbitan: 1k atau 2k?

10 May 2012, 02:57 PM | Munsyi Bahasa
 

BARU-BARU ini dalam satu sesi tanya jawab kursus tatabahasa, masalah ejaan kata terbitan yang menerima apitan me-…-i dan apitan ke-…-an timbul lagi. Apitan me-…-i ialah apitan yang membentuk kata kerja transitif, manakala apitan ke-…-an pula ialah apitan yang membentuk kata nama terbitan.

Kegusaran peserta kursus yang bertanyakan masalah ini berkisar pada bagaimana cara mereka hendak memastikan kata dasar yang berakhiran dengan huruf k  mempunyai satu huruf k atau dua k apabila kata dasar berakhiran huruf k itu diimbuhkan dengan kedua-dua apitan ini. Beberapa banyak contoh ejaan yang meragukan itu telah disenaraikan oleh para peserta. Antaranya:

Apitan me-…-i Apitan ke-…-an
membaikki kebanyakkan
memasukki kedudukkan
menaikki keanak-anakkan
mendudukki kesesakkan
memasukki kemasukkan
menyelidikki pembentukkan

Kesalahan ejaan yang sering terjadi apabila  kata dasar yang berakhiran huruf k  menerima apitan me-…-i dan apitan ke-…-an. Terdapat kecenderungan  pelajar menambahkan huruf k di hadapan imbuhan –i dan akhiran –an, lalu menjadikan kata terbitan yang terhasil mempunyai dua huruf k (seperti dalam ejaan perkataan membaikki dan kebanyakkan).

Apa-apa sahaja perkataan yang berakhiran huruf k tetap mempunyai satu k apabila menerima apitan me-…-i dan ke-…-an.  Apabila sesuatu kata dasar, sama ada daripada golongan kata nama, kata kerja atau kata adjektif akan menjadi kata kerja terbitan apabila menerima apitan me-…-i. Misalnya kata nama raja menerbitkan kata kerja terbitan transitif apabila menerima apitan me-…-i (merajai), kata adjektif merah menjadi memerahi.

Kata nama, kata kerja dan kata adjektif akan berubah menjadi kata nama terbitan apabila menerima apitan ke-…-an.  Misalnya, dengan apitan  ke-…-an, kata nama raja kekal sebagai kata nama (terbitan) kerajaan, kata kerja naik menjadi kata nama terbitan kenaikan, dan kata adjektif hebat membentuk kata nama terbitan kehebatan.

 Jika kata dasar itu berakhir dengan huruf  konsonan  k  (banyak, duduk, masuk, anak), maka kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan itu tidak mungkin menghasilkan dua  huruf k, kerana huruf k kekal hadir dalam suku kata akhir tertutup kata dasar, manakala akhiran yang mengimbuhinya bukan apitan me-…-ki, dan bukan apitan ke-…-kan. Tidak ada apitan me-…ki dan apitan ke-…-kan dalam bahasa Melayu.

Oleh itu,  bentuk ejaan membaikki, memasukki dan menaikki yang menerima apitan me-…-i ialah bentuk ejaan yang salah. Ejaan yang betul ialah membaiki, memasuki dan menaiki. Begitu juga dengan bentuk ejaan kebanyakkan, kedudukkan, kemasukkan, keanak-anakkan yang menerima apitan ke-…-an harus menerbitkan bentuk ejaan seperti kebanyakan, kedudukan, kemasukan, dan keanak-anakan.

Kepada pelajar yang kurang pasti sama ada mereka hendak mengeja atau menulis ejaan dengan menggunakan satu  k  atau dua  k, boleh sahaja menggunakan cara atau proses mengejanya seperti ini:

Kata dasar Kata dasar  +  me-…-i Kata terbitan
baik mem + baik + i membaiki
masuk me + masuk + i memasuki
naik me + naik + i menaiki
duduk men + duduk + i menduduki
jejak men + jejak + i menjejaki

Demikian juga cara yang sama dapat digunakan apabila pelajar menggunakan apitan ke-…-an bagi mengeja atau menulis kata dasar yang berakhir dengan huruf  k.  Contohnya:

Kata dasar Kata dasar + ke-…-an Kata terbitan
banyak ke + banyak + an kebanyakan
duduk ke + duduk + an kedudukan
masuk ke + masuk + an kemasukan
anak-anak ke + anak-anak + an keanak-anakan

Demikian, kiranya, langkah mengeja kata dasar yang berakhir dengan huruf k dengan apitan me-…i, dan apitan ke-…-an.  Usahlah terpengaruh dengan cara sebutan kata terbitan berimbuhan dengan kedua-dua apitan ini, yang membunyikan bunyi glotis sebelum akhiran i dan –an. Dalam pertuturan, kata dasar yang berakhir dengan  k, bunyi k di akhir kata itu sering dibunyikan dengan agak lantang, seolah-olah akhiran -i  dan -an didahului oleh konsonan k .

Begitulah huraian tentang kesalahan ejaan berhubung dengan penggunaan apitan me-…-i dan apitan ke-…an dalam bentuk ejaan kata dasar yang berakhiran  huruf k.  Semoga tulisan ini dapat membantu pelajar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: