Jika dan apabila

Tinggalkan komen

Julai 22, 2012 oleh ustazkenali

 

Jika, Apabila

11 Aug 2010, 11:11 AM | Munsyi Bahasa
 

Perkataan jika (jikalau) dan apabila ialah kata hubung keterangan yang menunjukkan syarat.  Hal ini ditunjukkan dalam ayat-ayat contoh seperti yang berikut ini:

Jika hari hujan kita akan berpayung.

  1. Apabila hari hujan, kita akan berpayung.

Kedua-dua ayat ini memaparkan  maklumat yang sama dengan syarat tertentu, yang menunjukkan pemikiran pengucapnya.  Dalam ayat kenyataan yang pertama , pengucap tidak pasti adakah hari itu hujan atau tidak. Hal ini ditentukan oleh kata hubung jika.  Jika hari hujan dia akan berpayung; jika tidak,  tidaklah dia akan berpayung. Itulah sikapnya yang ditentukan oleh syarat yang terkandung dalan perkataan jika.

Dalam ayat kenyataan yang kedua pula, soal hujan atau tidak memang tidak timbul.  Hari pasti akan hujan.  Sebaik sahaja, yakni apabila hari hujan dia akan berpayung.  Perhatikan ayat contoh yang lain pula.

Jika dia menang, kita akan menyambut kepulangannya secara besar-besaran.

  1. Apabila dia menang, kita akan menyambut kepulangannya secara bersar-besaran.

Seperti ayat (1) pengucap tidak pasti apakah pasukannya menang atau kalah.  Sekiranya (jika) pasukannya menang, sambutan besar-besaran  akan diberikan; jika tidak, tidaklah akan diadakan sambutan besar-besaran.   Jelaslah bahawa pengucap kenyataan yang pertama tidak seyakin pengucap kenyataan yang kedua tentang hasil pertandingan yang melibatkan “dia”.  Pengucap kenyataan yang kedua amat optimis tentang dia itu akan menang.  Yang belum pasti adalah tentang waktu kemenangannya.

Demikianlah maka kita sepatutnya memastikan sikap kita sendiri terlebih dahulu sebelum dapat memilih sama ada hendak menggunakan “jika” atau “apabila” dalam kenyataan kita itu.

Apabila kita ditanya tentang sesuatu perkerjaan yang hendak kita lakukan, kita sering bercakap dengan beralasan sebagai syarat.  Untuk hal yang demikian itu, kita sering mengatakan “dengan izin Allah” (insya-Allah). Contoh:

“Dengan izin Allah, saya selamat sampai untuk berhimpun di sini.”

atau

  1. “Jika diizinkan Allah, saya akan selamat sampai untuk berhimpun di sini.”

atau

  1. “Jika diizinkan Allah, dapatlah saya sampai dan berhimpun di sini dengan selamatnya.”

 

Dalam ayat (5) di atas, kenyataan pengucap bersifat optimis.  Tetapi apabila rangkai kata “Dengan izin Allah” digantikan dengan “Jika diizinkan Allah”, maka kenyataan itu menjadi pesimis pula sifatnya.  Namun, yang membezakan kenyataan pertama (ayat 5) dengan kenyatan ketiga (ayat 7) bukanlah lagi sikap optimis atau tidak optimis pengucapnya, tetapi aspek bila atau masa pengucapan itu  dibuat.

 

Kenyataan yang pertama  dibuat pada masa semua orang  telah sampai dengan selamat ke tempat itu bagi menghadiri satu perhimpunan.  Kenyataan yang kedua dibuat pada masa perhimpunan itu belum lagi tiba tarikhnya.

 

Kenyataan yang pertama mengatakan bahawa kerana keizinan Allahlah maka saya telah selamat sampai untuk menghadiri perhimpunan itu.  Kenyataan yang kedua mengatakan bahawa, pertama, tarikh perhimpunan itu belum tiba lagi dan kedua, apabila tiba hari perhimpunan itu, Allah sahaja yang dapat menentukan sama ada saya akan dapat hadir dengan selamatnya.

 

Lihat pula contoh berikut:

 

  1. Sebaik sahaja diberitahu lulus dalam peperiksaan itu, dia akan mengumumkan rancangannya untuk berpuasa selama 3 hari.
  2. Sekiranya diberitahu lulus dalam peperiksaan itu, dia akan mengumumkan rancangannya untuk berpuasa selama 3 hari.

Kenyataan yang pertama (ayat 8) amat  optimis.  Yang menentukan pengumuman  rancangannya untuk berpuasa selama tiga hari akan dibuat bukanlah sama ada dia lulus atau tidak dalam peperiksaan itu, tetapi detik waktu bila diberitahu tentang  kelulusan dalam peperiksaan itu dibuat.  Kenyataan yang kedua itu neutral sifatnya, yakni yang menentukan pengumuman rancangannya untuk berpuasa selama tiga hari ialah dua, iaitu pertama, jika lulus dan, kedua, apabila kelulusan itu diberitahu.

Demikianlah maka kita perlu tahu dengan jelas apakah yang hendak kita maksudkan sebelum kita menggunakan  “jika” atau “apabila” “dengan izin Allah” atau “jika diizinkan Allah” atau  “sebaik sahaja” atau “sekiranya”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: