Ramalan BM 2 Kebaikan kerajaan elektronik

Tinggalkan komen

Ogos 6, 2012 oleh ustazkenali

Secara umumnya sebauah  kerajaan elektronik  menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk menangani cabaran dunia tanpa sempadan atau disebut juga dunia globalisasi. Kerajaan elektronik dalam konteks Malaysia merupakan salah satu aplikasi perdana dalam pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.Mahathir bin Mohamad sendiri.  Menurut Gaebler dan Osborne, sebuah kerajaan yang baik akan mempunyai ciri-ciri kepantasan yakni  kepantasan dalam berurusan, berkualiti, mengecilkan saiz dan memotong belanjawan. Contoh yang mudah menjimatkan penggunaan kertas kerana menggunakan paparan eletronik. Bayangkan satu senario pemotongan cukai, memperbaharui pelbagai lesen, penggunaan kad pintar dalam pelbagai urusan kerajaan, boleh dilakukan sepanjang 24 jam, sama ada di rumah atau di pejabat dengan tanpa perlu ke kaunter dan tanpa kertas. Senario ini bukan lagi satu khayalan atau fantasi tetapi menjadi realiti dengan hasrat Malaysia untuk mewujudkan kerajaan elektronik, berkat kecanggihan teknologi maklumat.. Kesemua elemen ini boleh tercapai dengan cemerlangnya sekiranya sebuah kerajaan itu sanggup menggunakan dan memperkenalkan perkhidmatannya secara elektronik. Semua urusan rakyat dapat diuruskan pantas dengan cekap dan dihujung jari anda, “ hanya klik.”

Objektif kerajaan elektronik adalah untuk mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti sektor awam kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatannya melalui penggunaan teknologi maklumat terkini dan aplikasi multimedia. Ted Gaebler dan David Osborne dalam bukunya yang tersohor ‘Reinventing Government (1992)’, menegaskan penggunaan teknologi maklumat akan membantu mewujudkan sebuah ‘kerajaan yang baik’. Hubungan dengan sektor swasta juga bertukar corak kerana urusan pendaftaran perniagaan dan syarikat, pembayaran cukai, pengeluaran lesen import, eksport dan perolehan kerajaan akan dilakukan menerusi penggunaan teknologi maklumat dan multimedia.

Visi utama kerajaan elektronik adalah untuk menggembleng kesepakatan antara kerajaan, syarikat swasta dan orang awam berganding bahu dan berusaha bersama bagi faedah negara. Melalui kerjasama dan perkongsian pintar pelbagai pihak ini, akan turut membantu negara bergerak teguh ke arah mempertingkatkan daya saing. Pelaksanaan kerajaan elektronik ini akan juga merombak paradigma lama dan mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan jentera pentadbiran Kerajaan Malaysia atau “re-invent the Government of Malaysia’, di samping menjadi pemangkin kepada MSC.

Barangkali, harus diingatkan bahawa pelaksaan kerajaan elektronik bukanlah semata-mata memberi tumpuan kepada penggunaan komputer di agensi-agensi kerajaan, tetapi yang lebih penting ialah bagi membolehkan cara pemberian perkhidmatan kerajaan dipercekap dalam usahanya mencapai kecemerlangan yang memegang slogan, “ rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.” Hal ini tentu sekali bermatlamat melahirkan Perkhidmatan Awam yang berinteraksi secara berkualiti dengan pelanggannya.

Di samping itu, pelaksanaan pelbagai aplikasi di bawah Kerajaan Elektronik akan memberi kesan ke atas cara hidup masyarakat Malaysia dan membawa perubahan dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Proses-proses yang menyentuh kehidupan masyarakat seperti pendaftaran kelahiran, pandaftaran sekolah, pengeluaran kad pengenalan, pengeluaran lesen memandu, dan sebagainya akan mengalami perubahan memandangkan urusan-urusan tersebut akan dilaksanakan secara elektronik.

Begitu juga jalinan komunikasi antara agensi dan sesama anggota kerajaan akan menjadi lebih rapat, cekap dan berkesan dam dengan demikian berupaya menghasilkan tahap produktiviti yang lebih tinggi.Kesemua ini akan membantu sebuah jentera pentadbiran yang lebih cekap dan beroperasi tanpa kertas. Konsep berperasi tanpa kertas atau ‘paper-lessbureaucracy’ ialah konsep pentadbiran kerajaan yang berupaya berpotensi dengan cekap tanpa penggunaan kertas. Menurut Anuar Maarof dalam tulisannya ‘Paper-less bueraucracy(1995)’, bahawa kerajaan memandang berat kepada masalah karenah birokrasi khususnya yang menyentuh penggunaan kertas dan dokumen atau ringkasnya ‘paperwork’ yang membebankan orang awam sebagai pelanggan yang berurusan dengannya serta pegawai kerajaan yang menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan-pelanggan berkenaan. Di samping itu, kerajaan juga telah mewujudkan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan atau ‘Government Intergrated Telecommunications Network(GITN)’ yang bertujuan memberi perkhidmatan teknologi maklumat dan rangkaian kepada agensi-agensi kerajaan yang mempunyai pejabat di dalam dan di luar negara. Rangkain GITN merupakan satu prasarana yang memudahkan penyampaian maklumat dan perkhidmatan secara elektronik bagi tujuan luaran.

Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaksaan kerajaan elektronik akan memberi banyak kebaikan kepada rakyat Malaysia. Anjakan paradigm budaya masyarakat Malaysia dan kakitangan Perkhidmatan Awam terhadap kerajaan eletronik sebagai wahana kerajaan menjadikan kita bersedia menghadapi setiap gelombang globalisasi dunia. Teknologi sememangnya boleh membantu tetapi sekiranya sikap terhadap rutin bekerja belum berubah, tentu sekali melambatkan pelaksanaan kerajaan elektronik, lebih-lebih lagi kejayaannya juga banyak bergantung kepada kepuasan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan yang diberikan.

Peringatan kepada semua pembaca yang saya hormati !!!

Kalau memetik, menyalin bahan dari blog saya… anda petik, tag dan salin tapi jangan lupa nama saya : Ustazkenali…U-KEN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: