Laras Sains Penyakit Kardiovaskular

Tinggalkan komen

Ogos 11, 2012 oleh ustazkenali

Kenali Penyakit Kardiovaskular
Posted on 11/02/2010 by mazrul

Mati mengejut, apa puncanya?

Tanpa mengira peringkat usia dan gaya hidup, penyakit ini ditakuti ramai kerana kehadirannya tidak disedari dan bakal menyerang pada bila-bila masa sahaja, tanpa sebarang tanda mahupun isyarat. Bagaimanapun, sakit dada tidak seharusnya dikaitkan dengan serangan penyakit jantung kerana kebanyakkan pesakit yang menghadapi simptom ini, tidak mengalaminya.

Penyakit koronari jantung (serangan jantung) berlaku apabila terdapatnya saluran darah ke bahagian jantung yang tersumbat. Kerosakan pada arteri koronari merupakan satu keadaan yang boleh menyebabkan sakit jantung. Penyumbang utama kepada penyakit jantung arteri koroneri ini dikenali sebagai arthroskelorosis. Ia terjadi apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah dan seterusnya, menyempitkan lagi laluan darah yang mengandungi oksigen kepada jantung. Ini menyebabkan jantung menjadi kekurangan oksigen dan sekiranya keadaan ini berlarutan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan berubah menjadi kehitam-hitaman.

Dipercayai, gumpalan lemak ini berasal daripada kadar kolesterol yang tinggi dalam darah. Arthroskelorosis mengambil masa yang panjang untuk terbentuk dan ia melibatkan proses yang cukup perlahan. Bagaimanapun, jika tidak dirawat pada peringkat awal, arthroskelorosis boleh menjadi bertambah buruk sehingga membawa kepada kematian. Jika dahulu, penyakit jantung hanya dihidapi oleh warga tua tetapi kini, semakin ramai kanak-kanak dan golongan muda yang turut menjadi mangsa.

FAKTOR PENYUMBANG

Menurut Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, pada dasarnya penyakit kardiovaskular berhubung kait dengan kerosakan yang terjadi pada sistem pembuluh darah, jantung ataupun kedua-duanya sekali. Kelainan pada pembuluh darah bermaksud penyempitan pada pembuluh darah nadi. Di antara faktor penyumbang kepada risiko yang berkaitan dengan dengan kejadian penyakit kardiovaskular adalah seperti merokok, tekanan darah tinggi, pemakanan yang tidak baik atau berat badan berlebihan, kurang aktif atau tidak bersenam secara berkala dan tekanan. Oleh itu, setiap individu disarankan agar mengamalkan cara hidup yang sihat agar dapat mencegah daripada terkena penyakit ini. Jangan merokok sekiranya belum pernah merokok dan berhenti jika jika telah merokok. Selain daripada itu, amalkan juga cara pemakanan yang sihat berdasarkan piramid makanan. Cuba capai dan kekalkan berat badan yang unggul menerusi kaedah pemakanan dan juga dengan cara melakukan senaman berkala ataupun mengamalkan budaya hidup aktif. Akhir sekali, sentiasalah bersabar dan tenang dalam menjalani kehidupan bagi mengelakkan stres.

Penyakit kardiovaskular merupakan salah satu punca utama kematian yang dilaporkan di hospital-hospital kerajaan.

Tanda-tanda Penyakit Jantung

Berpeluh

Sesak nafas

Loya

Tercungap-cungap apabila kepenatan

Degupan jantung Luar biasa

Sakit pada bahagian dada

Penyakit arteri koronari

Angin

Lemah jantung

Kematian mengejut

Faktor Utama

Penyakit Jantung

Kadar kolesterol yang tinggi

Merokok

Tekanan Darah Tinggi

Diabetes melitus

Sejarah keturunan keluarga

Kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal

Tekanan berlebihan berat badan

Kaedah Berkesan Ke arah Jantung

Sihat Makan secara sihat.

Kurangkan pengambilan lemak dan daging binatang. Tindakan ini menolong mengelak terjadinya pengerasan pada arteri iaitu salah satu punca tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

Berhentilah merokok. Saranan kerajaan yang sering kita dengar tetapi tidak ramai yang mematuhinya. Sesiapa sahaja yang terdedah secara lansung dengan asap rokok, berisiko mendapat serangan jantung, apatah lagi bagi mereka yang merokok.

Ringan-ringankan tulang untuk bersenam.

Pelbagaikan bentuk senaman agar anda tidak bosan untuk bersenam setiap hari. Jadikan ia sebagai suatu amalan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Kekalkan berat badan ideal.

Berat badan berlebihan membebankan jantung, jadi cuba dapatkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian anda.

Elakkan tekanan.

Cuba belajar bertenang , beribadat, berehat sambil mendengar muzik, beriadah dan berfikiran positif akan membuat anda berasa sihat. Sekiranya anda mempunyai sejarah keturunan yang berpenyakit jantung, jalanilah ujian pemeriksaan tekanan darah secara berkala.

Sumber : Majalah Wanita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 658,303 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: