Kata Hubung Penting untuk BM 1 dan BM 2

Tinggalkan komen

September 5, 2012 oleh ustazkenali

Kata Hubung Berpasangan
Boleh digunakan apabila kamu membina ayat dalam penulisan karangan.
Kata Hubung Berpasangan Contoh Penggunaan
dalam Ayat Fungsi
•bukan sahaja … bahkan juga

•bukan sahaja … tetapi juga

•selain daripada … juga
•kian … kian
•makin … makin
•semakin … semakin •Merokok bukan sahaja membazirkan wang bahkan juga memudaratkan kesihatan.
•Fandi Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai seorang pemain bolasepak yang unggul tetapi juga sebagai seorang jurulatih yang disegani semua pemain muda.
•Selain daripada untuk kesihatan tubuh badan, madu lebah juga boleh digunakan untuk rawatan kecantikan.
•Kian (Makin/Semakin) lama dia duduk di bandar, kian (makin/semakin) bertambah rindunya akan kampung halamannya. Digunakan untuk menunjukkan tokokan atau tambahan.
•sama ada … atau

•entah … entah •Dia belum pasti sama ada dia akan menghadiri latihan petang ini atau tidak.
•Ramai pelajar masih belum pasti sama ada mereka hendak melanjutkan pelajaran ke maktab rendah atau politeknik.
•Entah benar, entah tidak khabar angin yang disampaikannya. Digunakan untuk menyatakan kemungkinan.
•daripada … lebih baik •Daripada menonton televisyen dan bermain komputer, lebih baik membaca buku. Digunakan untuk menunjukkan perbandingan.
•baik … mahupun (ataupun) •Baik menang mahupun kalah, kita harus menunjukkan semangat bekerjasama kita.
•Baik kawan ataupun lawan, kita harus berlaku adil. Digunakan untuk menunjukkan dua perkara yang berpasangan
•sunguhpun … tetapi

•walaupun … namun •Sungguhpun dia seorang jutawan, tetapi kehidupannya tidak bahagia.
•Walaupun dia telah meraih segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan, namun dia masih menganggur. Digunakan untuk menunjukkan ketidaksetaraan.
•bagaimana … begitulah •Bagaimana dia melayan ibu bapanya dengan buruk, begitulah anaknya akan melayannya apabila dia tua kelak. Digunakan untuk menunjukkan akibat.
•sedangkan … inikan pula
•jangankan (usahkan) … pun •Sedangkan adik-beradik selalu bergaduh, inikan pula kawan biasa.
•Jangankan hendak makan, minum pun dia tidak mahu. Digunakan untuk menunjukkan persamaan atau kesetaraan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2012
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: