Karangan Bm2 Integrasi Nasional

Tinggalkan komen

September 19, 2012 oleh ustazkenali

Contoh Soalan: Trial Pahang 2012
2.Integrasi nasional dalam kalangan masyarakat berbilang kaum penting untuk memupuk toleransi yang mengelakkan sebarang pergeseran dan prejudis antara kaum yang menggugat keutuhan negara Mlaysia. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi nasional sebagai wahana integrasi nasional. Huraikan strategi tersebut.

Cadangan Skema/ Jawapan

Pendahuluan

– Isu perpaduan nasional menjadi dasar pembinaan negara kita sejak mencapai kemerdekaan hingga ke hari ini.
– Secara umumnya perpaduan nasional merujuk kepada proses menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia yang mempunyai latar belakang agama dan budaya yang berbeza.
– integrasi antara kaum penting untuk mewujudkan satu rupa bangsa Malaysia yang mementingkan perpaduan demi keamanan dan kemakmuran bersama.
_ Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai dasar nasional untuk memupuk dan memperkukuh integrasi nasional.

Isi 1 Memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)

h1 – DKK diperkenalkan oleh kerajaan untuk menentukan hala tuju pembentukan budaya Malaysia pada masa akan datang. DKK berteraskan budaya Melayu, agama Islam dan budaya kaum lain melalui proses asimilasi.
Contoh budaya tarian: Zapin ( Melayu ), tarian lilin ( Cina ) dan Baratha Natyam ( India ).

h2 – DKK mengutamakan nilai-nilai murni rakyat Malaysia yang bersifat sederhana dan menolak nilai-nilai budaya kuning barat seperti dipersetujui dalam Kongres Kebudyaan Kebangsaan 1971.

h3 Bahasa Melayu menjadi asas bahasa komunikasi dan kesusasteraan yang berlatarkan negara Malaysia dan bukan lagi negara asal pendatang. Bahasa dan sastera Melayu sebagai wadah pemikiran budaya masyakat Malaysia.

h4 – Agama Islam menjadi unsur penting kerana penjagaan unsur-unsur budaya yang tidak bercanggah dengan Halal dan Haram seperti tidak mendedah aurat keterlaluan, pergaulan terlalu bebas dan tidak menyesatkan.

Isi 2 Rukun Negara
h1 – Rukun Negara ( RN ) telah diistiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan untuk menyatukan fikiran, pendapat dan perasaan rakyat yang berbilang kaum.

h2 – RN diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei 1969 kerana kaum-kaum yang berbeza tidak ada suatu pegangan menyebabkan jurang agama dan budaya terlalu ketara.

h3 – RN negara menetapkan bahawa hidup beragama sebagai tunjang kegidupan rakyat Malaysia menafikan kehidupan atau ideologi tidak beragama seperti ideologi komunis dan atheis. Agama sebagai ajaran utama mengajar rakyat Malaysia hidup tolong menolong dan berprasangka baik di antara kaum.

h4 – Kesetian kepada Raja dan Negara memupuk sikap bertanggungjawab, sedia berkorban untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Penekanan kepada “setia” kepada negara menjadi Malaysia
” rela berputih tulang daripada berputih mata.”

h5 – Begitu juga dengann prinsip mematuhi undang dan kesopanan. Semua orang adalah di sisi undang-undang dan hukuman dijalankan tanpa mengira bangsa dan agama serta mahkamahlah yang memutuskan sesuatu hukuman bukan individu. Berbudi perkerti mulia menjadi amalan hidup rakyat Malaysia.

Isi 3 Pemaufakatan politik dan amalan demokrasi

h1 – bermaksud semua kaum terlibat secara langsung dan mengambil bahagian dalam aktiviti politik melalui amalan demokrasi seperti terlibat dalam pilihan raya.

h2 – Gabungan parti politik utama UMNO-MCA- MIC membentuk Barisan Nasional dan menang pilihan raya 1955 hingga hari ini. Barisan Nasional ditetang kuat oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS-PKR-DAP.

h3 – Pemaufakatan politik mewujudkan toleransi politik dan kemerdekaan Tanah Melayu. Orang Melayu mengorbankan kerakyatan dan kaum bukan Melayu menerima hak-hak istimewa orang-orang Melayu melalui Prinsip Jus Soli. Kaum bukan Melayu perlu mengiktiraf kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu, bahasa, Agama Islam dan kedudukan Istimewa Orang-orang Melayu serta kaum bumiputera Sabah dan Serawak.

Isi4 Penguatkuasaan Undang-undang

h1 Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, semua orang mempunyai taraf yang sama dan dilindungi oleh undang-undang.

h2 – Akta Hasutan 1970 akan digunakan untuk menahan sesiapa sahaja yang cuba menghasut yang boleh menjejaskan perpaduan nasional.

h3 – Seorang warga negara bebas bergerak dan melakukan aktiviti hidup di mana-mana bahagian persekutuan selagi tidak menyalahi undang-undang.

Isi 5 Mengadakan pelbagai sambutan perayaan masyarakat berbilang kaum di peringkat kebangsaan
h1 – masyarakat Malaysia penuh dengan warna-warni budaya, sikap ramah tamah dan saling menghormati menyuburkan keharmonian kaum di Malaysia.
h2 – Sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai dan seumpamanya membuka intraksi yang lebih akrab dalam kalangan kaum-kaum di Malaysia.

Kesimpulan

h1 Perpaduan Nasional mampu menangkis sebarang ancaman luar dan dalaman yang boleh menggugat ketenteramana negara.
h2 tulis semula isi I hingga 5
h3 Harapan, aman makmur sepanjang zaman
h4 Kata pemimpin
h5 berpeganglah ” di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung “, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat.”

Buat penambahbaikan….U-Ken

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

September 2012
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: