Norindah Khairi Usaha Galakkan Industri Guna TH

Tinggalkan komen

Oktober 1, 2012 oleh ustazkenali

Usaha Galakkan Industri Guna Teknologi Hijau
Oleh Norindah Khairi
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Teknologi hijau diperakui boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli serta meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan masa kini. Amalan penggunaannya turut memberi impak terhadap revolusi kehidupan dengan meningkatnya kreativiti dan inovasi dalam usaha mengurangkan pembebasan karbon, meningkatkan kelestarian alam sekitar dan penjimatan tenaga umpamanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa Malaysia berhasrat mengurangkan 40 peratus kadar pembebasan karbon menjelang tahun 2020. Sejajar dengan itu Dasar Teknologi Hijau digubal yang bermatlamat menyediakan hala tuju untuk rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih baik dengan persekitaran yang sihat. Amalan hijau dan penggunaan teknologi hijau dari sudut pembinaan juga penting dan ada kaitannya untuk digalakkan dalam kalangan orang ramai dan penggiat industri ini.

Pelan Induk Industri Pembinaan 2006-2015 menggariskan kepentingan alam sekitar dalam teras strategiknya iaitu berusaha mencapai standard yang tertinggi dari segi kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta amalan baik alam sekitar. Melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), pelbagai pelan tindakan dirangka dan dilaksanakan bagi memenuhi aspirasi ini. PENGLIBATAN CIDB MEMAJUKAN TEKNOLOGI HIJAU Program teknologi hijau dimulakan CIDB dengan inisiatif pembangunan program alam sekitar pada tahun 1999 dengan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Amalan Baik Persekitaran atau TC9.

Pengurus Sektor Pembangunan CIDB, Emasria Ismail berkata jawatankuasa ini membantu dalam menggerakkan dasar dan cadangan untuk meningkatkan amalan persekitaran dalam industri pembinaan dan hasil daripada penubuhan jawatankuasa ini, beberapa penerbitan seperti garis panduan dan buku amalan baik alam sekitar telah dihasilkan. “Pada tahun 2010, CIDB menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Amalan Terbaik Teknologi Hijau Dalam Industri Pembinaan yang terdiri daripada jabatan kerajaan, badan profesional, akademik dan persatuan yang berkaitan dengan industri pembinaan. “Ia bertujuan membantu CIDB dalam mengenal pasti, menyedia dan membangunkan Standard Industri Pembinaan, manual, garis panduan, laporan teknikal dan modul latihan
Tajuk
:
Usaha Galakkan Industri Guna Teknologi Hijau
Tarikh
:
28 Februari 2012
Sumber
:
Bernama
KERATAN AKHBAR ONLINE
yang berkaitan dengan teknologi hijau dalam industri pembinaan,” katanya. STANDARD PENILAIAN CIDB CIDB, ketika ini giat menjalankan program penilaian terhadap kualiti yang dinamakan sebagai Quality Assessment System in Construction (QLASSIC) dan Safety and health Assessment System in Construction (SHASSIC), yang membuat penilaian terhadap amalan keselamatan dan kesihatan di tapak kerja. Menurut Emasria, sebagai pelengkap kepada kedua-dua standard dan sistem itu, CIDB dengan kerjasama Jawatankuasa Teknikal Standard Green Performance Assessment System in Construction yang diwakili agensi kerajaan dan badan profesional pembinaan membangunkan Standard Industri pembinaan – Green PASS, yang membantu industri membuat penilaian terhadap kesan bangunan terhadap alam sekitar. Penilaian yang dibuat berdasarkan standard ini dapat menilai dan mengira impak sebenar kuantiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) oleh bangunan terhadap alam sekitar. Standard ini masih dalam peringkat penilaian industri untuk penambahbaikkan bagi memastikan semua aspek dan kepentingan penilaian pembinaan diambil kira, katanya. GALAK PENGGIAT INDUSTRI GUNA TEKNOLOGI HIJAU Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Kerja Raya yang dipertanggungjawab membangunkan industri pembinaan, CIDB mengambil langkah proaktif dalam memperkenal program teknologi hijau dalam pembinaan.

Program ini turut mendapat maklum balas daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan profesional yang lain menerusi jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan. Menurut Emasria, yang terlibat dalam Jawatankuasa Pembangunan Standard Industri Pembinaan, antara program yang giat dilaksanakan adalah pembangunan program pelabelan hijau bagi produk pembinaan atau lebih dikenali sebagai CIDB Green Label. “Program ini turut bertujuan menggalakkan pengilang atau pengeluar bahan binaan menghasilkan produk binaan yang mesra alam selain melahirkan pengeluar dan pengilang yang lebih berinovasi ke arah yang lebih hijau. “Selain itu pelabelan hijau ini dapat menyokong indeks atau sistem penilaian bangunan hijau serta perolehan hijau yang akan dilaksanakan kerajaan tidak lama lagi,” katanya. Menurut beliau, CIDB turut menyediakan skim bimbingan kepada kontraktor ke arah pensijilan ISO 14001 Environmental Management System (EMS).

Skim ini dibangunkan dengan tujuan membantu kontraktor menjalankan pengurusan alam sekitar yang tersusun dan berkesan sebagai tanda sokongan terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Ia juga bertujuan menyediakan maklumat berkenaan kontraktor yang telah menunjukkan serta memberikan komitmen yang tinggi dan baik dalam pengurusan alam persekitaran kepada pihak yang berkenaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), pemaju perumahan dan pihak berkuasa tempatan. PERSIDANGAN PEMBINAAN HIJAU 2012 Langkah proaktif CIDB mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan penggiat industri di Malaysia terhadap kepentingan penilaian teknologi hijau dalam pembinaan ialah sebagai menyokong usaha negara mengurangkan kadar pembebasan karbon menjelang 2020.

Emasria berkata pelbagai pelan tindakan dirangka bagi memenuhi aspirasi berkenaan bagi memastikan masyarakat menikmati kehidupan yang lebih baik dengan persekitan yang lebih sihat. Sebagai usaha mempromosi inisiatif ini, CIDB dengan kerjasama pihak industri tempatan dan luar negara buat julung kalinya mengadakan Persidangan Pembinaan Hijau. Persidangan yang diadakan pada 15 dan 16 Feb itu menampilkan pakar teknologi hijau dari serata dunia termasuk mereka yang berperanan penting dalam pembinaan Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia. “Persidangan itu memberi fokus kepada aplikasi teknologi hijau dalam pembinaan dan antara penceramahnya ialah pakar-pakar dalam teknologi hijau dari Australia, Finland, Singapura dan Dubai. Persidangan video secara langsung juga diadakan bersama pejabat gabenor California, yang bertemakan Green California Building Industries and Cities, untuk berkongsi pendapat mengenai bidang teknologi hijau dalam pembinaan dan perbandaran. Antara program yang turut berlangsung ialah pameran GreenBuild Asia iaitu pameran produk pembinaan hijau dan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2012, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Penyampaian Anugerah Khas Alam Sekitar juga diadakan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia, sebagai mengiktiraf kontraktor yang mengaplikasikan teknologi hijau dalam projek binaan. Dengan inisiatif ini, Emasria berharap ia dapat mengukuhkan lagi amalan baik teknologi hijau dalam industri pembinaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2012
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 658,388 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: