Maksud harta Intelek

4

Oktober 14, 2012 oleh ustazkenali

Harta intelek (bahasa Inggeris: intellectual property atau IP) merupakan istilah yang merujuk kepada beberapa jenis ciptaan fikiran berlainan yang hak esklusif diakui di bawah bidang undang-undang berkait.[1] Di bawah undang-undang Harta intelektual, pemilik diberikan hak esklusif tertentu bagi pelbagai aset tidak nyata, seperti muzik, penulisan, dan karya seni; jumpaan dan ciptaan; dan perkataan, frasa, simbol dan reka bentuk. Jenis biasa hak harta intelektual termasuk hak cipta, cap dagang, paten, hak reka bentuk dagangan dan rahsia perdagangan dalam sesetengah perundangan. Harta intelek dalam bidang undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan tahap inovasi, ekonomi dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan. Kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan.

Sungguhpun kebanyakan prinsip perundangan mengenai harta intelektual telah berubah selama beberapa abad, ia hanyalah pada abad ke-19 istilah hak milik intelektual mula digunakan, dan tidak sehingga akhir abad ke-20 ia menjadi meluas di kebanyakan dunia.[2] Statut Anne British 1710 dan Statut Monopolies 1623 kini dianggap sebagai asal hakcipta dan undang-undang paten berikutnya.[3]

Hari Harta Intelek Sedunia disambut pada 26 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang apa itu harta intelek dan bagaimana ia menggalak bukan saja perkembangan muzik, kesenian dan hiburan tetapi juga inovasi produk dan teknologi.
Isi kandungan

1 Harta intelek di Malaysia
2 Sejarah
3 Nota
4 Rujukan
5 Lihat juga
6 Rujukan
7 Pautan luar

Harta intelek di Malaysia

Di Malaysia, harta intelek yang dilindungi di bawah undang-undang adalah paten, hakcipta, cap dagangan, rekabentuk perindustrian, petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar bersepadu. Varieti tumbuhan adalah komponen harta intelek dan ianya ditadbir oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Antara undang-undang yang melindungi harta intelek adalah:

Akta Cap Dagangan 1976
Akta Paten 1983
Akta Hakcipta 1987
Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996

Mengikut laporan agensi antarabangsa Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) mengenai perkembangan paten di Asia, China, Korea Selatan dan Jepun adalah negara yang berada di tempat 10 teratas sebagai negara yang paling banyak menfailkan paten. Untuk negara seperti Malaysia, terdapat penambahan 70% jumlah paten yang difailkan pada peringkat antarabangsa iaitu dari 60 ke 103 pada tahun 2007[4].

Sejarah

Rencana utama: History of patent law dan History of copyright law

Statut Anne mula berkuat kuasa pada tahun 1710

Kegunaan moden bagi istilah hak milik intelektual bermula seawal 1867 dengan penubuhan Persekutuan Jerman Utara yang perlembagaannya memberikan kuasa legislative bagi perlindungan hak milik intelektual (Schutz des geistigen Eigentums) kepada persekutuan.[5] Apabila setiausaha pentadbiran diwujudkan melalui Persidangan Paris bagi Perlindungan Hakmilik Industri (1883) dan Persidangan Berne bagi Perlindungan Hasil Kesusteraan dan Artistik (1886) digabung pada tahun 1893, ia terletak di Berne, dan turut menerima pakai istilah hak milik intelektual dalam nama gabungan baru, United International Bureaux bagi Perlindungan Hakmilik Intelektual. Organisasi tersebut kemudiannya dipindahkan ke Geneva pada tahun 1960, dan diganti pada tahun 1967 dengan penubuhan Organisasi Hakmilik Intelektual Dunia /World Intellectual Property Organization (WIPO) melalui “Convention Establishing the World Intellectual Property Organization” sebagai agensi Bangsa-bangsa Bersatu. Menurut Lemley, hanya pada masa ini istilah ini mula digunakan di Amerika Syarikat (yang bukan merupakan anggota Persidangan Berne),[2] dan tidak menjadi popular sehingga perenggan dalam Akta Bayh-Dole pada tahun 1980.[6]

“Sejarah paten tidak bermula dengan ciptaan, tetapi sebaliknya dengan anugerah diraja oleh Queen Elizabeth I (1558-1603) bagi keistimewaan monopoli… Bagaimanapun, sekitar 200 tahun selepas berakhirnya pemerintahan Elizabeth, patent mewakili hak perundangan yang didapati olehpencipta bagi memberikan kawalan ekslusif ke atas pengeluaran dan jualan ciptaan saintifik atau mekanikal… menggambarkan evolusi paten dari hak diraja kepada doktrin undang-undang awam.”[7]

Pada tahun 1818 dalam himpunan penulisannya, ahli teori liberal Perancis, Benjamin Constant, menentang idea “hak milik” yang baru diperkenalkan yang dikenali sebagai intelektual.”[8] Istilah hak milik intelektual mula digunakan pada keputusan Massachusetts Circuit Court Oktober 1845 dalam kes paten Davoll et al. v. Brown., dalam mana Hakim Charles L. Woodbury menulis bahawa “hanya dengan cara ini kita boleh melindungi hak milik intelektual, usaha buah fikiran, pengeluaran dan kepentingan adalah milik seseorang…seperti gandum yang dia semai, atau ternakan yang digembalanya.”[9] Kenyataan bahawa “jumpaan adalah…hak milik” wujud lebih awal lagi. Seksyen 1 dalam perundangan Perancis 1791 menyatakan, “Semua jumpaan baru merupakan hak milik pengarang; bagi menjamin pencipta hak milik dan nikmat sementara jumpaannya, yang akan diberikan padanya paten bagi lima, sepuluh atau lima belas tahun.”[10] Di Eropah, pengarang Perancis A. Nion mennulis propriété intellectuelle dalam Droits civils des auteurs, artistes et inventeurs, diterbitkan pada 1846.

Sehingga masakini, tujuan undang-undang hak milik intelektual adalah bagi memberikan perlindungan sedikit mungkin agar menggalakkan ciptaan. Dengan itu, dalam sejarah, ia hanya diberikan hanya apabila ia perlu bagi menggalakkan penciptaan, dalam tempoh dan ruang yang terhad.[11]
Nota Wikipedia Bebas

4 thoughts on “Maksud harta Intelek

  1. faez berkata:

    nota yg menarik…tpi syg panjang sangat…

  2. magaret berkata:

    boleh ke memberi langkah2 utk memohon harta intelek?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2012
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 658,770 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: