Karangan Pelajar Laras Sastera: Arif Nail SMK Tengku Laksamana A/Setar

Tinggalkan komen

Oktober 31, 2012 oleh ustazkenali

Soalan : Banayak langkah telah diambil kerajaan dalam memerangi gelaja rasuah bagi meningkatkat lagi imej negara. Dalam pada itu, wujud pelbagai halangan dalam menangani perlakuan ini. Jelaskan.

Sejak kebelangan ini, gejala rasuah semakin berleluasa. Pelbagai langkah sedang dan telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang perbuatan rasuah dalam kalangan penjawat awam bagi meningkatkan imej negara kita di seantero dunia. Namun demikian terdapat pelbagai halangan yang menanti.

Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan ialah menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi menambahbaik agensi penguatkuasaan di Malaysia. Penurunan kuasa kepada SPRM menjadikan kedudukannya setaraf Timbalan Pendakwa Raya dan membolehkan proses pendakwaan berjalan lebih lancar dan berhubung terus dengan Yang Di-pertuan Agong.

Selain itu, mewajibkan semua penjawat awam dan ahli-ahli yang berhormat mengistiharkan harta sebelum memegang jawatan dalam kerajaan. Langkah ini membolehkan kedudukan kewangan dan harta seorang penjawat awam sebelum dan selepas perkhidmatan direkodkan untuk rujukan. Jika kekayaan seorang penjawat awam bertambah berkali ganda maknanya, beliau boleh disiasat berhubung dengan rasuah.

Namun demikian, terdapat banyak halangan dalam usaha mengekang perbuatan rasuah. Antaranya persepsi masyarakat yang serong terhadap SPRM kerana kejayaan suruhanjaya ini mendakwa ramai penjawat awam.Orang ramai beranggapan jenayah rasuah berleluasa dan pendakwaan bukan lagi tertumpu kepada kes kecil tetapi kes-kes yang berfrofil tinggi seperti melibatkan menteri-menteri kabinet. Seterusnya orang ramai menganggap membenteras perbuatan rasuah adalah tugas kerajaan semata-mata (SPRM dan agensi-agensi penguatkuasa).

Persepsi yang salah ini menjadi lebih buruk lagi apabila SPRM kekurangan tenaga pakar untuk mengesan dan mensabit perasuah dengan keasalahan rasuah yang mereka lakukan. Bukanlah mudah untuk menjejaki perbuatan rasuah yang terancang dan SPRM memerlukan bukti yang kukuh untuk mengheret perasuah ke muka pengadilan. Pegawai-pegawai SPRM memerlukan masa dan latihan untuk membolehkan suruhanjaya ini menjadi sebuah suruhanjaya yang berwibawa.

Kesimpulannya, rasuah adalah jenayah keji yang melibatkan banyak pihak. Suruhanjaya memerlukan sumber manusia yang pakar untuk mengekang aktiviti rasuah secara terancang. Hal ini, memerlukan kerjasama semua pihak dalam mengurang perbuatan rasuah dalam kalangan penjawat awam. Program Transformasi Kerajaan mensasarkan rasuah sifar menjelang tahun 2020.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Oktober 2012
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: