Format Soalan STPM 2012

Tinggalkan komen

November 4, 2012 oleh ustazkenali

Calon-calon STPM tahun 2012, sama ada Tingkatan 6 Atas ataupun Tingkatan 6 Rendah (Penggal 1) bolehlah meneliti analisis soalan seperti yang dipaparkan di bawah ini. Teliti trend soalan setiap tahun untuk membuat jangkaan dan menentukan fokus soalan pada tahun 2012.
Tahun Isu/Fokus Soalan Format

2001 1. Bincangkan penyataan tentang peningkatan umur persaraan daripada 55 kepada 60 tahun Umum
2. Sebab dan langkah pengabaian budaya hidup berjiran Umum
3. Penyataan kekesalan dan langkah mengatasi kegagalan bidang penternakan memenuhi keperluan penduduk tempatan Memorandum
4. Bincangkan perkara yang berkaitan dengan globalisasi Umum

2002 1. Faktor yang mempengaruhi kestabilan institusi kekeluargaan. Umum
2. Kesan pertumbuhan pasar raya. Umum
3. Langkah untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Umum
4. Punca kekurangan bekalan air dan langkah mengatasinya. Laporan

2003 1. Kesan negatif pencemaran sungai dan langkah mengatasinya. Umum
2. Sebab kelembapan pasaran buku ilmiah dan cadangkan langkah untuk mempertingkatkannya. Umum
3. Faktor yang menyebabkan berlakunya kegiatan cetak rompak dan kesan-kesannya. Umum
4. Kelemahan sistem pengangkutan awam dan langkah mengatasinya. Laporan

2004 1. Usaha mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk melalui sistem pendidikan. Umum
2. Kesan buruk penggunaan racun serangga dan langkah mengatasi masalah. Umum
3. Ulasan tentang faktor kestabilan politik dan kecekapan pentadbiran dalam mencapai kemajuan negara. Umum
4. Cara memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar. Ucapan

2005 1. Kepentingan aktiviti sukan dalam kehidupan warga Malaysia. Umum
2. Dapatkah Malaysia menjadi pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. Umum
3. Cara-cara Malaysia mengatasi kegawatan ekonomi. Ceramah
4. Kesan negatif penggunaan tenaga buruh kanak-kanak di negara dunia ketiga. Umum

2006 1. Kebaikan aktiviti kitar semula kepada masyarakat dan negara. Ceramah
2. Penjelasan tentang sebab-sebab siswazah kurang berminat dalam bidang pertanian. Umum
3. Penyataan kekesalan tentang kesan negatif program bersifat realiti yang disiarkan melalui televisyen. Memorandum
4. Sebab golongan belia kurang berminat dalam bidang keusahawanan. Umum

2007 1. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, jelaskan tindakan yang perlu dilakukan untuk memperkukuh patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini. Umum
2. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan gejala obesiti atau kegemukan dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat. Umum
3. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat negara ini. Umum
4. Jelaskan penyataan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia memasukkan komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi para pelajar tingkatan satu hingga lima boleh memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Umum

2008 1. Jelaskan sebab telefon bimbit menjadi piihan ramai dan kesan yang timbul daripada penggunaannya. Umum
2. Pada pendapat anda, mengapakah gejala rasuah perlu dibendung? Umum
3. Tulis teks syarahan yang bertajuk ”Hak-hak Pengguna”. Syarahan
4. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan yang mengatakan kebanyakan rancangan televisyen lebih mementingkan keuntungan kewangan berbanding dengan melaksanakan tanggungjawab sosial? Umum

2009 1. Berikan penjelasan anda tentang manfaat memajukan industri desa. Umum
2. Huraikan peranan muzik dalam masyarakat. Umum
3. Pada pandangan anda, apakah kelebihan menguasai lebih daripada satu bahasa? Kemukakan cadangan anda untuk menggalakkan generasi muda menguasai lebih daripada satu bahasa. Umum
4. Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan kaum penting kepada rakyat dan negara? Jelaskan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini. Umum

2010 1. Jelaskan pelbagai kesan negatif pembakaran secara terbuka. Umum
2. Huraikan kebaikan mempelajari dan mengamalkan ilmu seni pertahanan diri. Umum
3. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa penglibatan remaja dalam kumpulan samseng berpunca daripada kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka. Umum
4. Faktor yang menarik pelancong asing melawat Malaysia dan kepentingan industri pelacongan kepada masyarakat dan negara. Ceramah

2011 1. Jelaskan sebab barangan dari luar masih mendapat sambutan daripada pengguna. Apakah kesan negatif yang akan timbul sekiranya fenomena ini tidak di atasi. Umum
2. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan mental. Umum
3. Jelaskan kepentingan penganjuran peraduan mengarang esei, cerpen, dan puisi untuk orang ramai.. Selain itu, kemukakan cara untuk meningkatkan penyertaan orang ramai dalam peraduan tersebut. Umum
4. Sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar institusi pengajian tinggi tentang kebaikan penggunaan jalur lebar kepada masyarakat dan negara. Tulis teks ceramah itu selengkapnya. Ceramah

Soalan-soalan Percubaan Negeri: Format soalan ( umum = Tiada format )
Pahang 1. Sebagai seorang pegawai di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, anda telah diarahkan untuk menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pegawai pertanian dari negara jiran yang mengikuti program lawatan dalam perkhidmatan. Ceramah anda adalah tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memperkasa sektor pertanian negara.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. Ceramah

2. Integrasi nasional dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum penting untuk memupuk toleransi yang mengelakkan sebarang pergeseran dan prejudis antara kaum yang akan menggugat keutuhan bangsa Malaysia. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi sebagai wahana integrasi nasional. Huraikan strategi tersebut.
Umum

3. Kemajuan sains dan teknologi telah menghasilkan bahan kimia yang banyak manfaat kepada tamadun bangsa. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan tersebut tanpa kawalan boleh memudaratkan kehidupan. Bincangkan kesan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan.
Umum

4. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada di peringkat serantau atau antarabangsa seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan negara semakin merudum. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara. Jelaskan usaha kerajaan untuk memartabatkan sukan negara.
Umum

Tengganu 1. Andaikan anda pegawai kanan di Kementerian Pelajaran Malaysia dan diminta untuk menyampaikan satu ceramah kepada satu kumpulan pelajar di sebuah sekolah. Fokus ceramah anda adalah mengenai kepentingan aktiviti kokurikulum dalam mencorakkan generasi muda di negara ini.
Sediakan teks ceramah anda itu.
Ceramah
2. Penciptaan permainan berkomputer dikatakan mendatangkan pelbagai kesan kepada orang ramai, terutama golongan remaja.
Jelaskan kesan yang dimaksudkan itu. Umum

3. Kecemerlangan seseorang atlet dalam bidang yang diceburinya dikatakan banyak bergantung pada sikap atlet itu sendiri.
Sejauh manakah pandangan ini dianggap wajar? Umum

4. Banyak pihak mengatakan bahawa peperangan bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan bahkan peperangan mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara.
Umum

Selangor 1. Kebanyakan persatuan belia di negara kita bagai hidup segan mati tak mahu kerana belia di negara ini kurang gemar berpersatuan. Jelaskan kepentingan belia menceburkan diri secara aktif dalam persatuan.
Umum

2. Sebagai Setiausaha Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai, anda diminta untuk menyediakan laporan lengkap tentang kesan yang timbul daripada masalah rumah terbengkalai dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya.
Laporan
3. Kini, pengambilan makanan kesihatan tambahan menjadi amalan kepada sesetengah golongan masyarakat di negara kita. Apakah kebaikan yang diperoleh daripada pengambilan makanan tersebut?
Umum

4. Malaysia berusaha untuk memajukan bidang aeroangkasa seiring dengan negara lain di dunia. Jelaskan kesan kemajuan bidang aeroangkasa kepada negara.
Umum

Perak 1. Fenomena pembuangan bayi kian membimbangkan masyarakat dan isu ini seolah-olah menunjukkan manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya. Bincangkan punca berlakunya fenomena ini dan kesannya.
Umum

2. Sebagai pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), anda telah diminta untuk menyediakan satu laporan tentang langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu. Sediakan laporan tersebut. Laporan
3. Kebanyakan bencana alam yang berlaku pada hari ini berpunca daripada kecuaian manusia menguruskan alam. Ulaskan kenyataan ini.
Umum

4. Modal insan kelas pertama merupakan idea yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita. Bincangkan kepentingan modal insan dan langkah-langkah untuk melahirkankannya.
Umum
Kelantan 1. Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan setiap pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, selaras dengan Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Jelaskan pernyataan ini.
Umum

2. Penglibatan pelajar dalam bidang kajian angkasa lepas dapat memenuhi keperluan negara dalam teknologi aeroangkasa. Cadangkan langkah-langkah untuk menarik minat pelajar dalam bidang kajian tersebut.
Umum

3. Sejak belakangan ini, kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam semakin meningkat dan sering dilaporkan oleh media massa. Bincangkan punca-punca peningkatan masalah tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Umum

Masyarakat kini kurang berminat untuk menyertai aktiviti gotong-royong. Anda diminta untuk menyediakan laporan tentang faktor-faktor berlakunya hal demikian dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Tulis laporan anda selengkapnya.
Laporan
Berdasarkan soalan karangan yang disenaraikan di atas, terdapat berbagai-bagai isu yang telah dikemukakan oleh setiap negeri. Pelajar-pelajar Tingkatan 6, sama ada yang berada di Tingkatan 6 Atas atau 6 Rendah, anda bolehlah menggunakan soalan-soalan tersebut untuk membuat latihan menulis karangan supaya karangan anda menjadi semakin mantap. Selain itu, pelajar Pra-U juga perlu menulis karangan yang berkaitan dengan isu-isu yang lain.

Kesimpulannya: Tajuk yang paling popular
1. Pemerdagangan Manusia
2. Isu Rasuh
3. Isu Jenayah
4. Isu pembuangan bayi
5. Isu kemalangan jalan raya
6 Isu Inovasi
7. Isu ICT
Format pula : Umum, ceramah dan memorandum
Sebenarnya soalan yang paling senang karangan ialah memorandum…cuma kena tahu format…soalan cukup jelas…punca masalah dan cara atasi atau langkah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2012
M T W T F S S
« Oct   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 658,155 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

%d bloggers like this: