Tak mau tua : antioksida

Tinggalkan komen

November 7, 2012 oleh ustazkenali

Fungsi agen antioksidan
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my

TENTU ramai pernah dengar, antioksidan membantu kita jadi sihat dan cantik tetapi bagaimanakah caranya? Contoh paling mudah ambil sebiji epal, makan separuh, tinggalkan dalam suhu bilik dan perhatikan perubahannya.

Epal yang berubah menjadi perang disebabkan oleh proses pengoksidaan yang menghasilkan produk sampingan iaitu radikal bebas. Ini juga berlaku di dalam badan antaranya radikal bebas yang dihasilkan oleh badan melalui tindak balas biokimia.

Bagaimanapun radikal bebas yang terlalu banyak akan mendatangkan bahaya kepada tubuh badan. Faktor lain seperti merokok, minum arak, lemak, cahaya matahari, pendedahan kepada radiasi dan pencemaran persekitaran akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas dalam badan.

Jadi badan memerlukan antioksidan seperti vitamin, mineral dan enzim yang dapat melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan sel disebabkan pengoksidaan bagi memelihara kesihatan tubuh.

Antara contoh antioksidan Vitamin A,C dan E, lycopene, beta carotene dan beberapa lagi.

Sebaik-baiknya kita perlu mendapatkan diet yang kaya dengan antioksidan dalam makanan bagi menjamin pelbagai zat berbanding nutrien khusus dalam satu-satu jenis suplemen.

Antara antioksidan yang terbaik untuk badan adalah glutathion – amat diperlukan bagi melindungi molekul dalam badan. Glutathion dihasilkan oleh sel badan secara semulajadi dan berperanan menyingkirkan toksik badan, menggalakkan sistem imun badan dan memelihara protein sel badan.

Bagaimanapun glutathione berkurangan apabila usia meningkat dan menghidap penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan kanser. Bercerita mengenai antioksidan, buah-buahan dalam kumpulan beri mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding buah dan sayur.

Menyedari betapa pentingnya antioksidan, dua sahabat Amiza Amiruddin dan Reni Diana Sulaiman membangunkan produk Ephyra yang kaya dengan bahan antioksidan selain kolagen ikan laut dalam terhidrolisis bagi awet muda.

Sebagai pengasas dan Pengarah Oceanlife Marketing Sdn. Bhd., Amiza yang amat mementingkan kesihatan dan kecantikan terpanggil untuk menghasilkan produk yang berfaedah bagi pengguna.

“Produk yang ditambah dengan gam akasia atau manna dalam Bahasa Arab menjadikannya produk pintar.

“Manna disebut dalam Al-Quran sebagai makanan terbaik kepada manusia seperti dalam Surah Al-Baqarah ayat 57,” katanya.

Produk yang telah memperoleh jaminan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Amalan Pengilang Baik (GMP) ini boleh di dapati dengan melayari http://www.oceanlife2u.com .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

November 2012
M T W T F S S
« Oct   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 658,299 hits

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 56 other followers

Kategori

Top Rated

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: